Sunday, January 31, 2010

R O M B O N G A N . P U S P N I T A


30 Januari 2010

Sekali lagi terlibat dengan secara tak sengaja mengikuti aktiviti-aktiviti tidak rasmi opis PPPNT ni. Dan juga menjadi jurukamera masa hari tersebut.



Destinasi pertama : Taman Monumen

Merekalah Puspanita dari Kluang Johor
~bagai bertemu dengan orang kampung laks ;p

Berlari berebut-rebut masuk ketaman tersebut
~bagai kanak-kanak tabika_penipuan disitu
(tetapi mereka berpusu-pusu ke toilet -_-")

Ehem ehem naik tram untuk bersiar-siar
~First time naik tram masuk dalam nih, sebelum ni naik basikal jer
(tapi best lagi naik basikal, boleh pergi semua tempat)

Kamilah ketua rombongan tersebut
dari kiri : Cik Mimah . Kak Moh . Me . Kak Ja
(tukang ambil gambar masa ni : Nizah)

Dengan Taj Mahal lagi
Kat Taj Mahal ni ada Dewan Teater dan Galeri dibawah nya, so kami di beri penerangan tentang sejarah Taj Mahal ni : Hebat kisah cinta mereka, si suami mendirikan Taj Mahal ini sebab cinta dan isteri nih meninggal semasa melahirkan anak mereka yang ke 14 (wah besarnya keluarga)

Yang ni dah lupa nama nya

Yaaaa.. aaaa
~berlagu ghazal dengan benda kat tepi tuh! _ jangan memain lah Syira!

Atas tram
~ambil gambar muka sendiri, sebab sendiri yang menjadi jurukamera
(tu yang tak syok nye bila menjadi jurukamera)

Pengarah yang tersenyum girang di atas tram

Dinding mana ntah, tapi memang suka bergambar kat dinding batu

Flashback gambar lama : Dengan dinding batu juga, lokasinya di Melaka
(dinding batu itu cantik_mungkin!)

Sampai Sepanyol kami berjalan

Russia pulak!
~Comey masjid nye


Destinasi kedua : Pasar Payang

Rombongan ni macam dah biasa datang Pasar Payang nih!
Sampai jer, terus hilang
~berebut-rebut mereka naik tangga kat pasar nih!


Buah-buah
~saya dan Niza sempat makan buah Durian di tepi kedai Pasar Payang
(terkantoi dengan ahli-ahli rombongan _ best durian nih!)

Saya yang konpius nak memilih keronsang!
~akhirya membeli keronsang yang bersinar itu! murah jer

Ni lah dia Niza
~kami yang sudah berbau durian


Destinasi ketiga : Kedai Tudung Desa Murni

Murah murah murah
~sangat rambang untuk memilih tudung disini
(penyudahnya tidak saya tidak membeli sehelai tudung pun!_sapa suruh jual banyak sangat!)



Destinasi terakhir : Nozi Batik


Bersuka ria mereka membeli belah disini
~sangat suka baju yang berjalur itu
(RM180.00 ...tidakkk saya punya~sambil bertarik tudung dengan orang yang membeli itu)


Akhirnya
Tamat sudah lawatan mereka
Kami-kami ni pula sebelum pulang, pergi dulu makan-makan di kedai yang sangat lambat servisnya *tak tau ke kami sangat lapar nih*
Habis makan balik rumah mandi dan tidur kepenatan

Thursday, January 28, 2010

W H A T . A . D A Y S

26hb dan 27hb Januari 2010

Masa untuk bekerja sambil berjalan-jalan. 5.30 petang sampai di Bangunan Perdana Putra (Tempat PM_tu la HQ buat masa sekarang ini). Walaupun masa sangat sangat sangat terhad di KL, akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk keluar dengan kawan-kawan yang sangat sangat sangat dirindui. ~Nia tak sempat nak jumpa ko : (

Siti Saniah lah yang berjaya menculik saya di Kuala Lumpur Internasional Hotel kat Chow Kit (tipu tu semua, kita yang tunggu dia di depan UO ~sangat merbahaya rasanya tempat itu!) Naik WSN 4690 dan jalan tanpa tahu tempat yang hendak dituju (macam mana plan nie!), so cadangan dikeluarkan sama ada ke Sunway Piramid or Shyqin di MOSTI ~Nak ke Sunway tu jalan jem, amik keputusan ke Shyqin (mujur tak sesat barat, cuma ingatkan roundbord Aznil! Apekah? kalau tukar gambar lain sure sesat) then terus ke PUTRAJAYA untuk bergambar (semata-mata kesana untuk bergambar sahaja -_-" )


Tak faham lah kenapa gambar jadi begini!
~Mula-mula menggunakan kamera semua gambar kabur dan kenapa flash nye tak keluar!

Dia ni lah Shyqin yang rasanya semakin bulat ~opss..
Akhirnya jumpa jalan penyelesaian dengan kekaburan tersebut
maka di destinasi pertama hanya gambar ini yang boleh dikirakan ok!

Bangunan ape ntah!
Sangat-sangat suka dengan design banguan yang ada di Putrajaya ni
~Minat lama masih ada dalam hati ; saya sukakan pembangunan dan ke canggihan yang ada baru memberi ketenangan dalam diri.

Damai dihati
~di antara picture yang sangat disukai
(puas mengajar diaorang untuk ambil gambar sebegini)

Mereka yang pakar dalam bidang pose bergambar!
~betul ke ayat aku nih!

Mereka yang sedang berpura-pura bergambar
~nampak berlakon lah! -_-"

Gambar yang paling paling paling saya suka
~sila komen jangan malu-malu.. : )
(Cik Model nanti diet ek! hehe jangan marah Shyqin, gurau-gurau je)

Mereka lagi yang berposing!

Saya ada juga di situ
~sempat snap satu gambar saja, polis dah datang halau dari jambatan itu
(sampai terjatuh untuk melarikan diri_penipuan disitu yer!)

Singgah di jambatan pula untuk bergambar!
~keriangan terpancar_Adakah?
(baru perasan rupanya kami semua memakai baju berwarna hitam)

Itu dia saya
~diatas jambatan dan membelakangkan jambatan yang ada polis tadi!

Saya mereka dan mereka
~memang sangat sangat sukakan kamera lah kami ni!
(tapi pose masih juga begitu!)

Cantik cara gambar ini di ambil!
~huhuhu sapa pulak yang mengambilnya. ehem ehem

Masih lagi saya
~masih di atas jambatan, tetapi berlatarkan Masjid Putrajaya pula

Masa untuk bergerak
Baru terasa cam lapar, dan baru teringat masih tak makan malam
~nak masuk kereta pon nak posing!

Sempat lagi snap gambar tuh!

~lapar dah wei, jom gi makan!
Betul ke aku mangajak mereka supaya makan?

Akhirnya sampai dikedai makan kat bangi
~dengan beg si Shyqin

Air tembikai yang best
~kongsi dua dengan Nia sebab kalau seorang mesti tak abis punya
(murah jugak makan di sini. atau sudah terbiasa dengan makanan yang mahal harganya di Kuala Terengganu?)




p a g i . 2 7 h b . j a n u a r i

Sekali lagi dapat pelepasan dari BOS untuk ke TIMA jumpa kawan-kawan ofice lama sebelum
bertolak pulang ke Terengganu semula
lebih kurang 45 minit la duk kat TIMA tu, jumpa la semua kawan-kawan lama
~boleh tak nak kerja kat sini semula?

Nazariah dan Nora
~Naza lama tak keluar dengan ko merayap kat area Jln TAR tu?
Orang yang masih setia dengan URBF BA 2
Oh sebelum terlupa ; selamat pengantin baru untuk Naza

Puan Fatin Hamamah dan Puan Normala
Dua orang Penolong Arkitek yang sibuk menyiapkan pelan (tak tanya plak plan mana..)


Puan Rosmawati dan Puan Nor Afini
dan juga Puan Ng Bee Ngoh yang sibuk bekerja


kawan-kawan opis lama semua sudah menjadi PUAN!,
Naza sahaja yang masih memegang title Cik tapi tak lama lagi nak jadi Puan juga


Sempat snap gambar pintu masuk opis ni
~rindunya

Ini lah dia menara Tun Ismail Mohamed Ali @ TIMA
~tempat lama masih lagi dikenang
(sempat snap gambar semasa otw balik_di dalam kereta dan di dalam jem)



Sempat juga lah untuk membeli sepasang kurung siap di Jalan TAR dan kain pasang yang dikirim oleh Ija_saya punya kak Miza amik, takpe lah nanti boleh datang lagi untuk membeli




m o r a l . o f . t h e . s t o r y

Lain kali beli kain pasang lebih, boleh buat niaga diopis_sure laku
~ermm akan difikirkan

saya semakin sukakan kamera, ada sesiapa mahu membelikan kamera untuk saya?


Wednesday, January 20, 2010

B E R H I M P U N . & . 5 S


19 Jan. 2010

Perhimpunan PPPNT di Dewan Teater Wisma Darul Iman. Perhimpunan yang biasa dia orang buat setiap 3 @ 4 bulan sekali. Macam-macam amanat lah untuk tahun baru ni. Sangat lama bos kami ni bercerita. Ija dan Najwani sibuk dengan cerita mereka sendiri. Hajar dan Akma dengar dan hampir-hampir tidur. Dan saya kushuk mendengar apa yang disampaikan (eh iyer ke? hehehe.. lebih kurang je seperti Hajar dan Akma)

Selain tu, ada acara (ceh acara.. cam sukan la plak) mengangkat ikrar Akta Rahsia Rasmi Kerajaan `Rahsiakan Rahsia Kerajaan' peringatan untuk semua Penjawat Awam!


Ini lah dia borang Ikrar nyer ;p

Semuanya dengan bersungguh-sungguh mengeluarkan suara
menyanyi lagu Negaraku dan Lagu Penjawat Awam
(orang gomen tau la)
~Ija & Najwani yang sangat gembira

Muka yang serius menyanyi
~nampak seperti tertekan disitu!
(mungkin untuk mengingatkan lirik lagu tersebut!)
"apa kamu ni tipu syira, kan ader lirik kat screen! "

Ikrar dengan ikhlas
~bukan sekadar baca sahaja tau!.. kuikuikui..
"si sue yang bertudung pink ; kenapa kamu membaca jiran sebelah punya ikrar?"

Habis perhimpunan, seperti biasa
Acara makan time (makan besar makan besar)
~With Ija yang menjadi orang pertama memotong kek!
(kami bukan besday gurl! ; balas dendam sebab kami punya dulu tak dapat makan)




20 Januari 2010

Sekali lagi perhimpunan di Dewan Teater Wisma Darul Iman. Bergegas semua warga PPPNT turun kedewan, 8.30 pagi dah beratur depan dewan untuk register kehadiran. Kali ni perhimpunan untuk Taklimat Persekitaran Amalan 5S.

5S ni ialah mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti kearah menjadikan sebuah agensi yang unggul dan berwibawa. Semua jabatan akan terlibat dengan 5S ni. (JKR Caw. Arkitek belum lagi ~sebab dah tanya Nora. Dia pon tak tau apa 5S tu)

5S

Seiri . Seiton . Seiso . Seiketsu (bukan kiteretsu) . Shitsuke (dan juga bukan sasuke)


~cepat kemas meja kamu syira!

Dengar ini cerita dari Cik Pauziah
~maziah (baju pink) kamu tidur ya! ;p






l u n c h . h o u r

Makan Pizza beramai-ramai di Pizza Giant
~En. Is menunjukkan kad kredit milik Ija
"dengan terpaksa Ija menggunakan nya supaya dapat less 30%"

Mereka masih memilih makanan!
~seperti Ibu dan Ayah
"2jam setengah budak tu tunggu diaorang memikirkan order nya"

Masih lagi menunggu -_-"

Akhirnya dapat jugak!
~Najwani buat muka sebab dah tak tahan lapar
"kenapa keputusan lambat dibuat?"




m o r a l . o f . t h e . s t o r y

Pilih la makan cepat-cepat supaya perut tak masuk angin
"makan yang hebat-hebat di tengah-tengah bulan langkah yang kurang bijak rasaya!"