Thursday, June 30, 2011

Jeli yang beku


Salam Thursday :)

baru menyarung cincin kembali, huh kan betul dah ada orang tanya! *what!*

Semalam ada terbaca satu blog yang agak cintan cintun, banyak nasihat cinta dan cerita cinta dalam tu *sejak bila syiro baca benda-benda macam tu semua?*. Ada satu tajuk entry yang sangat menarik untuk dibaca.

Entry pasal Usah Malu Meluahkan Cinta! *pangg* hoishh macam kena batang hidung sendiri. Lepas baca entry tu rasa berkobar-kobar nak berterus terang, tapi bila tutup je blog tu terus rasa tak mau la, MALU.

Ya, dari segi luaran aku nampak seperti orang yang modern lahir di abad ke 21. tapi hakikatnya bila sentuh bab-bab macam nih rasa macam ada di zaman 1946. Gile malu weh aku! jiwa nak keras, ibarat jeli yang disimpan dalam peti ais beku. lolx.


Sekian *nak pergi menyorokan muka*
[currently listening: Let It Go by Heo Young Saeng]

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #4




"gambar yang bercerita"



Monday, June 27, 2011

3 perkara yang aku sembunyikan


1. Aku dan sebentuk cincin emas


"eh ira, ini cincin tunan*g ko eh?"

Motif soalan sebegitu? Cincin tunang dijari manis okeh bukan dijari hantu! Dahulu kala sebelum berkhidmat dengan gomen aku ada membeli sebentuk cincin emas maklumlah first time kerja swasta bila dah nak raya dapat pulak bonus. Walaupon bonus tidaklah sampai ribu riban, dari duit tu habis tak nampak beli benda merepek-repek baik beli la cincin boleh jadi aset T_T kalau nak beli gelang banyak pulak duitnya.

So bila start kerja gomen, dengan eksyenya menyarungkan cincin dijari hantu. Hah tu dia punya soalan. Penyudahnya sampai sekarang cincin tu aku simpan saja, masih berkilat okeh. Seorang yang masih single tak boleh pakai cincin!





2. Nak Jadi Pengalih Suara Kartun


"dengan kekuatan kuasa bulan pasti akan menghukum mu..."

Dah bosar godang ni pon masih ada cita-cita kanak-kanak okeh *pengaruh tv T_T* jangan tipulah kalau korang takda cita-cita kanak-kanak nih, rugi macam makan lemang takda rendang ayam kampung. Tak lengkap dunia imaginasi korang, he he he.

Rasa macam best je kerja alih-alih suara kartun nih, diaorang memang kreatip mencipta suara yang pelbagai, kadang-kadang tu seorang sampai boleh buat dua tiga watak. Kalaulah aku berkuasa untuk buat seperti itu *aku cuma berkuasa untuk menonton kartun sepanjang hari je*


Sekarang channel Animax ada cerita korea yang dialih bahasa melayu, ha ha ha semuanya suara kartun ada suara makcik kartun telur atashinchi.


Maaf ku tak pernah berterus terang, bukan ku tak mempercayaimu..
namun sebelum ku berganti rupa ingin aq menemuimu…
ku kan bermandi cahaya bulan, dan cemerlang di malam yang cerah..
memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah…
tiba2 keajaiban terjadi….
kekuatan muncuk didiri…
untuk melawan smua kejahatan, kekuatanku harus digunakan…
menegakkan segala kebenaran, ini ke ajaiBan alam…
Aq mempercayainya…

"hahh kantoi, nyanyi lagu sailor moon"





3. Aku pernah Nampak UFO!


"adik apa tu benda bulat-bulat"
"UFO, UFO jom lari"

Sila percaya! serius aku dengan adik aku pernah nampak benda bulat-bulat macam piring sedang berpusing-pusing atas langit. Serta merta aku dengan adik lari meluru menuju rumah tempat kami mengaji mukadam. Dalam kepala aku masa tu dengan ada pengaruh tv sekali lagi beranggapan UFO itu akan menyedut kita masuk kedalam dan tak boleh kembali ke bumi. lolx. *tv sangat memberi pengaruh kepada pemikiran kanak-kanak, contohnya aku yang sangat mudah terpengaruh T_T*



Sekarang kalau orang tanya adakah UFO itu wujud? aku orang pertama yang akan angkat tangan. Benda yang kita dah pernah tengok dengan mata kepala kita sendiri barulah kita akan percaya kan?




Sekian cerita hari ini
[gundam gundam gundam]

Sunday, June 26, 2011

Header #2


Salam Sunday :)

Hari macam takda banyak sangat kerja yang nak dibuat dan rasa nak buat banner baru untuk blog nih, so ini hasilnya.



Nampak sangat simple nak dibandingkan dengan yang sekarang nih, idea tak mari-mari sedangkan hari semakin menjelang petang.


Ada sebarang idea tak blogger semua?


Thursday, June 23, 2011

HajaRUN


Assalamualaikum, Hello Polo


Huaa tiba-tiba sangat mengantuk mata nih, mugkin sebab dah siap kerja dan sememangnya aku tak berapa nak ada kerja *orang ngantuk harus disorongkan bantal dan toto, sure nyenyak bawah meja T_T*


"Haja dah Run"

Opis mate, room mate, car pull mate dah takda. lari pindah JKR Mid Valley, kerja ditempat shopping. heaven.



Last picture together-gether di cermin pintu masuk opis



Last punch card di PPPNT
*tengok tu macam-macam yang diangkut bawak balik!*



Last picture depan Wisma Darul Iman
*hoii gigih name tag sampai keluar dari opis*


Pindah dah, don't cry-cry lah bukan tak jumpa lagi. Setakat Puchong dengan Sri Petaling tu sekangkang gajah je *nanti kite lepak karaoke kat Endah Parade*

Buat Haraun semoga suksess ditempat baru, gunakan pengalaman yang ada dari sini bawa ke sana, tapi amik yang baik-baik sahaja. Jangan tunjuk bakat lebih-lebih nanti kena buli *aku je yang boleh buli ko! ha ha ha* eh DVD Player kat rumah tu sangkut-sangkut je aku nak tengok cerita korea, adess kurang syok dibuatnya T_T




Sekian entry malas nak taip walaupon dalam kepala ni banyak benda yang nak ditaip.
bye


Tuesday, June 21, 2011

Korean Drama


Assalamualaikum & hello polo ;)
oh dan salam penat juga dari aku T_T

Seyes aku giler gula-gula penat, baru sampai pagi tadi jam 4.30am dari Segamat, Johor *fuaa bus tu bawak laju!! tobat taknak naik dengan pakcik tu lagi! dari Segamat hingga Kuala Terengganu cuma 5 jam setengah jer! giler wehhh naik bus bukan naik kereta!*

Cukup cerita ngeri dengan kalajuan bus,
nak preview sikit drama korea yang baru ditonton dan bakal di tonton



"Personal Taste"


hoish baru habis menonton DVD drama korea yang ini minggu lepas. ceritanya boleh tahan juga *kalau dah hantu cerita korea, apa-apa cerita pon best T_T*



Pedih-pedih tengok gambau ini! lagi pedih bila ada part macam makan buah epal merah. terbakau! terbakau!



berdarah hidung, bernanah telinga *cet!*



*aku punya! orang tamak selalu untung*



ermm *takda idea nak cerita pasal dia*




"Secret Garden"


Secret Garden bukan Meteor Garden
DVD nih baru beli semalam, belum sempat tonton lagi baru preview sikit-sikit kat kampung. si hajarun dah pindah dan bawak balik dia nya TV besau dalam bilik, perghh nak pergi beli tv dulu baru boleh tengok cerita nih!



Macam gambar kawin Sheikh Muzaffar, siapa tiru siapa nih?



Hyun Bin
serius nampak berbeza sangat muka dia dengan drama sebelum-sebelum nih. kenapa tidak mengekalkan muka yang comel dalam cerita My Lovely Sam Soon tuh?



Ha Ji-won
*ermm tak berapa nak kenal dia nih*




Sekian, selamat menonton

[Keep Your Head Down by TVXQ]

Wednesday, June 15, 2011

Yesterday


Hello Polo :)

"Black & White"


Yesterday i wore the polka dots kurung. Like.
Lets see what happened yesterday



boo~
Bersama-sama Hajar masa nih dan menunggu MatYie untuk keluar lunch bagi group Seksyen Khas sempena hari-hari terakhir Hajar di PPPNT *woaa matyie ni cakap otw nak ke parking tapi punya lama menunggu macam beribu-ribu meter jauhnya parking*



Menyarung stokin bunga-bunga yang dihadiahkan oleh Timbalan
*semalam baru rasa nak pakai! itu pun disebabkan tumit kaki macam dah kasar-kasar sikit!*




"Sesi fotografi bersama kawan-kawan"



Kopak dinding, kopak dinding, kopak, kopak, kopak dinding
*sebut macam paluan kompang orang kawin T_T*



*Hajar kau tak jeles kan? jangan marah ek...*



Hakim dan Matyie jeling menjeling



Bos besau kiri sekali bersama Mat Duan dan Hakim yang sedang poco-poco
*kami main-main kejap yer bos, he he he*



Kalau di ingat-ingatkan rupanya aku tak pernah lagi bergambar riang di loby lif belakang nih. Cayalah zon tropika menghias loby lif belakang nih *uwaa kenapa aku dilantik lagi sebagai ajk kecerian zon tropika? malaslah nak buat kerja lagi!*



Adoii putih bebenau muka aku kenapa weh?

"ini cat ke kapur?"
"bedak tuan..."
salahkan kamera hakim!!





I'm Dreaming

Oh si sepet berlesung pipit, i wish that i could be your gurl
*wekk wekk muntah hijau sebab kuat sangat berangan!*





ok bye nak pergi redakan minda yang masih tidak boleh lupakan Lee Min Ho
*muntah lagi T_T*

[Listening Boyz II Men and Mariah Carey_One Sweet Day]

Wordless Wednesday #2






Tuesday, June 14, 2011

tag #



1. Elementary school : Sek. Keb. Palong 9

2. Highschool : Sek. Men. Keb. Palong 11 *5 minit nak masuk sekolah baru keluar rumah, he he*

3. University / Collage : Kolej Negeri Seremban N9

4. Hair colour : Hitam *no kaler-kaler rambut!*

5. Tall or short : Medium

6. Sweat or jeans : Jeans

7. Piercings : Ears

8. What happends in your life recently: Dua tiga hari nih aku kurang makan, mood pon agak pasif dari biasa *tapi hari tu tengok bola hampir bergegar rumah disebabkan laungan. hua hua hua*

9. Put the latest picture you are in.


*gaya tongkat dagu @ sakit gigi. lolx*


13. Put the latest video you are in.

Video takleh nak upload lah! T_T'



HAVE YOU EVER ? :

1. Been in an airplane : Yes

2. Been in a car accident : No

3. Been a fist fight : Tak pasti aku bergaduh atau tidak masa tu, tapi minah tu telah membangkitkan kemarahan sebab berebut nak naik bas dengan aku, bila dah tak sabar aku ketuk kepala minah tu dengan buku teks yang ada kat tangan *maaf weh, aku tak minta maaf lagi dengan ko*

4. Lost glasses/contacts : kite tak rabun



FIRST and LAST :

1. First best friend : Suziyana. classmate masa sekolah agama rendah dulu. both of us selalu ponteng kelas dan lepak belakang masjid sambil makan jajan. kantoi dengan ustazah masing-masing di rotan kat punggung *nakal jugak aku nih!*

2. First award : award? macam tak pernah dapat pon! dolu-dolu aku low profile sikit. hik hik hik.

3. First crush : Izwan Aziz. And i never see him after graduation day 2006

4. Last food you ate : Lunch Laksa Penang *rasanya terapung je, tak sedap!*

5. Last person you hugged : Najwani. After terengganu wins the football and so we get the cuti peristiwa next sunday. Yayy.



WHICH IS MORE ATTRACTIVE (CHOOSE ONE) :

1. Lips or eyes : Eyes. I like the mata sepet

2. Shorter or taller : Taller

3. Romantic or spontaneous : Spontaneous

4. Nice stomach or nice arms : Stomach

5. Hook -up or relationship : Relationship

6. Looks or personality : Personality


Ok thats all for today

nak tag :
1. Wani Ezryl
2. Shyqin
3. DIM
4. YOUsof
5. Sesiapa yang teringin membuatnya ;)



[kalau buat nanti jangan lupa link dekat komen ek]


Monday, June 13, 2011

Berjalan malam



Assalamualaikum


Bertemu kembali kita dalam rancangan ronda-ronda buang masa lolx *sejak bila pulak mengacara nih, perasan!* Akceli kalau diperhatikan status di FB @ Tweet aku ni teringin sangat nak minum air Mango Sorbet di Noodle Station *dekat kedai mee ko sebok nak air Mango!*


Malam semalam lepas maghrib aku bersiap-siap untuk keluar makan yang kononya ketempat yang ada jual Mango Sorbet yang best


"kakk, kedai Noodle Station dah tutuplah, bangkrap ke?"



Ini air Mango Sorbet Noodle Station. Perghh dah terasa-rasa air ni dekat tekak, sekali sampai kedai dah tak berniaga lagi. adehh T_T. Mujur aku nih belum kawin dan mengandung kalau tidak kompem anaknya *ngences

Perut dah lapar dari siang tak makan nasi rasa macam berat turun 1 kg. Siklus menstruasi buat aku dua tiga hari ni selera makan ke laut! takda satu pon yang rasa nak dimakan dengan banyak. selera makan benda merepek-repek pon takda, cuma minta nak air mango! kecewa!


Huaa kan bagus kalau ada Lee Min Ho disebelah saat Siklus menstruasi seperti dalam cerita Personal Taste nih *wahh berangan kau! kalau ada laki pon belum tentu dia nak buat macam nih!*


Lepas makan semalam walaupun selera kelaut *tapi makan habis jugak!* sempat merayap sekejap masuk kedai elektrik yang konon-kononya nak survey TV besau sebiji untuk tengok cerita korea *berangan kau nak TV LED 5 series* kalau berduit masa tu jugak aku oder, lawonye gambar TV LED fuaa lagi-lagi kedai tu buka konsert Super Junior rasa nak cari kerusi lepak tengok sampai habis. ha ha ha.


Apabila dimarah kat Ida sebab lepak lama depan TV dia terus tarik tengok peti ais. Okeh aku mengaku cerita korea banyak pengaruh aku supaya nak benda-benda yang mahal-mahal! cett! korang jangan terpengaruh!


Peti ais sekarang nih bukan main canggih lagi berpintu-pintu, siap ada tv dekat pintu peti ais! lolx amik kau RM 13000.00. sempat aku berbual mesra dengan nyonya tokey kedai tu tanya ada ke orang beli peti ais nih yang sampai harga berbelas-belas ribu.


"adaaa, sudah 3 biji saya jual! dia hadiah kasi isteri, ada yang sebab minat"


Adoii hadiahkan isteri peti ais harga RM 13000.00, bahagionyo ekau! adakah aku akan sebertuah seperti isteri itu? Ntah-ntah suami dia nak pujuk supaya sain borang untuk kawin dua! ha ha ha, tak baik kau syiro!


Sekian entry merepek-repek tengah hari isnin ini, bye
[sambung buat drawing dan sambil berangan-rangan ada orang yang nak hadiakan TV LED]