Thursday, March 20, 2014

a little bit story

Assalamualaikum & helo polo ^^


Agak lama jugak menyepikan diri sementara. Baru bercita-cita nak meng-update blog sekerap mungkin, tapi apakan daya kemasalan melanda huhu. Kite tak banyak story yang nak diceritakan sebab rutin harian berulang benda yang sama walaupon dihari minggu <-- bosan="" dia="" kan="" nih="" p="">

Kehidupan bersoial dan berkawan hanya ketika bekerja. Lain waktu, banyak dihabiskan dengan diri sendiri. Bukan susah pon nak penuhkan jadual yang 24jam itu. Duduk guling-guling tengok tv, masak, makan, korea dan tido maka cukuplah 24jam itu dipenuhi dengan aktiviti.


Aktiviti bersosial bersama kawan ketika lunch time yang panjang dihari jumaat;
*tahniah ibu mengandung yang gigih berjalan jauh-jauh jenak sana*



us
Mula-mula berjalan menuju ke A&W masing bersemangat tak terasa jauhnya. Tapi pabila perut sudah kenyang dan mahu menapak pulang, oh mak aii jauhnya opis tuh! Jangan percaya lah yang kami lepas makan terus pulang. Haruslah meyimpang kesana kemari menyinggah kemeriah deretan kedai yang ada di Jln TAR. I din't buy anything, maklumlah kudukut memang cenggitu. ahaha.


Coneydog
Ini makanan yang kurindui nak makan. kenapa makan conneydog yang sebelum ni macam lain jek, tak perasan pon ada kepingan cheese sebegitu rupa. Kentang-kentangan pon dia bagi dua-dua jenis.



Laksa Johor dari restoran wadihana di bangi
Weekend hari tu jumpa Khalida house mate lama masa di teganu. Saje jumpa-jumpa, borak-borak, makan-makan, berurus niaga produk argan sikit, itu saja. Lama duduk borak-borak tak tersnap plak gambar bersama.

Ini pertama kali berkelana sendirian hingga ke bangi. Kepercayaan 100% dengan GPS. Dari awal gps tu asik suh turn left turn left sampai jugak akhirnya, ingatkan dia membawa kejalan sesat barat. lolx.

Masa ni musim panas yang teramat sangat. Duduk dalam kereta sama panasnya dengan diluar. Dah macam duduk dalam microwave *okeh tetiba bercita-cita nak beli microwave berserta oven. yang mana satu nak beli dulu ni? tefal nak periuk vision pon nak!*



Set Spaghetti di Fruty Maju Junction 
Dah terasa yang sebenarnya saiz  fizikalku yang semakin mengembang. Sibuk rasa nak berdiet untuk mengilangkan kebuncitan di pewot. Dari nak berdiet makin meriah makanan yang dimakan. Habis pulak tu, adehh selera naga betul.



Pavlova yang tak berapa nak tinggi
Lama tak makan Pavlova, maklumlah sekarang ni musim orang makan kek cheese leleh. Kebetulan ada pulak yang masih membuat pavlova. Cuba try test. Bolehlah nak makan, tapi masih tak leh lawan kegebuan versi terengganu dulu.


Sup ayam
Ini firs time buat sup ayam. Mujur jadi, ada lah rasa sup itu. Kite ni tak berapa nak minat makan sup, tiba-tiba macam teragak nak makan *dah macam orang merandung pulak, nak makan itu ini!*



Ayam masak merah
Menu ini memang selalu di masak. Selain dari menu ni memang tak reti nak masak ape *kena cari buku resipi cam gini*



Bubur kosong + sambal buruk
Last week iolls demam kejap, Alhamdulillah bukan demam yang teruk sebab pergi klinik awal-awal. Maklumlah musim panas yang teramat amat sangat. Malaysia kini ada pelbagai musim, minggu lepas musim panas sekarang dah masuk musim hujan. Dah tak boleh dengan sesuka hati meramal cuaca sekarang ni bak kata pepatah ku-sangka-panas-hingga-ke-petang-rupanya-hujan-di-tengahari. <--- ber-pepatah="" dah="" ni="" p="" pandai="" sekarang="">



Sardin masak lemak
Lauk jenis ini pon dah lama tak makan. sekali lagi cuba try test, hikhik



Kastard jagung
Kastard jagung oh kastard jagung, yumm yumm. Kalau guna jagung kampung lagi sedap. Agak leceh gak nak buat, nak parut je-jagung segala bagai, habis merata-rata jagung bersepah kat dapur *tak senonoh anak dara ni buat kerja!*



Us
Ketika musim jerebu minggu lepas
Arghh kegebuan pipiku tak dapat disangkal lagi walaupon dalam keadaan bertutup!



Selfie sikit ^^

That's all the story yang ada. haha gambar makanan yang lebih!
bye.

1 comment:

wani ezryl * said...

ko beli microwave oven, dua dalam satu. haa boleh masak kek ^^