Thursday, May 17, 2012

ZA vs Mary Kay

Assalamualaikum and Helo Polo :)

Kali ni nak share sikit pasal produk-produk muka yang memang sedang diguna pakai sekarang ini. Nak kata kulit ni bersih bersinar tu tidak lah, tapi alahamdulillah semakin baik dari dulu *mungkin faktor usia kot! hek hek*

Sebenarnya agak susah jugak kita nk cari satu-satu produk yang serasi dengan kulit kita nih, lagi-lagi yang jenis sensetif, kalau salah-salah tepek mulalah ranum naiknya merah kecil-kecil itu naik!

Sebelum ni pernah la cuba beberapa produk buatan malaysia dan omputih, hasinya sekejap je lepas tu dia naik semula *serius cakap muka I memang tak serasi sangat dengan produk-produk malaysia, mungkin sebab dia tajam sangat kot dengan kulit I nih*

Untuk kulit I nih, kalau nak guna sesuatu jenis produk tu try pencuci dia dulu, kalau guna sekali gus nanti terkejut pulak kulit nih. Biasanya kulit akan tunjukan efek penggunaan barang baru dalam masa 2 minggu, seminggu pertama tu memang dia ok je, masuk minggu ke 2 kalau ada masalah itu maksudnya produk tu tak sesuailah dengan kita. Siap sedialah survey yang lain. Tapi itu semua bergantung pada kulit, lain orang lain kulitnya.


True White Cleansing Foam
Sejak gunakan produk ni, rasa macam ok je tak banyak masalah
*jimat pon yer, guna sikit je sebab banyak buih*



True White Prismizer
Yang ini pon ok, bila dah tenyeh-tenyeh kat muka rasa bersih je muka
*sebenarnya produk ZA yang jenis ini untuk memutihkan kulit, mencerahkan bintik-bintik hitam pendek kata boleh hilangkan parut jerawat lah*



Organic Aid Vitamin E
Rasanya dah lebih 4 tahun I gunakan produk ini, walaupun ramai yang kata pakai moisturizing ni takda kesan bila pakai dan bla bla bla yang kutuk apa kan, pada I ia ok je lembut je kat muka, takda lah minyak macam boleh goreng sayur. Memang produk ini kesan dia agak lembab, tapi lama-lama tenyeh hilang la parut tu. 

True White
Ini sebagai pelindung matahari, maklumlah organic aid tu takda UV tambah pula I ni dok teganu memang panas lah, berdiri kejap bawah matahari dah boleh berbelang muka!
*jatuh cinta dengan produk ni sebab dia ada macam kilat-kilat sikit, tu yang nampak muka macam glowing sikit, haha*



Masker Acai Berry
First time I try masker yang jenis tampal, biasa guna yang sapu-sapu pastu tanggalkan. Not bad jugak benda nih, lepas pakai muka rasa lembut selembut lembutnya, macam baru lepas rendam dengan downy hehe. Lepas ni boleh la beli lagi, seminggu sekali pakai apa salahnya RM5.90 untuk sekali pakai.



Mary Kay
Produk ini diperkenalkan oleh Nia bestfriend kat USJ nun disana, dia lah yang bagi sample nih. Okeh dokeh! ini yang sedang I pakai sekarang, baru 2 hari guna. Setakat 2 hari I guna takda sebarang masalah, kulit pon terasa lembut dia, minyak-minyak kurang sedikit dari biasa. Dalam masa 2 minggu I guna produk ini kalau berkesan I rasa nak beli la set yang ini *tapi ia agak mahal okeh, pikir panjang-panjang dan sehingga masak ranum yer syiro!*




Ada orang sebarang produk yang digunakan tak boleh dicampur aduk dengan produk jenis lain, macam I ni boleh campur-campur sikit misalnya scrub dan masker boleh cuba dari jenis lain hehe. Sesekali dia nak mintak perasa lain kan *pandai-pandai je ko syiro* 

Okeh sekian entry sharing kali ini. Di ingatkan lain orang lain jenis kulitnya, kalau nak tau serasi ke tidak kita cuba dulu pencuci muka dia dulu, kalau serasi baru boleh tambah yang lain-lain *nanti kalau beli banyak-banyak dan mahal lepastu tak serasi buat membazir duit je*

Bye
[selamat ber'MaryKay' syiro, ahaks]

Wednesday, May 16, 2012

On my plate

Assalamualaikum and Helo Polo :)


Sepat juga I mencelah masa untuk mengupdate blog yang kononya nak update entry minggu lepas kan! Tak sempat lah nak buat sibuk sangat dengan kerja merepek-merepek itu! mencik-mencik!

Malam-malam belek-belek bb tengok gambar, banyak gambar makanan dari muka sendiri -_-' kali ni I terjemahlah sikit gambar-gambar makanan yang ada.



Set Rasamas Favourites, nama menu ini lupa dah yang pasti I amik ayam percik
*boleh tahan juga rasanya, lebih kurang dengan set Ayamas tapi macam sedap sikit ayamas punya*


Late nite supper
*kentang goreng tepung Kentucky cicah sos thai dan mustard, sedap wehh* 


Weekend dinner
*3 tahun lebih tunggu menu ini, perghh mabeles! tapi I lagi suka kalau ada Spicy Beef Foldover*


Makan petang
*Beef Lasagna made by Secret Recipe, sedap tapi seperti biasa ianya sikit tak cukup I makan!*


Lunch
*kalau makan kat kedai ni, sure bila bayar RM8 ke atas! pastinya I panggil ini kedai 8 hinggit!*


Weekdays Dinner
*mee goreng udang! kacang je nak buat nih, rajin ngan malas je he he*


Weekdays lunch
*takyah citer pon tau dah apa benda nih! yang penting orang yang bayau, den makan jo*


Weekdays lunch
*selalunya amik pizza tuna rasa dia tak sedap, tapi kali ni sedap pulak*


Weekdays lunch
*prawn olio, sedappppppp*


Weekdays lunch
*mushroom soup dan air coklat sedap jugak*


Dinner
*jauh import nasi lemak orang kuala paya, best woo bila dapat makan makanan air tangan orang tua-tua berperisa kuala paya :) *


Makan petang
*JCo always be my favorite*


Break1st
*nasi dagang kedai tepi jalan, boleh tahan rasanya dan murah jugak*


Kebanyakkan makanan ini bukan buatan air tangan sendiri, lolx. Mano lah den ni sompek nak masak bagai beriya-iya dirumah sodangkan den makan sorang jo. Boli jo sonang kan.

Sekian lah den maleh nak tulih-tulih lagi, bye


Monday, May 7, 2012

entry warm-up minggu ini

Assalamualaikum and Helo Polo :)

Uarghhh! sakit-sakit badan drive semalam dari negeri sembilan sampai teganu *terasa jauhnya* masa balik sana hari tu rasa dekat je -_-' . Bila dah cuti lama-lama berat je rasa nak balik semula dan kerja. Ada tak orang nak bagi gaji bulan-bulan, tapi duduk rumah relek goyang kaki? lolx! *gila ko syiro! surirumah pon kena buat kerja juga duduk rumah!*



Alhamdulillah, memandu dengan perjalanan yang super panjang dan berseorang selamat juga sampai teganu. Bisanya I drive jarang yang mengantuk, tapi semalam tu entah kenapa sangat mengantuk mata nih macam baru makan ubat tidur. Slow-slow drive sambil makan belakan kuih apam dan karipap *kalau tau ambik banyak-banyak karipap mak! 'sedap pulak karipap akak nih!' haha* 

Gambar ni curi dari blog orang *sory ek tuan tanah* 


Balik kampung, lupa dengan bb, twitter, blog dan sebagainya. Yang ingat cuma remote astro dan lepak atas sofa. Kalau dah balik ni memang payahlah nak tengok channel korea, balik-balik adik aku nak tengok super spontan dan rancangan seangkatan dengan nya! layankan aja ler.  



Ini namanya kucing kuat menyesel kaki. Macam ni lah gaya kucing-kucing yang ada dekat kampung, semuanya suka dengan kaki, sampai nak berjalan pon payah! Kucing jantan masing-masing tapi gedik mengalahkan kucing betina, lolx.


Sekian entry warm-up untuk minggu ini :)
See ya

Monday, April 30, 2012

jom balik palong


Assalamualaikum & helo polo :]

Monday blues katanya hari ini, selamat bekerja dengan gigih kepada mereka yang bekerja hari ni termasuk lah I *gigih sangat katanya nak bekerja hari ini!* tak tau tengah hari nanti nak merambu ke pasar payang hakhak. Bukan kaya sangat pon nak pergi beli baju sehelai disitu, nak cari kepok keping je pon! ha ha *sapa nak kirim? sila angkat kaki ahakss*








Masa yang ditunggu-tunggu sudah hampir sampai, yeehaa den nak balik nogori *biso bonar* Kali ni I balik 
drive, maklumlah cuti disambung-sambung so macam lama sikit hehe. Masa untuk beronggeng-ronggeng dengan adik-adik *dating dengan adik-adik je den ni hah!* okeh lah tu dari dating dengan diri sendiri jek


Dalam kepala ni rasa nak pergi macam-macam tempat. Bukit tinggi, Genting, Ikea, Sunway Piramid rasa nak pergi belaka! pergi je takda niat shopping, seyes takda *percaya lah tu!* plan macam-macam nanti yang perginya balik rumah atok jalan segamat dan selebihnya lepak depan tv, lumrah anak daro sorang nak buek macam mano.


Yang penting bila balik I nak refresh kepala yang sedikit-sedikit serabut dan sunyi. Nak gossip dengan mak, maklumlah sekarang ini ada cerita terbaru yang tanpa disangka-sangka *sampai tak lena tido malam i dibuatnya, ahakss*. Nak mintak macam-macam dengan ayah dan paling penting nak penuhi tuntutan tekak dan perut ni yang asik nak makan makanan yang takda di ganu! *boleh tak i tido mimpi makan rendang, lontong, kek, laksa johor dan sebagainya* kenapa itu hanya mimpi semata-mata? sedih okeh!


Eh kalau kita mimpi makan tu ada makna ke? makan dengan banyak pulak tu! ada satu lagi mimpi yang paling tak boleh upa! I mimpi yang I ni mengandung!!! feeling lagi weh perut tu ada rasa terik-terik, bulat dan comel je hikhik. Apakah maksudnya? orang kata ada maksud tak elok kalau orang belum kawin mimpi macam tu. Apa-apa pon semoga mimpi itu tak bawa makna yang tak elok *mimpi mainan tido je kan kan kan*


Okeh, dah takda benda yang nak dimerepekan lagi. bye.
[tiba-tiba sangat teringat dengan Dr Ahmad Sukri]





Sunday, April 22, 2012

The Princess a.k.a Luerd Kattiya


Assalamualaikum & Helo Polo :]

Happy sunday okeh! Memang happy setiap kali kerja hari ahad, mana tidaknya bukan reti nak buat kerja sibuk dengan FB, Twitter, Blog dan sebagainya dengan perkara-perkara lagho *memang bankrup la kompeni kalau ada pekerja maleh gini* ahaks. Okeh akan berkerja dengan gigih next sunday *tiba-tiba*

Leka godam-godam pc yang super duper lombab nih *feeling nak campak laut jer pc nih, nyusahkan den yo!* tiba-tiba teringat dengan nama Anothai, dan sejurusnya teringat drama bersiri thailand tahun 2004. Sangat legend boleh teringat cerita dolu-dolu.

The Princess a.k.a Luerd Kattiya

The most unforgettable drama I've ever watch. Masuk kelas lambat ataupun ada yang I skip kelas masa kolej semata-mata nak tengok cerita nih! memang padanlah subject math cukup-cukup makan! eh tapi tapi bila I skip kelas, I jumpa semula lecture yang ajar math tu minta nak masuk kelas lain yang sama *sanggup* ini semua gara-gara Anothai -_-'


Gigih I meng'google' cerita nih


Cinta mereka yang bermula di pulau tempat hero selalu berlatih :]


Cantik dan Kacak *berdarah hidung lagiiii*
Phiyada Akkrasenee (Aom) as Princess Tippayaratdara-Kumaree
Jesadaporn Pholdee (Tik) as Anothai



Pojaan ku dolu
*kau kacak okeh*



Untuk sinopsis cerita yang lebih detail boleh baca kat [sini] *bila I baca baru teringat semula cerita dia macam mana* maklumlah tengok sekali jer cerita nih, bukan macam sekarang boleh skip-skip cerita sebab nanti ada siaran ulangan.

Sekian, entry sharing lagi yang I buat. Maklumlah sekarang ni I tak aktif sangat, hujung-hujung minggu banyak masa dihabiskan dengan makan tido makan tido *sangat sia-sia usia muda yang ada! ahaks!*


Nah tgk OST Luerd Kattiya *I tak jumpa video yang molek la, boleh la tu janji ada*




Bye
[sangat gigih meng'google' cerita ni kat youtube @ dailymotion, kalau sesapa ada jumpa link cerita ni bagi tau ek]