Sunday, March 25, 2012

3


Assalamualaikum dan Hello Polo everybody :)

Mood sangat ceria dan molek hari nih *petua awet muda okeh* oleh itu senyum-senyum sokmo yer.




Woot, hari ini 25 Mac 2012, genap 3 tahun I menetap dan berkhidmad di Terengganu *macam tak caya jer* rasanya baru lagi lapor diri dekat sini, dah 1095 hari rupanya *kalau kumpul satu hari seringgit, banyak dah tu, boleh dah buat baju kawin. berangan! pangg!* masa berlalu memang sangat cepat macam kura-kura berlari #eh *betulah sebab kura-kura yang menang masa lumba dengan arnab kan?*


3 tahun berlalu membuatkan I lebih tabah *ewahh* tapi betul! sekarang kita lebih memahami siapa diri kita yang sebenarnya. Jarak juga membuatkan kita kenal siapa mereka disekeliling kita.


Mula-mula datang sini, ketat bukan main muka ni! perasaan tok sah citer la, memang tak nak orang kata suruh keje sini. Kalau boleh nak berhenti kerja! *jauh sekali pikiran masa tu, mujur masa tu pikir nanti siapa yang nak bayar WARAS* nangis tu kira hari-hari. Tak lalu makan! sudahlan sebelum ni badan tu cekeding je, bila tak lalu makan lagi kering dibuatnya *masa ni tak boleh duduk lepak tepi pantai pegang payung, kena tiup angin memang terbang I nih*


"kau dah terlalu selesa dekat tempat lama"


Itu diantara kata-kata yang paling menusuk kalbu 3 tahun yang lalu. Kata-kata tu juga yang buat aku berfikir dan cuba cari keserasian untuk bekerja. Aku cuba terokai perkara baru dalam hidup. Cuba kenal erti hidup berjauhan dari keluarga dan teman-teman rapat *memang senak laa* tapi hidup kita perlu tabah :)


"terengganu tempat untuk bercuti, bukan untuk bekerja!"


Itu tanggapan pertama aku mengenai negeri terengganu *well betul kan?* haha, apa kesudahan nya, kite kerja jer lah kat sini selagi tertulis yang rezeki kita memang di sini.


Walk alone
Drive alone
Live alone
and I'm alone


Yer, sila tabah syira
Semoga hari-hari yang berikut akan lebih membawa kebahagian untuk di catit dalam diari hati yang kosong.


Bye
[jom dengar radio HotFm t'ganu hari nih, suara I bakal keluar dicorong radio, kyaaa]

2 comments:

wani ezryl * said...

insyaAllah one day ko akan berada dan bekerja di tempat yg bertambah awesome! xD

kay_are said...

3 tahun kat terengganu dah? lame tu.. kire ok r leh survive kat sane sorang2 kan.. bukan senang tu..

psst: tak pernah jejak terengganu sekali pun T_T