Hello
siapa sini yang gunakan henpon lebih dari satu? sila angkat kaki kiri *syiro kenapa kau angkat kaki sekali, henpon kau kan satu je! lolx* sekarang ni dah jadi trend orang akan guna henpon lebih dari satu, kononnya satu untuk family, kerja, yang tersayang dan sebagainya. housemate aku pon macam tu aku tengok, aku sorang je yang guna seketul je henpon. cehh! nampak hebat kot kalau guna henpon banyak-banyak ni, tapi kena ingat banyak guna, banyak la duit yang keluarnya *kata-kata orang yang kedekut T___T*
ada tak yang dah tukar henpon lebih dari 5 kali? sila angkat kaki kanan pulak! sepanjang aku mengenali henpon dari tahun 2001 baru 3 kali aku tukar ganti henpon.
nokia 3310
henpon yang pertama sekali aku guna. ayah yang belikan sempena birthday dan mungkin juga dia dah muak dengar aku asik mintak nak henpon je. masa ni guna line TMtouch 013. prepaid sebulan rm50.00. time ni sesapa guna line Celcom kira masuk kategori orang kaya la topup lain, line lain kira-kira sebulan habis rm80.00 la. banyak kenangan henpon ni dengan pakwe-pakwe lama eh bukan pakwe jek. amoy apek lagi. senyum lebar kalau di ingatkan. sweet.
ini henpon adik, aku amik guna pakai sebab dia dah beli henpon yang lagi canggih dengan screen ada warna. bertahun-tahun jugaklah aku guna henpon nih. sampai habis belajar, habis LI dan nganggur-nganggur duduk kat rumah. era tahun 2007 henpon dah canggih-manggih, ada kamera, Infrared, Bluetooth dan sebagainya. aku pon menggeletik nak guna henpon yang canggih-canggih ni, mana tak nya budak sekolah pon dah pakai henpon screen warna-warni, aku jugak guna hitam putih lagi. merengek sakan ngan mak & ayah nak henpon baru. mak bagi syarat tolong dia buat kuih jual time puasa. wooo aku sangat gigih kelim kuih karipap dan berniaga depan kedai semata-mata nak pakai henpon canggih!
emsem tu henpon nih, kira henpon yang paling canggih la masa ni bau kilang lagi masa nih. sayang giler la dengan henpon nih. banyak kelebihan yang ada, dah la emsem, nipis, keypaid dia rata je. wahahaha. tapi yang paling aku suka guna henpon ni dia punya security, boleh pilih nak lock apa, so aku pilih lock media dengan mesej sebab tu je yang aku rasa private. padahal bukan ada simpan apa pon. sejak pakai henpon ni, aku tak pernah amik tahu pon dengan kecanggihan henpon lain yang keluar. kira aku takkan tukar henpon nih selagi henpon ni tak rosak. amik kau lepas tiga tahun lebih guna dia hilang! nangis!
vivaz u5i
sekarang guna henpon nih, masih mencari kelebihan yang ada supaya setanding dengan henpon-henpon yang ada android, ovi dan yang seangkatan dengannya. dan cuba sayang dia macam sayang v3i.
kepada mereka yang gunakan henpon yang lebih dari satu tu, gunakanlah dengan bijaksana *kalau henpon ada banyak tapi takda kredit @ kena bar tak guna jugak! har har har*
sekian, bye.
nak tag ke : wani, shyqin dan DIM