Wednesday, February 27, 2013

Universal Studio Singapore #USS

 Assalamualaikum & Helo Polo :)


Kembali kita ber-blog-ing. Lama sudah mahu menaip-naip untuk entry kali ini, tapi apakan daya masuk kerja dari bercuti "awak design surau seberapa segera!" segera okeh! date line hari khamis siap dengan lengkap tanpa salah! adudududu. Kite ni dah lama tak sentuh autocad, naik rapat biji mata ni mengadap lukisan yang berlatar belakang warna hitam T_T


Kembali kepada tujuan asal menaip. Oleh kerana sudah lama tidak mengupdate, maka entry kali ini panjang berdepa-depa dan bertaburan gambar sana sini, hehe.


Pucuk dicita ulam mendatang, bila abang cakap dia dan family nak berfoya-foya ke USS. Menggeletik nak ikut walaupun di tengah bulan okeh! kira I ni beruntung sebab saudara mara ramai di JB jadi pilih mana saja rumah penginapan untuk bermalam, kehkeh.



Me & Tisha
Booking tiket untuk 4 orang tapi yang pergi akhirnya 2 orang saja! boleh kan abang & family buat pasport sehari suntuk lepas tu tinggal kat rumah! nak patah balik KL amik memang tak lah. Takda rezeki dia nak berjalan kesana. Mugkin ada hikmah nya.



Link 2
Kali ni masuk Singapore ikut Link 2 Tuas. Memang cepat ikut sini kalau nak dibandingkan dengan Woodlands.



Bangunan yang dah serupa lego

Sentosa Island
yeyy dah sampai


Awesome

Bergambar kat sini yang paling mahal!
USS tak buka lagi kami dah sampai, tapi orang dah cukup ramai dipintu masuk. Kebanyakannya pelancong Indon, Turki, China & Malaysia. I jumpa satu je family dari korea, hehe.


hehe
Tak keluar asap pon masa pagi tuh!


Orang paling exited


Dibawah pohon gula-gula
Sementara nak tunggu USS buka, kami berjalan tak tentu pasal mengambil gambar sana sini ^^



coklat yang perlu ambil masa 4 tahun untuk dihabiskan!


Jom breakfirst! berangan! 


Aqua Marine 
 Lain kali kita masuk sini pulak! 



Masa dah time, jom masuk


Awesome
 Fuaaa, masuk terus cari map!


Sambil berjalan amik gambar


Kedai jual Cenderahati
 Berhati-hati membeli okeh. Kira betul-betul bila convert dengan duit kita, phewww
*pegang letak, pegang letak, mahalnyaaa*



Nak bergambar dengan pakcik ni kena beratur la pulak!


Ada bran naik yang belakang tu?

Light, camera, action
Tengok orang berpusu-pusu masuk, kita pon ikut la sekali tanpa tahu punca, haha



Amik kau beratur!
 Kedudukan kami di celahan mat saleh dan atok turkey!
*eh kami pon pelancong okeh! okeh ada nenek dari turkey tu dok belek-belek tudung I siap di selaknya tudung tu, mujur tudung I tu dua layer. Dia sangat berkenan dengan tudung nih! kalau bagi kang aku pulak tak bertudung, so tengok aja lah eh*



Suasana dalam studio
Semua benda-benda dalam tu bergerak-gerak dan depan aku betul punya api yang marak! panas woo



Jom ronda kota hollywood


Comel-comel saseme street kat belakang tuh! I pon comel jugak kan? haha


Nak fokus yang depan ke belakang sana?


Optimus Prime
 Nak bergambar dengan mahluk besi ni pon kena beratur panjang



Bumble bee
 Masa untuk TRANSFORMERS The Ride 3D Battle
*sangat panjang okeh barisanya! kalau tahu tadi masuk terus tuju kesini!*



Gambo skit

Ambik kau! ini belum masuk lagi!


Lantai pon cenggini! belom tengok siling lagi! hehe


Setiap section yang kita lalu ada cerita dan tv yang banyak!


Sapa tau nama benda ni apa? lupa lah, cuma ingat function dia jek


Kan dah cakap banyak tv


Ada tangan besi jugak!


Jom pakai spek mata yang super besar, sampai tak boleh masuk celah tudung nih!
Kesedapan Transformers 3D tidak terkata, berbaloi baratur panjang sehingga 40 minit!
*lain kali datang, ini tempat pertama yang I akan tuju okeh*



menandakan best-nya Transformers, kemain banyak begambar depan sini! haha


With Bumble Bee


Kan dah cakap super best


Masa untuk roller coaster
Sangat mencabar okeh roller coaster kat sini! sumpah best. Gayat? gayat jugak, tapi sekejap jek lepas tu tersengih sampai sudah, haha.



Me and T-Rex yang dah tinggal tulang
Masa untuk mengisi perut yang dah masuk angin. Kepala pon dah pusing-pusing dek roller coaster.



Menu : Nasi Ayam Penyet S$11.00
Makan nasi saja kita, air dah tapau mineral siap-siap dari malaysia jimat sikit
*kat sini pon bersepah-sepah kepala paip air tapisan, refill je botol mineral yang ada* 



Far Far Away
Bila perut dah kenyang, pening-pening lalat dan letih-letih lutut dah reda kita sambung lagi ^^



Please don't go far away hun! muntah!!!
Kita masuk perkampungan Shrek, auww kioptaa
*sampai sini kedengaran lagu fav I : Accidentally in Love* 



Jom layan 4D 
Kategori best juga Shrek 4D
*4 kali kena bersin si keldai tuh, cehh*


Budak ni nak sangat patung Shrek tu! ape lagi pau ler dengan bf u, hehe
I tak minat patung Shrek, horror jek tengok! haha! I suka key chain Shrek yang mahal itu S$9.90
*tak tergamak pula rasa nak beli*



Kawan si Azie, huhu


Raya rumah Shrek


Sebijik sama macam dalam katun rumah dia nih!


Madagascar
Pantang jumpa tempat duduk! tak larat rasa nak jalan bila sudah terasa guli-guli di tumit kaki, aduhh



Jomm

"I like to move it, move it, move it"

were enjoy the ride ^^




kenapa semua benda pon comel?


Rembat 4 biji untuk adik-adik dan diri sendiri
Ini je yang along boleh beli dengan cash yang ada, nak beli t-shirt duit tukar tak banyak la pulak! tapi beli key chain 4 biji pon boleh jadi RM69!



Ada mat salleh menyanyi-nyanyi
Ini dah masuk raund ke 3 kami berpusing tempat nih, huhu mahunya tercabut kepala lutut nih! tapi gagah jugak.



den raso macam dok kat tempat omputeh lak, hehe


Kan dah cakap pantang jumpa kerusi, huhu


Right here I'm waiting


Pusing lagi sampi padang pasir


sphinx


Tempat makan
Mula-mula nak makan kat sini, sebab terang-terang ada logo halal. Tapi bila tengok menu dan harga, hoiii! ini makanan ke emas jongkong!



Revenge of the Mummy
kat dalam ni ada roller coaster versi gelap! dok dang la nak naik nanti ada pulak yang terkeluar nasi ayam penyet yang mahal itu!



Super besar penjaga pintu masuk dia


Menara apakah itu?
Treasure Hunters nak masuk tapi kena tunggu lagi 45minit! ape-ke-lama-bebeno! maka abaikan, kita datang lagi nanti.



Dibawah pohon asmara, kehkeh
Masa ni hujan sudah turun antara lebat dan tidak. Kami redah je, lantok ler nak basah ke ape!



Betty Boop Shop
Masuk dan ambil gambar jek, beli memang tidak la, haha



Mesti menang ini tahun depan!


auwww
Bila jalan laju-laju terjumpa nama John Travolta, tak sempat dah nak berhenti  sebab berkejar nak masuk Pantages Hollywood Theater



Sesame Street Shop
Ambik, ambik dan ambik gambar jek! ambik bawak balik memang tidak! I tak terkilan mana sebab I dah ada patung elmo yang merah itu, hehe



kalau ada yang nak bagi I sudi aje, hehe


tiba-tiba ada kedai sayur kan!


Pantages Hollywood Theater
Niat kami nak masuk Transformer sekali lagi sebelum keluar, tapi apakan daya ada masalah teknikal pulak. Maka memang jodoh kami menonton teater. Teater pon best jugak! pendek kata semua pon best!
*ingat nak amik video, tapi siang-siang dah kena warning "no camera or video", fuhh*



Setelah matahari hampir tenggelam baru kami ingat nak keluar, hehe
*mujur ingat lagi jalan keluar*


Finally dia berasap


fuhh fuhh fuhh


yeyyy


cari makanan lagi sebelum pulang
Kat dalam ni kebanyakan cina, tengok table sebelah makan mee kicap cam dalam cite korea tu nampak sedap jek, tapi tak halal okeh. Cuma ada 2 kedai yang halal. Nasi Lemak & Roti Canai.



lapo wehh
Sedap juga nasi lemak dia, mungkin sebab kami dah kebulur kot! haha


Nasi Lemak S$4.00 bersamaan RM10.00


Jomm, duit ada S$2, mana tahu boleh jadi S$200. kahkah


Agak-agak boleh tak kami yang bertudung nak masuk tengok-tengok dalam casino?


Tengok Jackpot S$1m


bergambar dulu sini lain kali kita masuk


pheww!! banyak giler gambar, terkehel jari menaip.


Dengan kos RM195 kira berbaloi-baloi sehari suntuk di Universal Studio Singapore *yang jadi tak berbaloi kalau uols penakut nak main semua benda! rugi-rugi* Dengan pastinya I akan kesini lagi untuk sambung main-main mana yang tidak sempat.


Bye
[RM195 tidak termasuk penginapan dan makan di JB yer, hehe]


No comments: