Monday, December 2, 2013

misi berangan

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Kesejukan tahap maksima di opis sehingga merasakan yang akan berguguran salji turun dari corong aircond yang ada atas kepala nih. Maka dengan kesejukan yang telebih membuatkan selsema dan dan batuk datang menyerang! Kemain tak selesa lagi hidung ni berair-air. Kejap-kejap berulang ke toilet membuang hingus, lolx. 

fokus yang terlebih

Biasa tengok iolls kat opis pakai blazer biasa  Ada nampak disini yang iolls berbungkus-bungkus dengan baju sejuk yang berbulu-bulu milik fatin, siap ada awning kepala lagi, haha. Oh memang serius sejuknya, rasa sampai ketulang. Sebab itu boleh dapat selsema siap dengan pakej demam, huhuhu.


. . . . . . . . . .


Last weekend iolls berjalan-jalan tanpa planning *bila lagi nak menggayakan bawal aidijuma baru nih kan* Yeahh entah mana datangnya keberanian nak menggagau sesorang ke gombak sana menjemput si azie. Thanks a lots to GPS kerana telah menunjukan jalan yang benar tanpa sesat barat, hehe.

Pick-up si Azie pastu merayap ke Wangsa Walk. Oleh kerana memang tak pernah langsung sampai kesana haruslah menjejakan kaki. Tempat dia ok lah *maklum lah iolls ni dah sebati sangat dengan Sunway Piramid, maka kat situ je lah tempat yang ter-best, huhu* Konon-konon nak tengok wayang cerita Penanggal, tapi sebab lama sangat nak tunggu terus tak jadi. Then angkat kaki keluar dari Wangsa Walk, beli pisang goreng lepak makan kat Tasik Titiwangsa menghadap KLCC, hehe. Fine, memang dah lama tak terjebak berjalan-jalan ke taman-taman gini, hehe.

Dah kenyang makan makan pisang goreng, kita beransur menerjah ke pusat bandar! konon-konon nak lepak ke Pavillion. Yer berangan nak lepak macam budak-budak baru nak up, hehe sesekali apa salahnya kan kan kan. Kecewa! tak jadi. Drive terus menuju ke Sogo! lol! dah lah minggu lepas rasanya macam hari-hari menjengah ke Sogo, time weekend pon ke Sogo jugak! Sah sogo ni pakai mandrem!

Masuk sogo sekejap jek, konon-konon nak cari kasut tapi tak jumpa yang berkenan terus blah keluar kalau lama-lama dalam tu maunya terjebak membeli benda lain lebih baik blah awal-awal.


cover perut buncit lepas makan laksa penang yang so-so


Jalan laju-laju menuju ke Jalan TAR, manalah tau terjumpa shawl yang somel-somel dan murah, boleh rembat selai dua. Tapi takda yang terbekenan, mesti mandrem tak kuat sangat, kihkihkih *tak sudah-sudah mandrem* Apa yang menarik kat pasar jalan TAR tu cuma makanan, fuahh mata ni nampak makanan terus takleh tahan, daya kuasa membeli shawl semua dah kelaut, dalam kepala cuma ada makanan. 

Penat berpusing dalam pasar tu, kita santap laksa penang dan rangka ayam *serius memang lama dah tak makan laksa penang* Rasa laksa penang yang nampak sedap tu sebenarnya biasa-biasa saja, huhu *tekak ni sebenarnya dah ter-imagine kesedapan laksa yang makan kat penang dulu* tapi habis la jugak semangkuk, lapar agaknya. Santap rangka ayam tu pon tak sesedap yang pernah dimakan sebelum ni. huarghh semuanya rasa macam duduk atas bukit.



two of us

Sambil beransur-ansur untuk pulang memandangkan jam sudah menjejakkan ke angka 10 sempat jugak nak snap gambar ^^


Okeh, bye jumpa lagi dihari kejadian yang lain pulak, sebab lepas ni memang berangan nak lepak macam budak baru nak up, kihkih


1 comment:

e.s.p.r.i.t said...

i engt nk trun kl laa..nk sruh u bwk i pegi kenanga wholesale city..huhuhu