Friday, January 24, 2014

nasihat sikit-sikit

Assalamualaikum & helo polo ^^


Waduhh, mp3 ni main pulak lagu 'Warisan'. Sangat menggamit kenangan okeh.

"bertapa dibumi ini ku melangkah, ke utara, selatan, timur dan barat, ku jejaki"


. . . . . . . . . .


Entah kenapa lately ni sangat suka dengan warna hijau yang pekat itu. Tidak berkait dengan fahaman politik yer. Saya tak suka dengan politik yang kacau bilau. Entah apa-apa, dok je lah dengan aman tak rugi apa-apa pon.





. . . . . . . . . .


Kadang-kadang iolls rasa seperti mahu bertukar ke tempat kerja lain lah, walhal baru sangat kerja ditempat baru ini. Tapi. Macam-macam yang ada dalam kepala ni. Bukan sebab kerja atau apa. Iolls tak pernah merasa kerja yang ada disini memberi satu bebanan walaupon kerja yang ada tu bertimbun-timbun. Terima seadanya, sebab itu yang selalu menjadi pilihan. Tak perlu merungut, semua itu punca rezeki kita. Mana berkatnya imbuhan yang kita dapat setiap bulan jika selalu merungut dengan apa yang kita lakukan setiap hari.

Bukan senang untuk mendidik hati supaya bekerja dengan ikhlas dan tanpa hipokrit. Tapi sikit sebanyak kita kena buat dan harus terima dengan redha. Bukakan hati, pasti akan ada rasa seronok dengan kerja kita.

Ewahh, syiro bercakap dah macam penasihat yang bertauliah.

Sejujurnya iolls tak berapa suka bekerja dengan orang sekeliling yang suka merungut sana sini, tak puas hati sana sini. Boleh jadi stress tau. Yer lah kite ni kalau orang dah suruh buat, kita buat saja, tak mahu pikir yang negatif *mungkin sebab pengalaman bekerja ditempat lama*

Dulu iolls pun suka merungut dengan kerja yang entah apa-apa. Rasa macam 'ini bukan kerja aku!' kerja aku yang macam ni je. Jahil atau jahat itu? Bila lama kelamaan hati mula rasa rehda dengan apa yang iolls buat, cuba melapangkan dada, buat apa saja supaya hari-hari pergi kerja ada rasa seronoknya. Mungkin itulah hikmahnya iolls dipindah dulu. Alhamdulillah, sebab diberi peluang sebegitu rupa. Dalam pada tak suka, tak suka lama-lama jatuh hati dan rasa sangat seronok.


. . . . . . . . . .


"aku rasa ini bukan penambahbaikan, tapi penambahburukan"

Kecik hati iolls dengar, rasa nak lembang laju-laju jek!
*Kalau tak makan cili tak kan rasa pedasnya*

bye



Thursday, January 23, 2014

aku gembira, haha

 Assalamualaikum & Helo polo ^^


Selamat hari Khamis semua. Moga semuanya baik-baik.

Awal minggu lalu dapat berita gembira, hikhik. Tipulah kalau tak gembira kan, siapa yang taknak bila diberi peluang kepada jawatan yang baru *hoii gaji naik woo*
Memang berita yang sangat gumbira bagi kami-kami yang diberi peluang itu.
Kadang-kadang apa yang gembira itu sukar untuk dikongsi bersama, takut pula ada yang terasa nanti
*ia menjadi topik hangat, maka kita senyap-senyap tak perlu di gembar gembur kan*




Saya dan hijau yang semakin digilai


Itu saya bersama drawing tangga yang perlu disiapkan dengan seberapa segera.
*aigoo, peninglah nak buat detail drawing, imaginasi kena lebih dari biasa*


bye

Monday, January 13, 2014

Jodoh Katanya

Assalamulaikum & helo polo ^^


Tahun baru yeyyy, okeh kelambatan meng-update blog ditahun baru. Nampak sangat yang tahun ini akan semakin berkurangan untuk ber-blogging. ai ai ai membaca blog pon semakin berkurangan sekarang ini, entah kemana semua minat-minat membaca itu lol! *mengaku je lah yang sekarang ini semakin malas untuk membaca dengan berganda-ganda*

2014 bersamaan dengan usia 32 tahun, oh mak ai banyaknye! baru perasan yang umur dah banyak cenggitu. Alah omak kawin kan den wuu~

Feeling feeling rasa nak kawin sekarang ni takda lah sangat, cuma kadang-kadang tu ada la terdetik sikit rasa nak kawin kannnnnnnn *terdetik ke berdetik-detik? miahaha*




Terima kasih kepada kawan-kawan yang ambik berat sangat. Merekalah yang banyak bagi support, nasihat dan dorongan dengan pelbagai cara supaya membuak nafsu untuk berkahwin T_T. Ya tak kurang juga dengan pelbagai usaha untuk menjodohkan dengan yang itu, dengan yang ini.

Iolls tak kisah kawan-kawan jek. Kalau ada rasa dup dap dup dap & 'karen' pon sampai apa salahnya kan. haha.

Tapi, hati ini macam dah terpaut dengan yang satu itu, tapi kelihatanya seperti berhati batu! hoi hoi. okeh tak boleh taip banyak-banyak nanti lagi banyak rahsia terbongkar. Panda bear oh panda bear.

bye
[iolls bercita-cita untuk menjadi wanita cantik. okeh itu azam untuk tahun 2014]