Sunday, March 6, 2011

cuba-cuba


Hello Hello

mari belajar sesuatu yang baru *tiba-tiba* hari ini aku telah menghabiskan masa dengan mempelajari sesuatu yang baru dan sangat complicated pada aku *hehh tu pon susah ke?* yer mari kita belajar Adobe Illustrator a.k.a Ai. Ai ni dah lama ada dalam PC aku ni, cuma aku yang tidak pernah terfikir nak godeh-godeh dia sebab Photoshop tu nampak lebih menarik. ahakss.

pada aku nak guna Ai ni macam susah sikit, maklumlah baru hari ini nak belajar gunakan nya. berbeza sangat dengan Photoshop, command dia pon tak sama *klik sana klik sini tak jadi juga!* oleh kerana aku ni tiba-tiba macam sangat minat untuk mendesign sesuatu dalam bentuk grafik aku gagahkan juga! *sangat gigih kalau nak buat benda-benda yang macam ni?*

google kat internet jumpalah satu laman web ni yang ada sediakan tutorial untuk buat grafik 3D. print out nota, terus try buat. hampir-hampir putus asa bila yang di ajar tu tak dapat nak buat *rasa nak baling je banda ni ke laut! mujur PC ni opis punya. hehh*




ini lah hasil percubaan yang pertama aku buat. warna pada tulisan tu nak diterangkan lagi, tapi entah kenapa tak menjadi! lolx. macam mana hasil yang pertama ini? aku rasa nak buat ini pon buat mata lebam-lebam rasanya sebab terlalu fokus T__T. link untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba buat tulisan 3D [boleh klik disini] ingat jangan putus asa! ahaks kata-kata semangat disitu.


okeh, bye dan selamat mencuba

3 comments:

wani ezryl * said...

rajin ko weh. kalau kite, sakit kepala nk buat benda2 mcm ni.. haha

A.s.t.i.n.a said...

laaa opis punye dier nak buang.. ishh ishh

Rie said...

tak pernah lagi guna adobe ilustrator
sllu guna photoshop saja..hehe