Monday, December 28, 2009

S E R I B U . W A J A H . 2 0 0 9

31 Disember 2009

Good bye 2009.. Huhh tahun yang banyak dugaanya dalam hidup aku. Macam-macam benda jadi. Dari rambut panjang sekarang nih dah pendek, dari jawatan Kontrak ke Tetap, dari Bandar Besar ke bandar yang tidak berapa nak besar ~Bandaraya Persisir Air

; p

Dengan sekelip mata terpaksa tinggalkan kawan-kawan, rutin harian (pergi kerja 6.20am n 8.00pm sampai rumah, cilok-cilok jalan time2 jem, naik tren yang sesak tapi masih boleh tidur walaupon berdiri ~hebatkan!, berlari-lari anak ke opis supaya punch card tak merah, gi break1st makan nasi lemak ayam goreng dan pedal ayam sambil usha2 mamat tingkat atas opis tu.. so swettt..) semuanya sudah berubah, semuanya baru!

Memang tidak jangka langsung akan merantau jauh dan tak pernah terpikir pon nak kerja jauh-jauh dari kampung (haru biru mula-mula datang sini ~sampai demam dibuatnya) 9 bulan sudah di Terengganu, apa yang datang semuanya dugaan (tekanan tetap tekanan :/) Ape-ape pon terima dengan rela hati, mungkin ada hikmahnya (ku harapkan tidak jodoh ku di sini) dapat gi jejalan, tetiba aktif lak ngan sukan (bowling, netball, volleyball dan macam2 ball lagi lah! ~termasuk panjat bukit time2 cuti weekend). Tinggal kat sini menjadikan aku lebih baiklah (baik lah kiranyer.. opsss, sebelum nih tak jahat mana ek!! nakal sikit jer..) mungkin itu salah satu hikmahnya.

wajah-wajah 2009
Subang Jaya . Kuala Lumpur . Kuala Terengganu
(~Rindukan hobi lama ; Sunway Piramid, J n Co)

Azam 2009 ; tidak semuanya tercapai :/ , forward lah next year (orang-orang tertentu jer yang tahu azam kite aper ek!).. So azam tahun ni adalah azam yang di forwardkan dari tahun lepas (terlaksanakah nanti? tunggu.. kukik kukik)

Last Meeting 2009
~Idola di situ Dr M
Gambar tadi sebelum meeting dan selepas meeting

Nak jugak dia nih!!

Semoga 2010 lebih membawa erti dalam hidup (ayat buku la pulak..) Nak jadi yang lebik baik dari sebelum ini, Azam baru, Cita-cita baru dan Wajah Baru jugak! Kepada semua yang mengenali diri ini, maaf kan jika tersalah kata dan silap sepanjang 2009.
Selamat Tahun Baru

New Image With Hijab?
Will See.. ; )

Jumpa lagi di tahun 2010 ;)


No comments: