Wednesday, October 30, 2013

Entry bergambar

Assalamualaikum & Helo polo ;)


Hey hey hey entry yang banyak gambar makanan, sila bertabah kepada mereka yang sedang lapar dikala hujan petang-petang begini *okeh, KL musim hujan sekarang, kalau tak hujan pagi dia hujan petang* Ini yang buat rasa pergi kerja nak pakai slipar jek, sayang tau kasut asik berendam air, huh *syiro lagi sayang kasut dari kaki dia*




me


Me 2
Yang ini masa sedang menunggu oder di kedai mamak dekat area-area rumah sebelum balik kampung, hoho


Cukup dengan dua keping gambar sendiri yang kuat berangan, haha. Maklumlah dah lama tak masuk gambar muka sendiri kat blog ;)




Next, foodsssss



Mee goreng lembab
*iolls memang suka type mee goreng yang macam ni*


Laksa Johor
*masa ni ada jamuan perpisahan pengarah kat opis, syok woo laksa dia*


Chiken Black Paper SR
*menu lunch kurun ke berapa entah ini*


Kuey Tiaw Kung Fu
*pon sama menu lunch entah bila, tapi kerap la jugak makan menu ni time lunch*


Nasi Impit Goreng
*ones of my fav menu time break1st, hanya ada di kantin LPPKN*


Eskrim penyejuk tekak dikala kesejukan di opis, haha


Spaghetti Meet Ball Pizza Hut
*masa ni tengah lapar giler lepas balik dari OT terus berdesup merayap dan makan sorang-sorang di Sunway Piramid*


Nasi Goreng Tom Yam
*boleh tahan la rasa dia, cuma agak basah sikit*


American breakfast di pantry opis
*iolls bawak roti je, yang lain kawan-kawan bawa dan masak-masak di pagi hari*


Nasi Arab
*sempena macam-macam majlis, akhir tahun, kelahiran anak, birthday, perpisahan*


Bahulu Pertama
*Kudapan lepas lunch, kemain lepas makan kita makan lagi, berat tak naik-naik jugak!*

Roti Telur
*kudapan di opis time petang, masing-masing kebulur kat opis tu, haha*


posing mak ngah
*majlis kecil-kecilan kami*


Anak-anak fatin
*somel jek tengok budak mata chempit nih*


Alov Vera Gel & Essential Oil by #HerbaLine
*iolls sangat jatuh hati dengan dua benda ni, best best best*


. . . . . . . . . . . . . . . .



layan youtube
*kau pemilik hatiku, yes you are, hehe*

bye
[miss u hun]

Thursday, October 24, 2013

Cerita pendek

Assalamualaikum & Helo polo ^^


Hi hi hi hi hi

Nak buat short entry je sebab dah kesuntukan masa untuk pulang ke rumah, huhu.


Shindong Super Junior
Lebih kurang gini la muka i masa menatap screen iMac sebab tak tahu nak mulakan kerja dari mana, banyak nau! 4 hari kerja ni tak bawak pon iPad, sebab tau memang takda masa nak mengadap game. huargghh.



When A Man Love
Sekarang ni aktiviti menonton k-drama agak berkurangan dari sebelum berpindah ke KL. Nak habiskan sebuah drama pon boleh amik masa 2 bulan, padahal bukan banyak sangat episod yang ada. Maklumlah masa agak terhad bila dirumah, rasanya tido tu lebih pentingdari segala perkara yang ada haha. Sempat lah menonton drama ni sementara nak tunggu drama yang tengah famos kat tv3 sekarang ni. 


Kali ni memang short entry


bye
[woittt gaji lambat lagi la, pengsan]

Thursday, October 10, 2013

Its my birthday

Assalamualaikum & helo polo :)


10.10.2013

Happy birthday to me, happy birthday to me,
Happy birthday to syiro, happy birthday to me

*fuhhhhhhhh dengan gigih meniup 31 batang lilin*

Yeyyyy, hari ni birthday iolls. Happy? Biasa-biasa je. Nothing special, kecuali semua birthday wishes dari kawan-kawan. Rasa biasa-biasa je sebab aku ni ter-imagine lebih. Rahsia lah ape yang aku angankan tu, hehe.

Ape pon Syukur Allhamdulillah, diri ini masih masih lagi bernyawa untuk meneruskan hidup walaupon masih sendiri di usia sebegini, lol. Tak kisah lah.




My birthday wishlist untuk tahun ni. Tapi sayang satu pon tak dapat ditunaikan. Tapi inshaAllah akan diusahan yang no 1 atau 2 tu.

Bye, tak nak taip panjang-panjang nanti meleleh pulak air mata ni

Monday, October 7, 2013

Taip-taip jek

Assalamualaikum & helo polo ^^


Hari ni tak nak mengadu pasal keje, sebab setiap kali menaip mesti mengadu pasal keje. Huarghh, super letih la pulak malam ni. Bila dah landing ni rasa nak dipejamkan mata *kejam je la kan bukan ada orang nak marah*

Petang semalam ada gathering kecil-kecilan dengan kawan sekelas masa form 5. Walaupon yang datang cuma 6 orang termasuk I lah kan, okeh mereka semua sudah berkeluarga dan beranak pinak. Iolls je yang datang secara solo. Haishh, takda partner la nak bawak. Opss lupa nak cakap, we all semua berkumpul kat stadium shah alam, then lepas tu semua gerak gi makan kat restoran tupai-tupai *agak lama saya tidak ke shah alam, memang berpandukan gps je seb baik gps tidak merapu kesana kemari*


McD dekat area-area nak masuk simpang ke batu 3

Woahh, sedang memandu dengan tekunnya tiba-tiba terpandang view ni, heyy ini laluan aku dulu masa nak beronggeng ke shah alam, dan itu mcd yang selalu jadi tempat lepak kita orang masa zaman muda remaja dengan scandle-scandle, haha. Memang sangat mengimbas kenangan lalu. Saya rindu dengan zaman-zaman muda mudi dulu *eh sekarang pon muda lagi ape!!*

Okeh, sambung cerita shah alam tadi! Rasanya shah alam tak banyak berubah dari dulu, hehe sebab bila lalu tu akan cakap macam ni ; eh jalan ni selalu lalu dulu ; haaa ini produa yang aku datang dulu ; jalan tu ke opis lama! Lebih kurang macam tu la mulut membebel masa tengah drive sorang-sorang sambil kat peha tu ada ipad yang menunjukan jalan. 

Sekarang ni macam perlu je gps, sebab senang nak cari jalan pulang bila dah tersesat barat kan. Sebenarnya aku tak berapa suka sangat sambil drive tengok gps, nanti leka tengok screen boleh terlanggar bontot kete orang! Tak pasal-pasal je kan. Dulu-dulu gambel je merayap ke sana kemari tanpa gps, cuma baca signboard, tapi sekarang ni masing-masing dah manja kan hehe. 

Rasanya hujung minggu kena keluar la sorang-sorang tuk survey jalan, senang nanti nak ke sana ke mari, hehe. Tapi tu lah apesal kau naik kan harga minyak? Kalau tidak pasti aktiviti tak berapa nak mendatangkan faedah ni di jalankan dengan lancarnya! Haha.

Bye, nanti kita sambung lagi
[counting my days]

Tuesday, October 1, 2013

Dreams

Assalamualaikum & helo polo ^^
Hello to you too sweet sugar hun *warkhh tiba-tiba sweet sugar hun kan*



Lama giler okeh tak menaip dan merepek merapu dalam blog. Yess aku sekarang boleh masuk kepada kategori pekerja yang super sibuk, hadoii dah macam bos pulak. Setiap hari pergi kerja mesti ada benda yang kena buat dan disiapkan dengan segera *bertapa ku merindui masa lengang ku di opis*

Jangan harap la sekarang ni nak bersua dengan blog-blog kegemaran, ada pon masa cuma membaca dengan sepintas lalu, kadang-kadang tengok gambar je okeh! Jauh sekali nak menjenguk blog korea yang ada. Sadis.

Kebali kepada cerita asal yang nak ditulis.


Bilik yang awesome. Suka sangat bilik yang simple macam ni. Tak besar dan tak kecil, just nice.


Lately ni dua kali mimpi benda yang agak merepek sikit. Bukan mimpi hantu okeh!
Bayangkan dalam mimpi itu aku dipaksa untuk berkahwin, arkhhh
Semahu-mahunya menolak dengan pilihan mak ayah. Sebab apa menolak? Yes sebab aku suka hanya pada yang satu, hun. Tak paham benda macam ni boleh terbawa-bawa sampai ke mimpi. Alhamdulillah di dunia realiti aku tak pernah dipaksa untuk berkahwin.


Ada masanya aku terfikir yang aku ni tak kan berkahwin, astaghfirullahalazim.
Jodoh itu semua di tangan tuhan.


Aminnn


Bye
[Banyak benda yang terbuku dalam hati, tapi tak termampu untuk diluahkan]