Monday, March 29, 2010

I N D U K S I




Mesti ingat ini!

Entry kali ni, nak bercerita banyak sikit, nak try skill menaip dengan idea idea yang bernas. Harap anda tak bosan membaca nye.

1 hingga 13 April ni, ada kursus Induksi Modul Khusus dan Umum di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah. ~ni first time nak jejak kaki ke Kedah (siap tanya Hajar lagi makanan kedah macam mana, rupa rupanya lebih kurang dengan pantai timur ; manis manis... wallahuallam

Sedang berkemas kemas barang yang perlu dibawa untuk kursus tersebut, kursusnya dua minggu tapi barang yang di pack macam nak tinggal sana! ~saya percaya semua orang akan pening nak bawa barang yang mana! *seperti nak bawak rumah pergi kesana!*

Ok; diantara barang yang penting dibawa (rujuk gambar diatas) :

1.
Barisan pertama dari kiri : diarahkan membawa t-shirt putih untuk aktiviti sukan (pening pening kena beli banyak t-shirt ~duit oh duit, hand bag memang sudah ada, duit ~yeahhh duit sangat penting untuk membeli barang atau tiket bas kerana telah ditinggalkan bas, Vitamin ~sebagai makanan tambahan, mana leh jangka selera makan kita ni kan, kalau dah penat penat bukan ada selera nak makan pun!, kain batik ~menunjukan kita ni orang melayu, hehehe..

2.
Barisan kedua dari kiri : Pad dan Panty Liner ~diatara barang yang sangat penting bagi seorang perempuan yang tidak mengandung, untuk kebersihan diri!, Tudung dan Baju Kurung ~of coz la berkursus kena pakai baju kurung, bagi yang tidak bertudung wajib yer bertudung semasa kursus ini *ahh selamattt* kurung batik juga kena bawa, kan ada hari Khamis, Laptop ~tetiba lak nak kena bawa benda nih, saya takda benda nih! perlukah mengusung PC yang besar itu?

3.
Barisan ketiga dari kiri : Make up ~supaya boleh bersolek solek dan dapat mengusha jejaka kacak *ko nak kursus ke nak ngorat?*, Telekung ~pasti sudah tau untuk apa, Panadol atau Minyak Angin ~mana lah tau pening pening ke, loya loya ke, kan senang dah ada *letak sekarang benda tersebut didalam Hand Bag*, Mineral Water ~petua awet muda *bangun tidur terus minum air sebelum gosok gigi*, Stokin ~ye kena bawak banyak banyak sikit *nia siap pesan suh belikan stokin kat giant terengganu. Apekah?*

4.
Barisan keempat dari kiri : Seluar Sukan ~Hajar cakap bawak banyak banyak *takut tak sempat nak basuh*, Tudung Ariani ~sangat senang menggunakan tudung ini kalau sudah terlambat *tak perlu susah susah nak pin*, Top Up ~sebelum berangkat, topup tipon itu banyak banyak @ yang menggunakan bil, sila jelaskan bil anda sebelum berangkat takut di bar nanti! *sakit rindu nanti*, Telifon Bimbit ~jangan bawa yang mahal mahal nanti hilang susah! *chagernye jangan lupa bawa sekali*, Kasut Sukan ~kan dah kata kena bersukan *sila bawak dua pasang yer*

5.
Barisan terakhir dari kiri : Selipar ~selipar jepun *supaya bila terserempak dengan jepun didalam hutan nanti, dia ingat geng dia sekali! erkk*, T-Shirt putih lengan panjang ~pastinya banyak nyamuk dihutan *ubat nyamuk bawa sekali untuk memberi pertolongan kepada nyamuk nanti. What!*, Shampoo ~erm shampoo yang ku pakai jenis itu amatlah sukar untuk di perolehi di terengganu ini *barangan mandian lain bawak sekali juga, exp: sabun mandi, sabun basuh, berus, dan etc*, Kasut ~kasut hitam bertutup *agar nampak seksi, kenyataan apakah ini?*, Berus Gigi ~gigi yang memerlukannya *tahi gigi tidak diperlukan semasa berkursus, ubat gigi pon bawak jugakkk*


Sekian, mengikut keterangan gambar diatas. Sebenarnya banyak lagi yang ada dalam pikiran ini. Lampu picit, bantal busuk, gebor *selimut*, alat tulis, kamera untuk merakam detik detik manis, mp3, minyak wangi, pelbagai jenis krim muka, cermin kecil, dua keping gambar ukuran pasport, dan banyak lagi. bawa barang yang perlu dan digunakan sahaja supaya tidak memberatkan beg anda.

Akhir kata, Selamat Berkursus dan Jangan Ingat Kerja Di Pejabat


3 comments:

emyhusin said...

wah...ira dah beli iphone..nak jugak...:p

syaEYRA said...

gambar eksyen je tuh!

wani ezryl * said...

kitorg boleh kalau free hair. cuma digalakkan je pakai tudung. tapi kite tgk ramai je free hair haha. ko bwk minyak angin, kite bwk krim gamat. utk sakit2 badan & luka lepas bersukan extreme. lolx

mari berkursus dgn gembira! xD