Sunday, August 1, 2010

T E R I N G A T



Minum ni semalam Iced Cuppucino with Aiskrim
*4++pagi baru tidur okeh!, sangat mengantok sekarang ini*


Okeh ape kena mengena gambar di atas dengan tajuk yang aku postkan nih. takde kena mengena eh... sesaja tempelan nak bagi tau yang sekarang aku sangat mengantuk dan terus layan blog dari tertidur kat meja nih. *pedulikkan orang IT yang lalu lalang kat belakang, sukati aku nak buat pe dengan PC aku nih*


Okeh sambung semula cerita.


Tetiba aku macam banyak pulak benda yang teringat dari zaman kecik kecik sampailah sekarang nih. Sebenarnya ada banyak benda yang boleh buat kita teringat sesuatu, cam orang ke, situasi yang berlaku ke, and macam macam lah. Minyak wangi contohnye bau bau cam ni bau cam tu dah tau dah sape orang tu. Warna pon macam tu jugak tapi tak tau lah orang lain cam mana. aku lebih senang kenal warna pada seseorang dari kenal muka dia *dah tiga kali terserempak baru aku ingat muka dia, melainkan dia telah membuat sesuatu yang mengjengkelkan seperti potong barisan nak bayar kat kaunter*. sebut pasal bau nih, aku cukup ingat bau si Nia a.k.a Emy dan si Shiqin. si bau epal dan si bau manis.. hehehe.. aku sekarang nih ada koleksi bau bau mereka *jangan marah ek korang, bukan pe rindu ngan korang*

Kalau warna ni banyak orang yang aku gelar dengan warna, lagi lagi masa kat Kolej dulu. ada sorang senior ni yang aku gelar dia 'abang baju coklat' asal terserempak kat studio ke, kafe ke, kedai fotostat ke mesti dia pakai baju warna coklat. semua koleksi baju dia warna coklat agaknya. tak tinggal juga kat office ni si Apiz Md Noor aku panggil dia 'mamat baju biru' sebab dia suka baju warna biru.

En Is : "sape suruh ko buat keje ni syira?"
Me : " tuh mamat yang pakai baju kaler biru!"
En Is : "sape?"
Me : "entah saya tak tau nama dia!"

Start dari situlah aku panggil si Apiz ni mamat baju biru. Time nak exam kat kolej dulu mulalah buat nota kecik kecik yang tulis isi penting dengan pen warna warna *of coz aku nye banyak guna warna merah* okeh pendek cerita time exam nak jawab aku tak ingat isi penting tu, yang aku ingat cuma warna dia je *jawapan soalan nih yang aku tulis pakai pen warna merah tuhh, aduss ape ek yang ingat huruf depan dia huruf A* ni lah dilema aku time exam. alhamdullilah pass jugak exam tu walaupon tak berapa nak cemerlang, asalkan aku tak mengulang paper yang sama next semester.

Kalau dengar lagu pon aku boleh ingat macam macam memori lagi lagi memori dengan housemate USJ time time gi beronggeng dengan diaorang naik kereta aku. sure si Azie and Nia suh pasang CD lagu dangdut. *gi karaoke dengan diaorang suka jugak nyanyi lagu dangdut nih*. Ingat lagi masa kerja kat Glenmarie ntah kenapa si Nora tujukan lagu Krisdayanti + Ajai perlu kamu kat aku. *sampai sekarang aku masih tak berapa nak paham lirik dia* ape ape pon lagu tu nice dan banyak memori yang tak boleh cerita kat sini.. uhukkkk... satu lagi dengan si Nora ni, time balik keje bila lagu 'kekasih gelapku' ni keluar kat radio tau dah dia takleh alih channel lain. hehehe.. sangat memahami ko ek! sebenarnya banyak lagu yang boleh kita ingat seseorang yang kita kenal. *aku sangat mengingati orang itu yang suka bagi lagu yang dia suka kat aku* uuuuuu.....

Bila terserempak dengan seseorang yang menarik perhatian pon aku boleh gelarkan dia dengan nama tempat tu.. *hehehe nakal. haruslah.* gelaran ni lah yang paling banyak aku gunakan. mamat lif masa kat JKR dan pakcik lif kat sini. gelaran lif diberikan kepada mereka kerana kita hanya terserempak dekat lif. hehe.. well mamat lif ni aku cam dah ingat ingat lupa muka dia, dengan dia ni bukan serenpak dekat lif je, tapi selalu serempak masa break1st MARA. kira hari hari jugak lah *pandai aku simpah rahsia ni dari kawan kawan aku, kalau mereka tau sangat kecoh okeh* dan pakcik lif aku rasa orang yang berpangkat pangkat jugak lah, sukati aku jer panggil dia pakcik. *mau dia belasah aku kalau dia tau aku gelar dia pakcik lif. hari ni tak naik satu lif dengan dia -_-"*

And last, barang barang yang aku terima dari orang lain pendek kata hadiah la. of coz la aku ingat sebab aku ni bukan selalu dapat hadiah even my birthday *sediakan wish list untuk birthday kali nih coz tarihnya sangat special okeh!*

.............

huhhh panjang dah taip taip nih. bila tengok dah banyak mulalah malas nak menaip
dahh bye bye



2 comments:

wani ezryl * said...

cerita psl warna ni, kite teringat dlu time belajar ada sorg bdk lelaki classmate kite ni kena tgkp ms test sbb bwk masuk 'toyol' dlm dewan kuliah! &sbb utama dia ditangkap sbb notes yg dia bwk tu berwarna-warni!! dr jauh lecturer dah boleh nmpk.. HAHAHA (nk tiru pun agak2 la kan) :DD

hadoiyai kite xjumpa sape2 yg menarik pun dlm lif. tp kwn kite pernah jumpa awal ashaari dlm lif!! keji tak keji~ =_="

syira said...

kan dah kantoi time test!

xpe, lain kali de yg special tggu ko dpn pintu gate wisma nih.. >.<