Monday, March 3, 2014

kenduri kendara

Assalamualaikum & helo polo ^^


Kenapakah petang-petang sebegini mataku sangat mengantuk? kalau layan ni kompem nyenyak.

Kenapakah jerebu yang teramat sangat kat KL nih? rasa nak keluar opis pon takut. jerebu yang teramat sangat *please hentikan asap-asap termasuk asap rokok diwaktu cuaca kering ini*

Kenapakah gemuks kite sekarang nih? hadoi perut dah buncit macam orang merandung. Maka jawabnya perlu berdiet.

Kenapakah jalan dan parking super jam? arkhh mereka-mereka nih!!

Berapa banyak kenapakah disitu. Setiap persoalan mesti ada sebabnya ^^


. . . . . . . . . . . . . . . 

Last weekend ada kenduri kendara di kampung. Kenduri dengan pelbagai sebab. Mak kata 'sebab rumah ni dah lama tak buat kenduri'. Memang pon, last, past 2 years masa tu pon iolls takda, nun jauh di terengganu sana.


Mama along and hero's
Rasanya ini pertama kali bergambar dengan twins dimana kedua-duanya ada dipangkuan. Sebelum-sebelum ni cuma bergambar secara bergilir-gilir. Rindu dengan budak masyam nih. Kali ini jumpa Naufal tak bergambar sama pulak, masa ni dia sibuk dengan kawan-kawan kehulu kehilir lepastu melalak sebab rimas dengan orang yang asik mengekori dia.



Kek besday apit

Ini apit adik bongsu

Trifle by me 
Setelah sekian lama berhajat nak buat, baru terlaksana minggu lepas huhu



The menu's kenduri
Berkecamuk sekali melihat makanan di pinggan sendiri! Oh perlu berdiet sebab kekembangan sedang berlaku dengan pesat. Berusaha!



MakLang, PakLang, PakChek & PakUsu
Sebahagian dari family members yang ada, sebahagian yang lain berada di merata-rata rumah, hehe



Tetamu's
Kenduri kali ini agak ramai tetamu yang datang, alhamdulillah.
Terima Kasih Semua




bye

No comments: