Friday, April 26, 2013

Hari jumaat masa untuk shopping orang gomen

Assalamualaikum & Helo polo :)


11.50am

Salam jumaat semuaaaaaaaaaaaaaaaaa........... yeyy esok cuti!
Okeh dua hari masuk opis tiada langsung rasa kerajinan untuk mengadap drawing, walhal kemain banyak lagi nak kena buat! *mentang-mentang bos takda, sesuka hati dengan sesukanya mengadap pc baca blog! lolx!* dah lama tak rasa bersenang lenang datang opis, huhu.

Hari ni keje dok scroll blog Super Junior, haha. Dah lama tak tengok perkembangan mereka. I pon sekarang ni dah teramat jarang nak scroll timeline Twitter -_-' *pendek kata semua malas lah* Bila balik rumah dari kerja tu macam-macam benda nak kena buat, super penat lah! Macam ni la agaknya rasa kepenatan seorang isteri yang bekerja dan balik rumah nak kena settle-kan hal rumah tangga dan anak-anak, pheww~ *patut lah pakcik tu pikir 70 juta kali nak kawin, haha*








. . . . . . . . . . . . 





3.45pm

Pheww, kite baru masuk opis dari beronggeng ke Jakel weh! habik masuk lambat! seb baik bos takda. Kain pasang yang dibeli kemain banyak lagi, entah sapa lah yang nak menjahitnya! tailor I di terengganu kemain jauh lagi nak hantar, tak pasal pulak nak pos segala. Tapi nak try usha tanya dia nak amik tempah ke tidak, kalau tak ada yang jahit sendiri bajunya *macam pandai pulak kan!*

Rasanya tahun ni kemain meriah lagi aku memborong kain pasang, dua kali masuk jakel, dua-dua tu lah aku membelinya. Hammboii. Nanti dah dekat-dekat nak raya pon meriah aku membeli yang dah siap, pengsan! Entah nak kemana buat baju banyak-banyak, macam rajin sangat aku ni berjalan raya. Raya rumah future-in-law lah, kahkah *muntah hijau sebab perasan terlebih! haha*

Okeh bye, nanti lagi merapu yang ditaip
[catch me if you wanna by TVXQ]

Thursday, April 25, 2013

baby twins

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Alhamdulillah, baby twins dah selamat dilahirkan 24 April 2013 di PPUM. Buat masa sekarang tak dapat lagi jumpa baby twins lagi sebab dia ada dalam wad NICU. Berat mereka cuma 1.7kg je, tak boleh nak imagine kecik macam mana mereka tu. Semoga baby dan ibunya sihat.



Ada perkembangan terbaru pasal baby akan di-update. bye.
[boboboy kuasa tiga]

Wednesday, April 10, 2013

tak tahu tajuk apa nak letak!

Assalamualaikum & Helo polo :)


Huargg!! penatnye. Bila buka blog mesti kerja sampai, so, tertangguh-tangguh entry blog I ini! Jadinya apa sebenarnya yang nak dicerita pon sudah lupa! haha. Idea nak merepek-repek pon tak sampai-sampai nih! Apa cerita nak buat nih? Pasal kerja? huaa lupakan saja. Leter kita ngobrol pasal kerja. hihu.

Seminggu lebih sudah kita kerja kat tempat baru. Tempat baru la sangat! padahal pernah kerja kat sini 4 tahun yang lalu. Kawan-kawan masih sama, ex-bf pon masih ada, miahahaha. Eh, majoriti bos baru. I nak announce mereka bos yang bos, okeh takmau cita panjang pasal bos, nanti kena saman *tiba-tiba teringat dengan bos lama I itu yang boleh diajak berbual, bergurau dan dibuli, hehe*

. . . . . . .

Hujung minggu di KL pon macam boring juga sebenarnya. Tak tau nak kemana. Mungkin sebab dah terbiasa hujung minggu lepak rumah ngemas-ngemas dan tergolek depan tv *kena cari aktiviti cenggini!* agak-agak boleh tak nak diulang kembali aktiviti menonton wayang sorang-sorang? haha.

Last weekend memang tak kemana-mana sebab macam tak bertujuan nak membeli nanti habis duit *kemain lama lagi nak tunggu gaji, pheww* Duduk rumah golek-golek depan tv dah bosan ngadap drama korea dah banyak hari tertinggal! perghh banyak nak kena qada nih *qada puasa taknak pulak ko ingat kan! hampeh!* Serius sebelum ni ada beberapa drama yang di-follow, maka sekarang kena follow dari youtube atau viki. Tapi tu lah, buka je ipad mula si kecik tu nyebok amik nak main game, haishh cam ne nak tengok? haha bagi je ipad pada dia dari nak dengar dia melalak, huhu *kena download viki kat iphone la nampaknya*


That Winter The Wind Blows

Alaa suweetnye makan gula-gula kapas bertentang mata ^^

okeh bye, idea dah terputus sekarang nih.
[That person is making me sad]

Wednesday, April 3, 2013

Hey hey hey day

Assalamualaikum & helo polo


HeyDay! Opss kemaruk game hay day pulak! Tapi dah beberapa hari ni jarang sangat dapat main, maklum lah opis baru lain pulak suasana dia.

Wehooo kini saya sudah kembali bekerja di KL. hambik nak sangat kerja kat sini!! Kesimpulan kerja disini? Agak penat dari selalu, phewww. Tapi takpe kalau itu yang di idamkan i redha je. Serius redha nih.

Alhamdulillah, bekerja dengan PPPNT ICU JPM sangat banyak memberikan pengalaman. Sebelum ni i cuma tahu pasal progres drawing jek, tapi sekarang dah tahu macam mana dari beberapa keping drawing dijadikan dapam bentuk realiti. Tak ramai yang dapat pengalaman macam tu. Terima kasih kerana beri peluang ini :)

Rindu dengan PPPNT, rindu dengan kawan-kawan terengganu, rindu laut dan rindu dengan perjalanan kerja yang cuma 5 minit itu. Touching pulak tiba-tiba kan!

Bye, nanti i update lagi
[ape perasaan kerja semula sebumbung? Tak boleh nak jawab wehh!]