Assalamualaikum & Helo polo :)
Entry pertama untuk tahun 2016. Memang sangat lama tak menaip kat sini.
Orang kata bila tengok cara orang tu mengolah ayat dan tutur bicara yang baik sebab dia banyak membaca. Okeh point kat sini adalah CikRa tak banyak membaca, makanya nak mengolah ayat yang puitis itu memang tidak la. Mengarang ayat bodo-bodo pon tak reti! Haha
Tengok jam kat ipad ni 1.35am. Apekah yang dibuat pepagi buta ni mata tak mau tido. Esok kerja okeh! Jangan feeling nak membuta tengah hari CikRa.
Someone has to wake me up
Story apa nak cerita pagi buta ni?
Oh, kelmarin one of my friend ask me "syira ko serius ke dengan ......*
Berbedor dapat soalan macam tu, eh ko cuba bagi salam dulu, haha
Ku fikir kan ada somethings yang tak kena, rupanya takkkkk, haihh lemah jantong kite!
Maaf kawan, aku tak tau nak bagi jawapan yang macam mana, hati aku ni terpaut kat 'dia' sahaja, takda ruang kosong lagi ;)
Ada satu lagi peristiwa berlaku beberapa minggu lepas. Terjadinya di pertama complex masa tu sorang-sorang menuju ke kedai beads. CikRa ni biasa la berjalan menunduk tak berapa nak pandang orang sangat, tetiba macam kedengan sayup jek orang panggil nama. Terus ku pusing, OMG! *demm! Macam manalah guwe boleh tergerak hati nak menoleh! Alang-alang dah tertoleh kite tegur je la buat cam biasa, cakap 5/6 patah then terus blah hewhew
Selesai urusan mencari beads di pertama, terus berangkat ke sogo *sogo sale whole building, rugi tak pegi wehh*
Dalam sibuk merayap dalam sogo sempat WA dengan kawan sorang ni mengatakan hal yang berlaku kat pertama, tau dia cakap ape "aku memang tunggu ko WA aku sebab sekarang ni dok WA aku"
Terima kasih kawan sebab bekerja sama *jangan cakap apa pasal aku dekat dia*
For me, benda yang dah lepas tu biar lepas, tak payah nak kawan-kawan sangat. Ko dengan hidup ko, aku dengan hidup aku.
Next time kita sambung lagi, bye
#missupandabear
Showing posts with label merepeknya saya. Show all posts
Showing posts with label merepeknya saya. Show all posts
Monday, February 15, 2016
Wednesday, August 19, 2015
Raya-nan-sebulan
Assalamualaikum & helo polo ;)
Raya dah habis wehh *duit raya CikRa tak habis bagi lagi nih! kihkih*
Lama gilers tak hapdate, busy benau nampak gaye-nye. ok tipu. Masih ada ruang sedikit untuk update blog tapi agak pemalas makanya dibiarkan saja ;p
Nah sebab hari ini agak berkerajinan nak upload gambar dari hp dan meng-copy gambar dari orang lain kita update la cerita raya nan sebulan.
Seperti biasa untuk cik-bujang raya harus la dirumah mak ayah sendirikan! ada ke yang beraya dirumah orang lain? miahaha. tahun ni semua adik beradik ada. tahun depan tinggal CikRa dengan yang bongsu saja beraya dipalong. sadis. tak payah la kami beriya-iya masak banyak tahun depan sebab beraya 4 ketul jek, hihi.
Sejarah tahun ni takda bergambar family dipagi raya. mak ayah busy benau, nak tido la nak pergi ziarah rumah orang meningal la. apekah? *bergambar dengan dinding je lah*
CikRa dan dak kembau |
Agak mencabar okeh nak bergambar dengan budak-budak ni. macam-macam perangai. sorang pandang kamera yang lain buat hal masing-masing ketuk-ketuk cawan. lolx
Budak abang yang dah berjaya rampas monopod mama along dia lepas tu selfie sendiri |
Best moment atuk dan cucu yang sempat di-snap |
Berhari raya secara berkumpulan |
Cuti raya tak amik lama sangat, banyak lagi cuti yang nak dipakai nanti. kita sambung raya KL la pulak, lolx macam ramai la sedara mara disini kannn.
Rayalicious Cawangan Arkitek 2015
Tema yang sepatutnya tahun lepas di bawa ke tahun ini. Tahun ni jadi ajk penyambut tetamu, menyambut la sangat kami ini ;)
yeahh |
![]() |
the pari-pariuk |
![]() |
Geng mak jemah |
the opis mate |
the-semua-sekali-opis-mate |
suasana dalam hall |
booth candy *time nak amik gambar masa tu la coklat tu taknak terjun* |
Berjota orang sedang serbu makanan *yess iolls pon tergolong dikalangan mereka kalau tak memang-tak-merasa-la* |
Laksa Johor the fav |
Setiap meja makan ada props macam ni, iloike |
posing-ness sebelum balik |
Lepas jamua raya cawangan, kita buat pulak peringkat opis, jamuan unit lah maksudnya
The main menu kita tempah catering, yang lain-lain kita bawa secara potluck. rasanya kami ni takda la mengajak reramai sangat orang, menu pon tak oder banyak, tapiiii rasanya yang datang macam satu cawangan! ramai woii, tak chokop makanan *yang datang dengan muka pasrah tak dapat makanan pon ado, malu mak nak*
the menu potluck |
the catering menu |
ini adalah cake red velvet yang awesome *seb sempat merasa* |
orang dah blah, kita bergambar skit-skit dengan tema unit yang solah-olah birthday party :) |
Selang beberapa hari kita celebrate raya rumah bos pulak
us URBF BA2 |
geng mengular lepas makan kenyang-kenyang dengan kereta kelisa |
Last raya, kita buat kenduri sikit kat kampung sambil celebrate birthday abang adik
the pakcik's |
masa kenduri tu dah lupa masing-masing pasal kek, esoknya baru kita potong kek *naufal, the twins and the cousin* |
Tamat sudah cerita raya. banyak sebenarnya gambar cantik-cantik yang ada, rasa nak tepek semua kat sini tapi apakan daya masa agak terhad *sedang sibuk-sibuk menaip ada je yang datang mintak itu ini*
Selamat Hari Raya Uolls
*eh raya dah habis*
ok bye
Thursday, June 25, 2015
ermm tak tau tajuk..
Assalamualaikum & helo polo ^^
Selamat berpuasa semuaaaaa.....
*pagi yang ceria tapi perut lapo, haha*
apa nak cerita nih? semua orang bercerita pasal bulan puasa, menu berbuka, menu sahur dan segala bagai. CikRa belum berkesempatan nak amik gambar makanan, apatah lagi masak memasak dibulan puasa ni. semuanya main tunjuk dikedai saja. dah tinggal sorang-sorang ni malas nak beriya masak, bukan makan sangat pon, bila betul-betul rasa nak makan baru masak. balik kerja dah tergolek depan tv tunggu waktu berbuka lepastu kul 9.30 dah nak tido *nampak tak dia punya letih macam orang ada anak sepuluh, padahal urus diri sendiri je*
kami ber-wefie dlm kereta yang melebihi had laju, lol! |
me and the budak bongsu |
nampak tak plastik disebelah? memang penuh makanan dalam kereta kalau jalan-jalan dengan mak ayah, takyah risau nak singgah beli kudapan bagai, singgah gi toilet jek, haha
rumah baru, lol |
dah masih belum bergaji CikRa berjalan lagi ke IKEA. ko boleh ke kalau kesini tak membeli? CikRa mesti membeli punya, adehh. banyak benda nak kena beli lagi untuk di isi kat rumah sewa tu. makanya berbelanja secara bijak kita beli secara beransur-ansur dan mana yang perlu dulu. yang pasti sebelum raya ni nak cari set meja makan la, letih makan kat bawah dah sangkut perut, haha. tapi sofa putih ni pon menarik jugak -_-
bye, CikRa malas dah nak menaip
nak sambung buat kerja, kemain banyak pulak time puasa ni
Thursday, February 26, 2015
A few week punya cerita
Assalamualaikum & Helo polo ;)
Baru je bersemangat nak menaip tetiba datang pulak segerombolan orang berbincang-bincang tepi cubicle I, terus join sekali perbincangan mereka *jemah sangat macam-macam isu dibincangkan*. Modalnya dak bos depan ni marah mesih fotostat depan dia kena hangkut letak tempat yang jauh, hihi terus dia kata takda mood nak bekerja, motif sangat!
Sebenarnya banyak benda nak kena buat, tapi malaslah! *ada yang kena pencen awal CikRa ni kang!*
CikRa mata tu tak-yah-nak-di-bundarkan-sangat-yer |
Kali ini mood macam rajin sikit untuk memuat naik gambar yang dah berjota dalam phone.
Ada banyak perkara yang berlaku di awal tahun ni, tapi tak bayak yang diceritakan. Kali ni CikRa dengan besar hati nak bercerita serba sedikit cerita yang suam-suam kuku, hihi
4 minggu lepas
Bercuti sesaja nak merayap jauh sikit, asik-asik ke Sunway Piramid boring jugak kan. Booking bilik Gold Coast Morib okeh. Sorang-sorang tak syok wehh, kite hangkut sekali cousins bercuti sama.
Jalan-jalan cuma berpandukan GPS. Memang dia bawak kite pusing jalan jauh, tapi takpa lah janji sampi ke destinasi.
Tempat lepak yang banyak air mabuk-mabuk, lol |
Cantik tak? |
Lepak bawah pondok buluh, selfie sana sini sambil ditiup angin yang menderu itu memang awesome. Memang lama dah tak kena tiupan angin laut
*okeh rindu KT*
Another view yang iloike |
Air lautnya agak jauh nun disana dan pula agak keruh
*memang takda la orang mandi manda*
My Cousins |
Lompat kijang atas pasir katanye
*uits CikRa ko tau ke lompat kijang tu macam mana gayanye?*
Pasir putih tepi pantai |
Ini wefie yang keberapa tak tau lah, haha |
Posing berangan di tingkap bilik air. Yeahh jacuzzi disitu harus ku berendam lama-lama
*tak lama mana pon, tak reti nak berendam lama-lama menung dalam bilik air wehh*
Motif dia buat tingkap kat bilik air ni? Supaya mudah melompat ke katil eh? haha
3 minggu lepas
Langkawi ke kita. Sekali lagi melawat tapak disana. Meeting-ness bawah kepak helang disirami terik mentari wehh. Huaahh balik KL telan kawaii banyak-banyak.
Langit biru + air laut hijau = awesome |
Kali ni datang dikala musim panas, memang cantik view-nya wehh. Kali ni datang pon sekejap jek, tapi tak padan dengan sekejap banyak jugak duit terbang melayang. Bahaya juga kalau selalu kesini.
Me and helang |
Sebelum balik, sempat singgah kesini lagi untuk tengok saiz longkak kecik yang kat tengah-tengah dataran tu, dengan slumber suruh bos amik kan gambar, hihi
ERL |
Masa membeli kat HIG memang tak hingat kan! padahnya bila balik sendiri naik ERL weh, naik labuh tangan kiri kanan dibuatnya.
Minggu lepas
Tu dia ada majlis tunang. But not me. Ini majlis adik.
Acara pantun-pantun |
Weolls yang kat belakang ni dah gelak-gelak bila pihak perempuan sudah memulakan pantun-pantuni. Maklumler kami-kami ni takda yang berbakat sastra pantun puisi bagai, memang tak menjawab la pantun mereka, nak google masa tu pon dah tak sempat, hihi
Mak and future daughter in law |
Mama along and future mak adik |
Ayah and Naufal |
Aduii manjanya naufal bila jumpa atok dia. Mulut tu payah bebeno nak dengar suara.
Abang & Adik
The Kolam-ness |
Selesai majlis, balik damansara bermain-main di-gigi-an kolam. Buat video slow motion pakai Iphone baru orang lepastu ketawa kuat-kuat, mamang dasar itu keluarga-cucu-cucu-tijah-dan-jeton
Sekian serba sedikit cerita dari CikRa yang merindui cerita ceritun Iolls, haha
Bye
MissUPandaBear |
Tuesday, January 20, 2015
buang debu sikit-sikit
Assalamualaikum & helo polo ^^
Suam-suam kuku je sekarang ni nak menaip dalam blog. Idea lagilah tak ada untuk ditaipkan. Baca blog orang? jarang sangat. Entah mana agaknya hobi yang lama tu.
Sungguhpon kerja di awal-awal tahun ni agak berkurangan, lebih-lebih lagi banyak projek yang KIV, melanguk je datang opis. Nak layan korea pon dah berkurangan. Banyak drama yang pending, tunggu ada mood lah baru tengok semula *uwarkhh ko dah kenapa CikRa? dah kenapa malas sangat?*
qu puteh ke? haha *jangan nak perasan!* |
Tahun baru ni belum ada sesuatu yang 'awesome' berlaku. Rutin seharian berulang benda yang sama jek, adehh *vosan betul hidup ko CikRa*
Oh lupa, this CNY adik mahu bertunang. hoho.
Setakat ni belum terdengar lagi apa-apa orang cakap pasal aku, hope korang jangan bunyi-bunyi okeh. CikRa bagi peluang pada adik-adik mengecapi kebahagian dulu. Kakaknya tunggu la dulu. Kalau ada jodohnya adalah nanti, kalau tak macam ni lah kite. Siap sedialah dari sekarang menyimpan duit untuk dimasa tua -_-
okeh bye
Subscribe to:
Posts (Atom)