Sunday, January 27, 2013

jalan-jalan awal tahun

 Assalamualaikum & Helo polo ^^


Semua orang-orang yang diluar KT sedang berguling-guling, kami disini gigih bekerja! gigih ker? Sunday hari kerja main-main, contohnya saya yang datang kerja hari ini macam tak tahu nak buat kerja apa, tengok orang lain serba serbi gigih bekerja. Aku pon gigih juga bercucuk tanam, memerah susu lembu, mengutip telur ayam, buat roti-popcorn-kek-cheese dan sebagainya. Tapi itu semua dalam game, haha. Cuti 3 hari tak sempat nak buat semua tu, sebab sibuk berjalan-jalan ^^


Last weekend follow pipah balik KB, kalau ikut plan dari tahun lepas lagi nak merambu ke KB tapi apa-kan-daya ambe ni sibuk hujung tahun! puiii :) Perjalanan 3 jam ke KB aku rasa macam sangat lama dan penat okeh! padahal aku ni drive balik kampung 6jam macam relek jek! hari ni gi kerja tekak perit-perit, kepala pon rasa berat *badan ni dah tak boleh renyah sikit! mula lah serba tak kena, manja!*





Sekarang ni kalau berjalan macam tak tergamak pula nak suruh orang ambil gambar kita posing-posing! Ini lah satu-satunya gambar semasa di KB, itu pon mengadap cermin! selepas test baju *abaikan tong sampah dan hanger kat sebelah tu* 


Niat hati turun KB memang nak shopping, kalau ikutkan nafsu banyak benda yang nak beli; handbag, jam, cincin semuanya nak serentak!, tapi target antara semua tu kena beli satu jek! susah okeh nak buat pilihan. Tabah je bila beli satu yang lain tu cuma pandang jek! *duit harus disimpan, kata nak kawen! haha!*





Ronda di Kelantan sanpai ke Rantau Panjang. Memang tak terbayang pon Rantau Panjang tu macam mana, hehe. Dah sampai, okeh dia macam Pengkalan Kubor. Pusing punya pusing, serius memang aku tak tahu nak beli apa kat sana! Tengok orang menjinjing periuk-periuk dan toto, last-last aku rembat toto boleh buat guling-guling balik kampung nanti!


Jalan kat sini terserempak dengan kedai makan, tengok dia orang macam sedap jek. Lets try Laksa Siam, sedap jugak, lebih kurang macam Laksa Johor kuah dia, tak manis macam kuah laksa terengganu yang dah ala-ala pengat gitu, hehe.




Kadang-kadang rasa macam berada di Thailand bila tengok sederetan motor scooter plat thailand. Scooter diaorang oshem okeh, takda nampak orang mesia pakai! *nak satu boleh? wahh macam pandai bawak motor!*



Orang pompuan oh orang pompuan, yang satu tu baru beli dah beli lagi satu! takpe-takpe bukan setiap bulan! tapi ini kes macam dah dua bulan berturut-turut beli apa kes? *orang tamak selalu untung, pheww*




Kepala macam dah semakin berat dah tak mampu nak taip-taip lagi, rasa nak pergi mengular dan berjemur kat luar jek nih!

bye
[hujung minggu ni jalan lagi, horeyy]

Sunday, January 20, 2013

tukar laa

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Selamat Tahun Baru!
apekah? ketinggalan zaman okeh! haha


Ini baru dikira entry betul untuk tahun baru 2013, agak ketinggalan guwe! orang lain dah naik jet pejuang I baru terkial-kial nak pakai kasut kat rumah kahkahkah.


Oshem ke tahun 2013? belum tahu lagi weh, hari baru 20 hari di tahun baru. Gaya-gaya cam biasa sajork! kerja dengan bos baru? hurmm bos memang bos, adehhh. 


"awok masih ada hati nak kerja syira?"

"ade"


Tu dia soalan hangat dari KPP! jangan salah faham pulak, bos I tak marah cuma dia tanya takut hati I ni dah pikir nak kerja kat tempat lain, haha.


"surat tukar saya jalan kaki, lepas tu sampai kat kemaman ri tu hanyut dek banjir!"


Itu perumpamaan kepada surat tukar saya yang sangat-super-terkial-kial! damm! sok-sok aku dah start kerja ko baru nak sampai kan, masak aku lepas tu! orang yang ganti pon nanti masak! huhh



haloo hun ^^

em i getting gojes? haha perasan!


Lately ni macam dah kurang amik gambar yang entah-apa-apa yang selalu memenuhkan memori phone. Seketul dua gambar tu ada, cuma tengok-tegok gitu lepas tu delete. Reason delete, sebab macam malas nak transfer ke PC, leceh betul! makin canggih gajet makin leceh dibuatnye. Bukan apa, kabel phone & pad tak sama dengan orang lain, kalau sama senang pinjam jek tak payah nak usung dari rumah! *alasan jer tuhh*


Semenjak I ni rajin nak breakfirst kat luar, dah jadi ketagih pulak dengan caffein. Nescafe peng satu! huarghh pagi-pagi mintak ais, bila perut buncit merungut pulak kan! dah la pemalas nak buat sit-up pagi-pagi! haha. Rasa macam nak tonyoh perut buncit ni dengan felinna, tapi bila ija cakap panasnya macam kena lumur dengan cili api, cancel! haha *I jek yang nampak perut ni buncit, orang lain kata tak pon! haha! motiff kan*




Meh layan lagu Caffeine, baru boleh ketagih! haha


bye

Wednesday, January 9, 2013

Jalan Singapore

Assalamualaikum & Helo polo ^^


Now I'm back! yeyy baru hari ni rasa lapang sikit untuk menaip blog dengan entry tahun lepas! apekah? *woit syiro orang dah masuk tahun 2013 lew!* hewhew. nak buek cam mano den ni ado jo kojo nak kono buek bilo sampai opis nih! dokek rumah tu mintak maap ler nak berblogging! tapi nak iMessage boleh, habis ku haruk semua orang tukar pakai apple, kahkah


Akhir tahun 2012 yang mabeles! cita-cita untuk menjejakkan kaki kali ke 2 ke Temasik a.k.a Singapore tercapai akhirnya. Walaupon tidak menjejakkan kaki ke pulau sentosa tapi kira dah cukup puas lah dapat berjalan tengok bangunan yang tak kurang canggihnya dari Malaysia, ewahh.




Me & Jehan
2 orang bidadari dari PPPNT yang tergedik-gedik nak berjalan Singapore, gigih meng-sattle-kan semua kerja semata nak berjalan, hihi



Kasi close-up sikit!
*bulat-bulat*



Kastam Johor
*dah macam kat airport lah pulak*


Jom kita seberang jambatan


Kastam Singapore


Dari JB nak jejakkan kaki ke singapore amik masa 2 jam! giler ape? bukan jauh sangat pon nak seberang jambatan tuh! semua gara-gara jalan yang sesak dan nak tunggu giliran cop kat pasport tu yang lama



bangunan ape ntah! nampak macam tahu, hehe



kawasan perumahan
Dari segi design nampak macam bangunan lama
*memandai jek aku nih! haha*






















Hotel tempat kami makan tengah hari

Singgah lunch di Arab Street. Mula-mula ingat diaorang sediakan makanan arab, sekali makanan ala-ala cina, hurmm tak sedap mana lah jawabnya! ayam masak kicap dia kelaut rasanya, haha.



Jehan beratus mengunggu giliran amik makanan

yo!

grey building behind me
Oshemm okeh bangunan kat belakang tu. Opps hujan sudah turun dikala kami selesai menjamu selera *guane ni boh nok berjalang dalang hujang*



Arab Street
Sementara orang lelaki solat jumaat, kami yang perempuan ni apa lagi membeli dan membelah didalam hujan lah jawabnya. Tengok harga yang dia letak memang murah kalau nilai RM, tapi bila di darab dengan 2.50! mahal okeh!! *tak agak key chain ko harga RM6.25*

Kat sini ada jugak barang yang murah kalau nak dibandingkan dengan kat Malaysia cam minyak wangi, sebab apa dia murah tu tak pastilah, yang penting ori.



At MAMANDA
Tau apa itu mamanda? aku pon tak tahu! haha. yang pasti building MAMANDA belakang itu adalah tempat makan ala-ala Istana Melayu









Arab Street
Tempat shopping kat sini, macam-macam ada jual. Jalan-jalan terjumpa kedai kamera, ada satu kamera apentah body dia kecik macam Nex5 tapi dia punya lens panjang sedepa! serius tak tipu!



Bugis
Ini tempat orang bugis, hehe. Cun okeh building dengan bentuk heksagon. Sini tempat shopping lagi. Lepas shopping kita shopping lagi.



Eyes On Singapore

Me after shopping at Arab Street
Beli sikit je, kena budget sikit sebab nak shopping kat Orchird Road, kahkah



At Melion 


Bangunan kat sini memang sangat mencakar-cakar langit
Apartment atau kondo yang ada kat sini semua cantik-cantik dan kurus-kurus! jauh beza dengan malaysia yang gemuk-gemuk dan berotot! haha



Stadium Durian
*haha, sukati-jek*


Lion berbadan Ikan
Mula-mula aku ingat Lion ni besar! sekali tengok kecik jek, haha
*jauh sungguh imaginasi aku ni, ke langi hijau perginya*



Peace Yo!


Its Marina Bay
 Lain kali kita kesana pulak dan lepak atas kapal bangunan tuh, hehe



Awesome

Keseluruhan trip sehari ke Singapore, best jugak walaupon tak berpeluang untuk ke sentosa, maklumlah cuti sekolah sangat ramai orang kesana. Kat Singapore ni nak bershopping boleh, tapi tengok-tengok barang barang jugak, tak semua barang dia mahal, pandai-pandailah tawar menawar.


bye :)