Assalamualaikum & helo polo ^^
Waduhh, mp3 ni main pulak lagu 'Warisan'. Sangat menggamit kenangan okeh.
"bertapa dibumi ini ku melangkah, ke utara, selatan, timur dan barat, ku jejaki"
. . . . . . . . . .
Entah kenapa lately ni sangat suka dengan warna hijau yang pekat itu. Tidak berkait dengan fahaman politik yer. Saya tak suka dengan politik yang kacau bilau. Entah apa-apa, dok je lah dengan aman tak rugi apa-apa pon.
. . . . . . . . . .
Kadang-kadang iolls rasa seperti mahu bertukar ke tempat kerja lain lah, walhal baru sangat kerja ditempat baru ini. Tapi. Macam-macam yang ada dalam kepala ni. Bukan sebab kerja atau apa. Iolls tak pernah merasa kerja yang ada disini memberi satu bebanan walaupon kerja yang ada tu bertimbun-timbun. Terima seadanya, sebab itu yang selalu menjadi pilihan. Tak perlu merungut, semua itu punca rezeki kita. Mana berkatnya imbuhan yang kita dapat setiap bulan jika selalu merungut dengan apa yang kita lakukan setiap hari.
Bukan senang untuk mendidik hati supaya bekerja dengan ikhlas dan tanpa hipokrit. Tapi sikit sebanyak kita kena buat dan harus terima dengan redha. Bukakan hati, pasti akan ada rasa seronok dengan kerja kita.
Ewahh, syiro bercakap dah macam penasihat yang bertauliah.
Sejujurnya iolls tak berapa suka bekerja dengan orang sekeliling yang suka merungut sana sini, tak puas hati sana sini. Boleh jadi stress tau. Yer lah kite ni kalau orang dah suruh buat, kita buat saja, tak mahu pikir yang negatif *mungkin sebab pengalaman bekerja ditempat lama*
Dulu iolls pun suka merungut dengan kerja yang entah apa-apa. Rasa macam 'ini bukan kerja aku!' kerja aku yang macam ni je. Jahil atau jahat itu? Bila lama kelamaan hati mula rasa rehda dengan apa yang iolls buat, cuba melapangkan dada, buat apa saja supaya hari-hari pergi kerja ada rasa seronoknya. Mungkin itulah hikmahnya iolls dipindah dulu. Alhamdulillah, sebab diberi peluang sebegitu rupa. Dalam pada tak suka, tak suka lama-lama jatuh hati dan rasa sangat seronok.
. . . . . . . . . .
"aku rasa ini bukan penambahbaikan, tapi penambahburukan"
Kecik hati iolls dengar, rasa nak lembang laju-laju jek!
*Kalau tak makan cili tak kan rasa pedasnya*
bye
No comments:
Post a Comment