Friday, April 26, 2013

Hari jumaat masa untuk shopping orang gomen

Assalamualaikum & Helo polo :)


11.50am

Salam jumaat semuaaaaaaaaaaaaaaaaa........... yeyy esok cuti!
Okeh dua hari masuk opis tiada langsung rasa kerajinan untuk mengadap drawing, walhal kemain banyak lagi nak kena buat! *mentang-mentang bos takda, sesuka hati dengan sesukanya mengadap pc baca blog! lolx!* dah lama tak rasa bersenang lenang datang opis, huhu.

Hari ni keje dok scroll blog Super Junior, haha. Dah lama tak tengok perkembangan mereka. I pon sekarang ni dah teramat jarang nak scroll timeline Twitter -_-' *pendek kata semua malas lah* Bila balik rumah dari kerja tu macam-macam benda nak kena buat, super penat lah! Macam ni la agaknya rasa kepenatan seorang isteri yang bekerja dan balik rumah nak kena settle-kan hal rumah tangga dan anak-anak, pheww~ *patut lah pakcik tu pikir 70 juta kali nak kawin, haha*








. . . . . . . . . . . . 





3.45pm

Pheww, kite baru masuk opis dari beronggeng ke Jakel weh! habik masuk lambat! seb baik bos takda. Kain pasang yang dibeli kemain banyak lagi, entah sapa lah yang nak menjahitnya! tailor I di terengganu kemain jauh lagi nak hantar, tak pasal pulak nak pos segala. Tapi nak try usha tanya dia nak amik tempah ke tidak, kalau tak ada yang jahit sendiri bajunya *macam pandai pulak kan!*

Rasanya tahun ni kemain meriah lagi aku memborong kain pasang, dua kali masuk jakel, dua-dua tu lah aku membelinya. Hammboii. Nanti dah dekat-dekat nak raya pon meriah aku membeli yang dah siap, pengsan! Entah nak kemana buat baju banyak-banyak, macam rajin sangat aku ni berjalan raya. Raya rumah future-in-law lah, kahkah *muntah hijau sebab perasan terlebih! haha*

Okeh bye, nanti lagi merapu yang ditaip
[catch me if you wanna by TVXQ]

No comments: