Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Raya-nan-sebulan

Assalamualaikum & helo polo ;)



Raya dah habis wehh *duit raya CikRa tak habis bagi lagi nih! kihkih*
Lama gilers tak hapdate, busy benau nampak gaye-nye. ok tipu. Masih ada ruang sedikit untuk update blog tapi agak pemalas makanya dibiarkan saja ;p

Nah sebab hari ini agak berkerajinan nak upload gambar dari hp dan meng-copy gambar dari orang lain kita update la cerita raya nan sebulan.

Seperti biasa untuk cik-bujang raya harus la dirumah mak ayah sendirikan! ada ke yang beraya dirumah orang lain? miahaha. tahun ni semua adik beradik ada. tahun depan tinggal CikRa dengan yang bongsu saja beraya dipalong. sadis. tak payah la kami beriya-iya masak banyak tahun depan sebab beraya 4 ketul jek, hihi.

Sejarah tahun ni takda bergambar family dipagi raya. mak ayah busy benau, nak tido la nak pergi ziarah rumah orang meningal la. apekah? *bergambar dengan dinding je lah*



CikRa dan dak kembau


Agak mencabar okeh nak bergambar dengan budak-budak ni. macam-macam perangai. sorang pandang kamera yang lain buat hal masing-masing ketuk-ketuk cawan. lolx


Budak abang yang dah berjaya rampas monopod mama along dia lepas tu selfie sendiri

Best moment atuk dan cucu yang sempat di-snap

Berhari raya secara berkumpulan


Cuti raya tak amik lama sangat, banyak lagi cuti yang nak dipakai nanti. kita sambung raya KL la pulak, lolx macam ramai la sedara mara disini kannn.

Rayalicious Cawangan Arkitek 2015
Tema yang sepatutnya tahun lepas di bawa ke tahun ini. Tahun ni jadi ajk penyambut tetamu, menyambut la sangat kami ini ;)


yeahh


the pari-pariuk

Geng mak jemah


the opis mate


the-semua-sekali-opis-mate


suasana dalam hall


booth candy
*time nak amik gambar masa tu la coklat tu taknak terjun*


Berjota orang sedang serbu makanan
*yess iolls pon tergolong dikalangan mereka kalau tak memang-tak-merasa-la*


Laksa Johor the fav


Setiap meja makan ada props macam ni, iloike 


posing-ness sebelum balik

Lepas jamua raya cawangan, kita buat pulak peringkat opis, jamuan unit lah maksudnya
The main menu kita tempah catering, yang lain-lain kita bawa secara potluck. rasanya kami ni takda la mengajak reramai sangat orang, menu pon tak oder banyak, tapiiii rasanya yang datang macam satu cawangan! ramai woii, tak chokop makanan *yang datang dengan muka pasrah tak dapat makanan pon ado, malu mak nak*



the menu potluck


the catering menu


ini adalah cake red velvet yang awesome
*seb sempat merasa* 


orang dah blah, kita bergambar skit-skit dengan tema unit yang solah-olah birthday party :)

Selang beberapa hari kita celebrate raya rumah bos pulak


us URBF BA2


geng mengular lepas makan kenyang-kenyang dengan kereta kelisa


Last raya, kita buat kenduri sikit kat kampung sambil celebrate birthday abang adik


the pakcik's


masa kenduri tu dah lupa masing-masing pasal kek, esoknya baru kita potong kek
*naufal, the twins and the cousin*


Tamat sudah cerita raya. banyak sebenarnya gambar cantik-cantik yang ada, rasa nak tepek semua kat sini tapi apakan daya masa agak terhad *sedang sibuk-sibuk menaip ada je yang datang mintak itu ini*

Selamat Hari Raya Uolls
*eh raya dah habis*


ok bye

Thursday, February 26, 2015

A few week punya cerita

 Assalamualaikum & Helo polo ;)


Baru je bersemangat nak menaip tetiba datang pulak segerombolan orang berbincang-bincang tepi cubicle I, terus join sekali perbincangan mereka *jemah sangat macam-macam isu dibincangkan*. Modalnya dak bos depan ni marah mesih fotostat depan dia kena hangkut letak tempat yang jauh, hihi terus dia kata takda mood nak bekerja, motif sangat!

Sebenarnya banyak benda nak kena buat, tapi malaslah! *ada yang kena pencen awal CikRa ni kang!*


CikRa mata tu tak-yah-nak-di-bundarkan-sangat-yer




Kali ini mood macam rajin sikit untuk memuat naik gambar yang dah berjota dalam phone.
Ada banyak perkara yang berlaku di awal tahun ni, tapi tak bayak yang diceritakan. Kali ni CikRa dengan besar hati nak bercerita serba sedikit cerita yang suam-suam kuku, hihi



4 minggu lepas
Bercuti sesaja nak merayap jauh sikit, asik-asik ke Sunway Piramid boring jugak kan. Booking bilik Gold Coast Morib okeh. Sorang-sorang tak syok wehh, kite hangkut sekali cousins bercuti sama.

Jalan-jalan cuma berpandukan GPS. Memang dia bawak kite pusing jalan jauh, tapi takpa lah janji sampi ke destinasi.



Tempat lepak yang banyak air mabuk-mabuk, lol



Cantik tak?
Lepak bawah pondok buluh, selfie sana sini sambil ditiup angin yang menderu itu memang awesome. Memang lama dah tak kena tiupan angin laut 
*okeh rindu KT*



Another view yang iloike
 Air lautnya agak jauh nun disana dan pula agak keruh
*memang takda la orang mandi manda*



My Cousins



Lompat kijang atas pasir katanye
*uits CikRa ko tau ke lompat kijang tu macam mana gayanye?*


Pasir putih tepi pantai


Ini wefie yang keberapa tak tau lah, haha



 Posing berangan di tingkap bilik air. Yeahh jacuzzi disitu harus ku berendam lama-lama
*tak lama mana pon, tak reti nak berendam lama-lama menung dalam bilik air wehh*



Motif dia buat tingkap kat bilik air ni? Supaya mudah melompat ke katil eh? haha 




3 minggu lepas
Langkawi ke kita. Sekali lagi melawat tapak disana. Meeting-ness bawah kepak helang disirami terik mentari wehh. Huaahh balik KL telan kawaii banyak-banyak.


Langit biru + air laut hijau = awesome

Kali ni datang dikala musim panas, memang cantik view-nya wehh. Kali ni datang pon sekejap jek, tapi tak padan dengan sekejap banyak jugak duit terbang melayang. Bahaya juga kalau selalu kesini.



Me and helang
Sebelum balik, sempat singgah kesini lagi untuk tengok saiz longkak kecik yang kat tengah-tengah dataran tu, dengan slumber suruh bos amik kan gambar, hihi



ERL
Masa membeli kat HIG memang tak hingat kan! padahnya bila balik sendiri naik ERL weh, naik labuh tangan kiri kanan dibuatnya.




Minggu lepas
Tu dia ada majlis tunang. But not me. Ini majlis adik.



Acara pantun-pantun
Weolls yang kat belakang ni dah gelak-gelak bila pihak perempuan sudah memulakan pantun-pantuni. Maklumler kami-kami ni takda yang berbakat sastra pantun puisi bagai, memang tak menjawab la pantun mereka, nak google masa tu pon dah tak sempat, hihi



Mak and future daughter in law 


Mama along and future mak adik


Ayah and Naufal
Aduii manjanya naufal bila jumpa atok dia. Mulut tu payah bebeno nak dengar suara.




Abang & Adik



The Kolam-ness
Selesai majlis, balik damansara bermain-main di-gigi-an kolam. Buat video slow motion pakai Iphone baru orang lepastu ketawa kuat-kuat, mamang dasar itu keluarga-cucu-cucu-tijah-dan-jeton



Sekian serba sedikit cerita dari CikRa yang merindui cerita ceritun Iolls, haha
Bye








MissUPandaBear

Wednesday, September 10, 2014

Entry raya yang dah habis raya

Assalamualaikum & Helo polo ^^



Fuaaa, berzaman rasanya tak update blog. Sibuk sangat ke? Adehh. Tak sempat la, banyak benda nak benda nak kena buat *mana nak buat kerja, mana nak bergosip, mana nak tengok kpop!* masa sangat terhad rasanya. Balik rumah pon berguling tengok tv lepas tu tv tengok kite balik, hihi *nampak sangat pemalas si daro ni! seb baik idup sesorang jek ahaha*


Okeh ini nak buat entry sempena raya yang dah lama habis. Ye memandangkan ada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu entry raya maka ku gagahkan jua menaip, kihkih.


Dari bulan puasa hari tu nak masuk meeting untuk jamuan raya cawangan. Candylicious mula-mula temanya. Gembira la sebab baju raya iolls tahun ni agak licious ghupernye, haha. 


Lepas beberapa kali meeting bertukar kepada tema "Keinsafan Syawal" sempena macam-macam yang terjadi sepanjang Ramadhan #mh17 #mh370 #gaza dan dirangkumkan sekali. Maka secara insaf kami menyambunya kali ini.


Insaf ke? ye, insaf insaf insaf




Dedayang makanan

Kebiasaan kami buat di Dewan TIMA. Memandangkan dewan tersebut sudah disewakan kepada Kolej yang bakal bertapak di TIMA ini, kite buat ajelah kat tingkat 11 & 7, kata nak insaf kan.

Unit kami jadi AJK Makanan. Bos besau cakap jadi AJK makan senang, cuma buat food testing lepas tu pilih dan hidang untuk makan-makan. Cakap memang sonang bos.

Makanan lambat, kita kena
Makanan tak sedap & basi, kita kena
Makanan tak cukup, kita kena
Surf makanan pon kita kena bos
ohoiiii

*tak dapat bayangkan macam mana nanti kami ni berkerja di celahan student kolej, rasanya JKR dah boleh buatkan satu bangunan untuk kami, tak perlu bercampur gaul dengan budak-budak, hihi*



And another dedayang di tingkat 11

Iolls with dedayang surf makanan di tingkat 7, yang mana kat situ ku anggarkan tak ramai bos-bos yang turun, hehe. Bos-bos tak ramai disitu memandangkan tempat kami tak vogue seperti di tingkat 11.



Opis mate
Dah selesai menjamu selera, bergambar la pulak kan, itu adalah perkara wajib
*eh sikit pulak orang tahun ni kan, nampak sangat.....*



Dedayang lagi
Sengaja memilih memakai baju warna biru. Baru match kan dengan warna-warna tema, hihi
*semua orang pakai baju baru, iolls je pakai baju raya tahun lepas, ah ade aku kisah, haha*




alaa tomei tomei tomei
*oh sila jangan mual*



CikRa dengan background yang simple n somel
*memang seimbang la warna-warna yang iolls pakai dengan background* 



Sila hulur huruf-huruf konsonan yer kawan-kawan buka huruf vokal, haha

Sebelum mengundurkan diri, CikRa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, lolx
Big thanks kepada kawan-kawan yang banyak membantu
Tahun depan kita jangan jadi AJK lagi la, kita jadi tetamu jemputan sajalah, hihi


Bye