Hari ni tak nak mengadu pasal keje, sebab setiap kali menaip mesti mengadu pasal keje. Huarghh, super letih la pulak malam ni. Bila dah landing ni rasa nak dipejamkan mata *kejam je la kan bukan ada orang nak marah*
Petang semalam ada gathering kecil-kecilan dengan kawan sekelas masa form 5. Walaupon yang datang cuma 6 orang termasuk I lah kan, okeh mereka semua sudah berkeluarga dan beranak pinak. Iolls je yang datang secara solo. Haishh, takda partner la nak bawak. Opss lupa nak cakap, we all semua berkumpul kat stadium shah alam, then lepas tu semua gerak gi makan kat restoran tupai-tupai *agak lama saya tidak ke shah alam, memang berpandukan gps je seb baik gps tidak merapu kesana kemari*
McD dekat area-area nak masuk simpang ke batu 3
Woahh, sedang memandu dengan tekunnya tiba-tiba terpandang view ni, heyy ini laluan aku dulu masa nak beronggeng ke shah alam, dan itu mcd yang selalu jadi tempat lepak kita orang masa zaman muda remaja dengan scandle-scandle, haha. Memang sangat mengimbas kenangan lalu. Saya rindu dengan zaman-zaman muda mudi dulu *eh sekarang pon muda lagi ape!!*
Okeh, sambung cerita shah alam tadi! Rasanya shah alam tak banyak berubah dari dulu, hehe sebab bila lalu tu akan cakap macam ni ; eh jalan ni selalu lalu dulu ; haaa ini produa yang aku datang dulu ; jalan tu ke opis lama! Lebih kurang macam tu la mulut membebel masa tengah drive sorang-sorang sambil kat peha tu ada ipad yang menunjukan jalan.
Sekarang ni macam perlu je gps, sebab senang nak cari jalan pulang bila dah tersesat barat kan. Sebenarnya aku tak berapa suka sangat sambil drive tengok gps, nanti leka tengok screen boleh terlanggar bontot kete orang! Tak pasal-pasal je kan. Dulu-dulu gambel je merayap ke sana kemari tanpa gps, cuma baca signboard, tapi sekarang ni masing-masing dah manja kan hehe.
Rasanya hujung minggu kena keluar la sorang-sorang tuk survey jalan, senang nanti nak ke sana ke mari, hehe. Tapi tu lah apesal kau naik kan harga minyak? Kalau tidak pasti aktiviti tak berapa nak mendatangkan faedah ni di jalankan dengan lancarnya! Haha.
Bye, nanti kita sambung lagi
[counting my days]
No comments:
Post a Comment