Assalamualaikum & Helo polo ^^
Now I'm back! yeyy baru hari ni rasa lapang sikit untuk menaip blog dengan entry tahun lepas! apekah? *woit syiro orang dah masuk tahun 2013 lew!* hewhew. nak buek cam mano den ni ado jo kojo nak kono buek bilo sampai opis nih! dokek rumah tu mintak maap ler nak berblogging! tapi nak iMessage boleh, habis ku haruk semua orang tukar pakai apple, kahkah
Akhir tahun 2012 yang mabeles! cita-cita untuk menjejakkan kaki kali ke 2 ke Temasik a.k.a Singapore tercapai akhirnya. Walaupon tidak menjejakkan kaki ke pulau sentosa tapi kira dah cukup puas lah dapat berjalan tengok bangunan yang tak kurang canggihnya dari Malaysia, ewahh.
|
Me & Jehan |
2 orang bidadari dari PPPNT yang tergedik-gedik nak berjalan Singapore, gigih meng-sattle-kan semua kerja semata nak berjalan, hihi
|
Kasi close-up sikit! *bulat-bulat* |
|
Kastam Johor *dah macam kat airport lah pulak* |
|
Jom kita seberang jambatan |
|
Kastam Singapore |
Dari JB nak jejakkan kaki ke singapore amik masa 2 jam! giler ape? bukan jauh sangat pon nak seberang jambatan tuh! semua gara-gara jalan yang sesak dan nak tunggu giliran cop kat pasport tu yang lama
|
bangunan ape ntah! nampak macam tahu, hehe |
|
kawasan perumahan |
Dari segi design nampak macam bangunan lama
*memandai jek aku nih! haha*
|
Hotel tempat kami makan tengah hari |
Singgah lunch di Arab Street. Mula-mula ingat diaorang sediakan makanan arab, sekali makanan ala-ala cina, hurmm tak sedap mana lah jawabnya! ayam masak kicap dia kelaut rasanya, haha.
|
Jehan beratus mengunggu giliran amik makanan |
|
yo! |
|
grey building behind me |
Oshemm okeh bangunan kat belakang tu. Opps hujan sudah turun dikala kami selesai menjamu selera *guane ni boh nok berjalang dalang hujang*
|
Arab Street |
Sementara orang lelaki solat jumaat, kami yang perempuan ni apa lagi membeli dan membelah didalam hujan lah jawabnya. Tengok harga yang dia letak memang murah kalau nilai RM, tapi bila di darab dengan 2.50! mahal okeh!! *tak agak key chain ko harga RM6.25*
Kat sini ada jugak barang yang murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia cam minyak wangi, sebab apa dia murah tu tak pastilah, yang penting ori.
|
At MAMANDA |
Tau apa itu mamanda? aku pon tak tahu! haha. yang pasti building MAMANDA belakang itu adalah tempat makan ala-ala Istana Melayu
|
Arab Street |
Tempat shopping kat sini, macam-macam ada jual. Jalan-jalan terjumpa kedai kamera, ada satu kamera apentah body dia kecik macam Nex5 tapi dia punya lens panjang sedepa! serius tak tipu!
|
Bugis |
Ini tempat orang bugis, hehe. Cun okeh building dengan bentuk heksagon. Sini tempat shopping lagi. Lepas shopping kita shopping lagi.
|
Eyes On Singapore |
|
Me after shopping at Arab Street |
Beli sikit je, kena budget sikit sebab nak shopping kat Orchird Road, kahkah
|
At Melion |
|
Bangunan kat sini memang sangat mencakar-cakar langit |
Apartment atau kondo yang ada kat sini semua cantik-cantik dan kurus-kurus! jauh beza dengan malaysia yang gemuk-gemuk dan berotot! haha
|
Stadium Durian *haha, sukati-jek* |
|
Lion berbadan Ikan |
Mula-mula aku ingat Lion ni besar! sekali tengok kecik jek, haha
*jauh sungguh imaginasi aku ni, ke langi hijau perginya*
|
Peace Yo! |
|
Its Marina Bay |
Lain kali kita kesana pulak dan lepak atas kapal bangunan tuh, hehe
|
Awesome |
Keseluruhan trip sehari ke Singapore, best jugak walaupon tak berpeluang untuk ke sentosa, maklumlah cuti sekolah sangat ramai orang kesana. Kat Singapore ni nak bershopping boleh, tapi tengok-tengok barang barang jugak, tak semua barang dia mahal, pandai-pandailah tawar menawar.
bye :)
No comments:
Post a Comment