Tuesday, February 28, 2012

wild romance


Assalamualaikum & hello polo again

Semangat okeh hari ni buat 2 entry. Mentang-mentang bos takda, dok goyang kaki nonton video korea je lah! kan bagus hari-hari macam nih -_-'

Cerita 'wild romance' ni sekarang tengah tayang kat KBS391, hoyehh i dah habis tengok sampai episod 16. Lepas ni takyah pikir sangat tertinggal tengok kat tv sebab asik gi kursus je! termasuklah minggu ni i tak dapat tengok. So kemudahan yang ada untuk menontonya di youtube kita gunakan sepenuhnya. ha ha. *acik suko, siap download lagi*




Memang 'wild' cinta dalam cerita nih. Lepas satu episod, mesti nak tengok lagi.




Lee Dong Wook as a Hero

*hoho ini drama kedua dia yang aku tonton selepas My Girl*




Lee Si Young as a Heroin

*banyak juga cerita dia yang i dah tengok, last cerita Poseidon*












Diantara lagu OSt Wild Romance yang jadi faveret i <3

*miane miane sarang he so*

arghh! doktor dalam gigi saya ada petir!


Assalamualaikum & Hello Polo :)



Seram okeh gambar diatas! pada i memang seram sangat. Maklumlah i ni paling takut dengan doktor gigi!

Ini bukan kes ada skandal dengan doktor gigi! tapi i pernah pergi tampal gigi dolu-dolu time sekolah, masyaAllah dia punya sakit! seminggu lepas kena tampal terus bengkak sebelah muka i nih, bibir pon dah macam bibir anak dara negro! *tengok muka sendiri pon takut*

Pendek cerita, minggu lepas memang minggu yang sangat mencabar! sakit gigi *seperti ada petir sambar menyambar didalam* ditambah pula tiba-tiba kena pergi bengkel 3 hari di Putrajaya. Warkhh time sakit-sakit ginilah nak suruh i berjalan! dalam perjalanan sempat singgah klinik cari ubat tahan sakit dulu sebelum ke klinik gigi *pendek kata, memang bergantung pada ubat tahan sakit je la sepanjang 3 hari, rasanya sebab makan ubat banyak ubatlah buat PMS i awal bulan ni, haishh!*

Kau taulah kalau dok hotel sure makan tanpa henti, i ni perhatikan je makanan super banyak yang dihidangkan! *hoish terkulat-kulat* bila tengok makanan terpikirkan gigi! tapi i bedal je! mana boleh tahan! *sakit makan ubat lebih sikit*

Bila sakit gigi nih, rasanya time tu jugak nak gi klinik nak suruh doktor cabut! finally sampai masa dekat klinik gigi, boleh relek je gigi tak sakit! sampai lah hari ni *saje nak suruh i jumpa doktor gigi nih, nak suruh ngorat ek?* tapi i buat keputusan untuk buat rawatan akar *homaii bunyinya!* so, i kenalah buat temujanji 3 kali, lagi-lagi dengan klinik kerajaan memang lambat nak tunggu turn. So sekarang i tengah tunggu masa untuk rawatan yang pertama *bila tengok date nya seram sejuk jer*

Tapi takpe, doktor yang merawat i boleh tahan orangnya :p hehehe *suka kau ek!*


. . . . . . . . . . . . . .


Cik daro posing dopan cormin bilik hotel
*bosar-bosar bungo baju den!*



Jatuh cinta i dengan bantal dekat hotel nih
*i nak cari lah 2 biji bantal bulu angsa nih*



View dari luar bilik
*intan terpilih je dapat dok bilik atas-atas, he he he*



tempat santai-santai
*kebetulan last day dekat sini boleh pulak terserempak dengan Kamal Adli, ho ho. per celop! aku pon tak paham maksud per celop tuh!*




view dari lobby bawah
*masa ni i baru lepas test kerusi urut, best best*



. . . . . . . . . . . . . . .



dua orang friends dari JKR HQ
*ohooo, bila lah aku dapat kerja dengan korang lagi! rindu dengan kesibukan KL*



masa tengah berpantang ni lah, rasa nak sangat makan aiskrim! demm! masa sihat ri tu taknak pulak!
*pantang tetap pantang, tak sanggup mananggung sakit wehh!*




Esok i dah kena pergi kursus Seksyen Khas opis i nih, dekat kenyir kau! *jangan ada karambit sudah!* awal-awal tahun kursus i dah hampir cukup 7 hari, nampak gaya nak kursus di JKR kena tunggu hujung-hujung tahun -_-'

Bye, i nak sambung tengok cerita Wild Romance, maklumlah hari ni je i rasa sangat relek sebab semua bos takde, hehe.



Monday, February 20, 2012

me too, flower

Assalamualaikum and Hello polo :)


"Me too, flower"


Hari ni I nak sharing sikit drama korea terbaru yang sedang ditonton *ini tak kira drama korea yang di tonton di TV* kira I sharing cerita yang di beli je. hehe. Sebenarnya DVD cerita ni dah lama beli, ada terperuk dekat rak tu lebih kurang 2 minggu. Hoishh, ini semua penangan cerita "can you hear my heart". Panjang okeh, kalau tak silap ada 29 episod! first time tengok cerita korea yang panjang.




Setakat ni tak habis lagi satu episode, tapi dalam masa 40 minit menonton boleh tahan lah cerita nih *ewahh! kau cerita korea semua best* Keseluruhan cerita 15 episod, nampak gaya bulan 3 nanti kena balik lagi untuk cari cerita baru. hik hik.


Masa jalan-jalan di Astaka *kira macam pusat membeli belah lah, ahakss!* ada terjumpa kedai jual DVD cerita korea. Hoish jauh beza harga yang aku beli di kampung. Biasanya cerita korea dijual berdasarkan harga CD yang ada untuk satu cerita. Kat kampung 1 CD 5 hinggit *majoriti cerita yang dibeli berharga 15-20 hinggit* Tapi kat ganu ni harga 1 CD 8 hinggit! mahal okeh!




Berbalik kepada cerita asal. Ini adalah hero cerita terbabit. Aku panggil TakGu, huhu. Sempena cerita dia sebelum ni "Bread, Love and Dreams"




Yang ini heroin, opss aku tak kenal dia. ha ha.




Sekian setakat ini, nanti I update tentang cerita-cerita yang I suka tonton kat TV pulak *haha baget ada orang berminat nak tahu*

Bye

Tuesday, February 14, 2012

menaip tanpa cerita ^^


Assalamualaikum and Hello Polo :)

Mari kita mulakan karangan pada hari ini. Pada pagi yang agak indah ini walaupun dalam keletihan dan kemalasan untuk bekerja, ku gagahkan jua kaki ini untuk melangkah bangun dan terus melakukan aktiviti yang sama setiap hari! *arghh inilah yang dikatakan akan berpencen diusia 60 tahun* nampak gaya ada lagi 30 tahun berkhidmat! lamanyaaaaaa.

Sambung semula cerita tadi, apa yang dimaksudkan aktiviti yang sama? haha selain makan tido makan tido, pergi kerja buka blog, layan video variety show korea *syok woo, gelak sorang* bila dah tengok susah nak berhenti, dari pagi sampai la ke petang! giler begitu punya relek aku kerja sekarang ini. Opps, untuk masa ini sahaja aku relek, nanti dah masuk bulan depan sure busy sikit *sikit je*



. . . . . .






'sentap ke?'



Ini topik sentap pula. Sentap ni seerti dengan terasa, cuma sekarang ni fames orang gunakan perkataan 'sentap'. heh!

Nak cerita banyak pon tak guna, sebab memang dia yang suka sentap ngan I.

"ada aku kisah kau nak sentap dengan aku!"




Hidup ini warna warni, tak perlulah kita nak hipokrit *tiba-tiba*



Okeh bai I dah takda modal nak cerita, ha ha ha

Monday, February 6, 2012

wedding dan sepanjang percutian


Assalamualaikum dan Hello polo :)

Sila bertahan kerana entry kali ini dipenuhi gambar, maka cerita yang disampaikan berdasarkan gambar-gambar yang ada :)

Tadi lepas solat, i naik penimbang adehh cuti seminggu dirumah membuatkan berat badan i naik sekilo! sudahlah seluar semakin mengetat! perut boncit macam orang mengandung 3 bulan! arghh! dimanakan perutku yang dulu slim mlim -_-'



Wedding cousin
Nurul & Lan
*alahaii pinggang ko nurul, boleh ukur pakai jengkal jer*



Tol gate. Kepada mereka yang tak tau, kalau kawin dengan orang johor biasanya akan ada tol nih. So sesiapa yang akan berkahwing dengan orang johor, sediakanlah duitnya yer.
*tu dia i dan mak sedang berbincang nak untuk letakkan harga tol*



Biasanya tol ada banyak, terpulang kepada sedara mana nak beratur panjang mana :) yang ini adalah tol yang terakhir bersama mak andam
*mak andam biasanya harga tol dari JB ke Kedah. haha*



Family i. Ermm ini cuma sebahagian sahaja yang lain segan nak bergambar.
*i biasanya memang hantu nak bergambar macam nih, bukan selalu pon ada kenduri kahwin dalam family Zaiton & Tijah*



Yang ini group cousin, tapi tetiba ada mencelah seorang bapa saudara disana dan 3 orang anak buah.
*alohh sian sara dan ulfa kepala terlindung dengan tangan maklong*



Inilah rupa sepenuhnya pelamin dia yang lebat dengan bunga-bungaan
*i wish kerusi itu tinggi dan berwarna putih*



Omak dan anak, samo tak serupo



Mak-mak sedara *mereka adalah sepupu mak*



Ewah ada juga i bergambar solo dipelamin
*gambar dipelamin sendiri itu tidak tahu bila yer, so lepas ni jangan attack i dengan soalan-soalan cepu emas itu*



Me and cousin tisha
*perbezaan usia adalah sepuluh tahun, erkk!!*



Adalagi rupanya gambar tol nih



Santai kepenatan dipetang hari
*Naufal yang kecik ni kenal ayah dia yang mana satu, tapi pakcik-pakcik aku masih tak dapat cam yang mana satu abang dan adik*



Bila pengantin pergi melayan tetamu, kami semua take over pelamin mereka ^^



Ingat pengantin je ke yang berinai, kami sepupu sepapat turut sama sibuk menyibuk nak berinai, tapi setakat lukis-lukis gini lah, nak berinai kuku tu tidaklah.



Selesai kenduri kendara di kulaijaya, kami berangkat pula ke Skudai JB
*aktiviti meronda-ronda sekeliling JB, maklumlah setahun sekali kami turun JB*



Beramai-ramai makan steambot di Jusco Bukit Indah
*alololo comel je atok posing gitu dengan cucu, opss yang kiri sekali pakusu*



Budak letih! tih tih tih!
*bagus Naufal tidur time kami makan, kalau tak puas jugak nak makan sambil pengang dia*



Tu dia punya panjang table kami, cakap tak usah la nak slow bukan main bene lagi!
*yang berdiri itu pakandak, nahas kocek katanya. haha*



Inilah rupanya steambot
*tak sempat nak ambil gambar masa dia tengah berasap-asap, masing-masing makan macam peluru kata ayah*



Lepas jalan di Jusco, balik rumah terbungkang tidur masing-masing. Bila petang kita berangkat pula ke Hutan Bandar Mutiara Rini, nak main boat kecik katanya.
*bila dah sampai sini, semua permainan yang ada kami nak cuba, haha*



Termasuklah i yang sibuk juga nak main



Taman ni memang sangat besar, macam-macam ada. Kalau lah ada taman macam ni dekat rumah i, tiap-tiap minggu i rajin nak pergi bersenam erkk!!



Playground untuk kanak-kanak
*tapi bila aku tengok dekat tempat gelungsur tu ada bapak budak tumpang sekaki main sama, apakah??*



Jambatan gantung kononnya



1Malaysia
*sebelum ni datang sini takda no 1 itu*



Nak jugak budak yang semakin demok nih! budak kah? haha



Feeling-feeling kononnya berada di ICT, hikhik



Bukit Broga katanya, kahkah
*budak gering, asal jalan JB je mesti gering*



The next day, kami beronggeng ke Johor Premium Outlet JPO
*berpusing-pusing jugak nak cari tempat nih, rupanya duduk dicelahan kebun sawit*



Barang yang ada, sure lah barangan yang berjenama yang ada dekat KLCC erkk!!



Mula-mula ingatkan tempat nih macam dalam shopping complek, rupanya dia dalam kawasan terbuka. Hangat okeh dengan cuaca malaysia yang terik dek mentari!



Adik cakap, dia yang buat gambar 3D landskap tempat nih! ohhh
*dik lain kali letak pokok banyak-banyak*



Tengoklah kedai apa yang ada?



Kita lalu jer lah....



Yang ini lagi lah, kita tengok dari luar aja



Mana boleh tahan nak tengok dari luar aja, masuk lah kedai nih, Coach katanya. Mata nih nampak ada sale 50%, tapi apakan daya dah sale 50% pon masih berharga ribu-ribu. Apakah!!



Tipulah cakap kalau takda yang berkenan dihati
*yang ini pon macam i berkenan, tapi ada satu bag tu memang i berkenan harganya 2k ++*



Dalam banyak-banyak kedai, ini sahaja kedai yang mampu untuk i memborongnya, haha
*mula-mula nak ambil yang 1 scope, tapi nampak macam sikit, bila amil yang 2 scope macam banyak lah pulak!*



*badik-badik yang sedang menikmati makanan yang boleh mengakibatkan kaki dipotong! erkk manis!*


Penat dah jari jemari ini menaip.
Sekian, bye