Friday, November 26, 2010

keliling . rumah . atok

Polo! ;p

Mari mengenali rumah Pak Ngah Seton @ Zaiton *atok aku daaa* gambar-gambar ni masa Raya Haji ri tu, sibuk sangat sebab tu la baru nak update *ntah ape yang ko sibuk -_-'*



Aktiviti pertama adalahhhh, memungut lada belakang rumah!



Pak Andah dan Mak Andak turut serta dalam aktiviti tersebut!
*gile ko tak nak petik, bukan main mahal lagi kalau nak dibeli kat kedai*



Pak Chek dan Mak Lang
*bukan main rimba lagi belakang rumah ni bukan setakat semak, nyamuk gilers banyak dah ler tu dekat dengan tebing sungai! sangat merbahaya kalau tergelincir!*



Seterusnya, memetik limau kasturi
*menais dah pak andak tu! bau jangan cerita la, campak baju tu kat sungai macam kena tuba ikan kat dalam tuh! lolx. jangan marak Pak Andak! ngee~*



Masa merehatkan badan
*oleh kerana gilers banyak nyamuk, bakar daun-daun, sabut kelapa nak halau nyamuk. nak harapkan redset takde makna nye, 6 jota botol pon belum tentu halau nyamuk!*



Pak Usu main api!



Pak Chek dicelahan reban ayam Pak Usu



Jangan main-main, reban ayam ni siap ade jam tuh!
*ada timenye nak bagi makan*



Burung Bayan Pak Usu
*ada banyak ekor lagi ni, sebab terbang-terbang tak masuk dalam gambar*



Merbuk atok
*burung ni pon ade banyak! memang hobi mereka mengumpul burung nih!*



Ni sepupu
*ntah ape la yang si Danish tu lukis!*



Lembu qurban dah sampai ape lagi mereka dengan lahapnye melapah daging. lolx
*cepat bagi-bagikan ke orang kampung*



Oleh kerana rumah atok aku ni terletak hujung sekali, so sangat ramai orang datang jual barang yang ntah ape-ape dijadikan cerita atok aku selalu tertipu!
*salesman kalau ko datang lagi, aku campak ko kat laut mati! huhh!*



Sekian entry tanpa muka aku untuk kali ini yang dibawakan khas dari Kampung Kuala Paya, Buluh Kasap, Segamat Johor. yeahhhh aku orang Johor ek!


1 comment:

Unknown said...

tgk lengan Danish*tuk taq*kalah lengan aku....