Wednesday, August 8, 2012

a little bit story

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Kembali kita bersua setelah sekian berdiam dan memendam perasaan. Ahaks!! Bulan puasa ni tak banyak aktiviti dibuat melainkan kerja di opis dan keluar site. Agak penat juga keluar masuk opis nih, bila dah keluar malas dah nak buat kerja-kerja di opis, rasa nak baring-baring sambil menikmati kedinginan penghawa dingin, lolx!

Awal-awal puasa hari tu diserang sakit-sakit badan dan datang pula demam yang collapse habis tambah pula batuk yang sehingga menyakitkan buah pinggang, huh. Baru beberapa hari ni batuk dan suara husky tidak kedengaran, yeah semakin sihat seperti biasa. Sebenarnya demam berbalik-balik tu rindu nak balik kampung kalau balik hari tu sure sihat. Tapi sebab badan ni malas nak renyah naik bas atau drive, kita bertahan saja dirumah.

. . . . . . . .


Hari ni dah masuk 19 ramadhan, maknanya masih berbaki 10 hari nak sambut lebaran. Baju raya, kasut raya, duit raya, handbag raya dan segalanya yang berkaitan dengan raya masih belum ada!! macam mana nih baju raya masih duduk dijalan TAR! handbag duduk dalam butik lagi! duit raya? eh duit raya tak masuk lagi. I bagi duit raya dengan duit yang ada ditabung tu je, takyah la ngade-ngade nak duit baru! tapi I nak duit raya warna oren tuh, bila 30 orang yang bagi duit tu masyuk gak! haha.  Tema raya warna purple biru. Macam mana warna purple biru tu? pusing juga terengganu ni mana lah tahu jumpa warna baju gitu nak buat raya, haremmm. Kebanyakan yang ada semua tak berapa nak berkenan dihati, harga dia pon boleh tahan mahalnya macam beli baju dekat butik yang duduk dalam subang parade nun *hoishh dok bazar pon 300 ker?* Kalau takda kita pakai je baju raya tahun lepas jimat belanja.

. . . . . . . .




Siapa pernah nampak atau memiliki epal ogawa nih? ok tak? rasa nak beli la sebiji untuk waras. Nafsu nak beli benda ni lagi kuat dari nak beli baju raya! apekah?

bye :)

2 comments:

wani ezryl * said...

apple tu apakah, pewangi kenderaankah?

syira said...

penyedut habuk n pewangi