Assalamualaikum & helo polo & salam ramadhan
"indahnya sungguh di hari raya ramainya orang bersuka ria"
"adik ku manis cantik bergaya bolehkah abang ikut bersama"
Nampak gaya baru ramadhan ke 4 sudah kedengaran lagu raya, jangan kata diawal bulan ramadhan ini tapi I pernah terdengar lagu raya di akhir sya'ban hari tuh, ish ish siapalah yang dah tak sabar sangat nak beraya tuh? *bukan aku ek, baru je nak pasang nih hikhik*
Tahniah kepada diri sendiri sebab setakat ini masih mampu untuk berpuasa penuh, haha. Kita tengok esok pulak he he, normal ok bagi perempuan yang masih belum monopous untuk bercuti dihari puasa. Itula kelebihan perempuan di beri cuti setiap bulan :)
Sepanjang 4 hari berpuasa nih, masih belum berkesempatan nak masak-memasak untuk berbuka dan bersahur *cehhh!* Kite bukan malas nak masak tapiiiiiii, gas kat rumah dah habis!! hampeh!! tuan rumah tu kite dah masej and call suruh hantar gas, haram dia tak layan! *taknak bayar sewa kang baru tahu* Boleh je kalau nak pergi beli sendiri kat kedai, nanti siapa pulak nak bawak naik kerumah tu? kalau setakat sekilo dua tu boleh lah dipikul bawak naik atas, ini berkilo kilo! lagi-lagi dibulan puasa ni rasa macam tong gas tu lebih berat dari diri sendiri. Untuk pemakluman semua, gas-gas di Kuala Terengganu ini payah nak cari yang boleh delivery pintu ke pintu.
Bermula hari ini akan ada tadarus al-quran dikalangan warga kerja PPNT, tak tertinggal untuk join sama kumpulan bertadarus, biarlah aku ni ngaji tak berlagu mana pon yang penting niat ikhlas. Taksalah untuk tambah pahala dibulan mulia ini *ewahh cam ustazah pulak*
Bye, nak berbuka apa ek hari nih?
[lagu raya nih kalau dinyanyi Siti Nurhaliza automatik dia jadi sedap]
1 comment:
kalau tak sampai jugak gasnya cuba tanya salwani.. dia ada phone no gas lain.
Post a Comment