Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Raya-nan-sebulan

Assalamualaikum & helo polo ;)



Raya dah habis wehh *duit raya CikRa tak habis bagi lagi nih! kihkih*
Lama gilers tak hapdate, busy benau nampak gaye-nye. ok tipu. Masih ada ruang sedikit untuk update blog tapi agak pemalas makanya dibiarkan saja ;p

Nah sebab hari ini agak berkerajinan nak upload gambar dari hp dan meng-copy gambar dari orang lain kita update la cerita raya nan sebulan.

Seperti biasa untuk cik-bujang raya harus la dirumah mak ayah sendirikan! ada ke yang beraya dirumah orang lain? miahaha. tahun ni semua adik beradik ada. tahun depan tinggal CikRa dengan yang bongsu saja beraya dipalong. sadis. tak payah la kami beriya-iya masak banyak tahun depan sebab beraya 4 ketul jek, hihi.

Sejarah tahun ni takda bergambar family dipagi raya. mak ayah busy benau, nak tido la nak pergi ziarah rumah orang meningal la. apekah? *bergambar dengan dinding je lah*



CikRa dan dak kembau


Agak mencabar okeh nak bergambar dengan budak-budak ni. macam-macam perangai. sorang pandang kamera yang lain buat hal masing-masing ketuk-ketuk cawan. lolx


Budak abang yang dah berjaya rampas monopod mama along dia lepas tu selfie sendiri

Best moment atuk dan cucu yang sempat di-snap

Berhari raya secara berkumpulan


Cuti raya tak amik lama sangat, banyak lagi cuti yang nak dipakai nanti. kita sambung raya KL la pulak, lolx macam ramai la sedara mara disini kannn.

Rayalicious Cawangan Arkitek 2015
Tema yang sepatutnya tahun lepas di bawa ke tahun ini. Tahun ni jadi ajk penyambut tetamu, menyambut la sangat kami ini ;)


yeahh


the pari-pariuk

Geng mak jemah


the opis mate


the-semua-sekali-opis-mate


suasana dalam hall


booth candy
*time nak amik gambar masa tu la coklat tu taknak terjun*


Berjota orang sedang serbu makanan
*yess iolls pon tergolong dikalangan mereka kalau tak memang-tak-merasa-la*


Laksa Johor the fav


Setiap meja makan ada props macam ni, iloike 


posing-ness sebelum balik

Lepas jamua raya cawangan, kita buat pulak peringkat opis, jamuan unit lah maksudnya
The main menu kita tempah catering, yang lain-lain kita bawa secara potluck. rasanya kami ni takda la mengajak reramai sangat orang, menu pon tak oder banyak, tapiiii rasanya yang datang macam satu cawangan! ramai woii, tak chokop makanan *yang datang dengan muka pasrah tak dapat makanan pon ado, malu mak nak*



the menu potluck


the catering menu


ini adalah cake red velvet yang awesome
*seb sempat merasa* 


orang dah blah, kita bergambar skit-skit dengan tema unit yang solah-olah birthday party :)

Selang beberapa hari kita celebrate raya rumah bos pulak


us URBF BA2


geng mengular lepas makan kenyang-kenyang dengan kereta kelisa


Last raya, kita buat kenduri sikit kat kampung sambil celebrate birthday abang adik


the pakcik's


masa kenduri tu dah lupa masing-masing pasal kek, esoknya baru kita potong kek
*naufal, the twins and the cousin*


Tamat sudah cerita raya. banyak sebenarnya gambar cantik-cantik yang ada, rasa nak tepek semua kat sini tapi apakan daya masa agak terhad *sedang sibuk-sibuk menaip ada je yang datang mintak itu ini*

Selamat Hari Raya Uolls
*eh raya dah habis*


ok bye

Wednesday, September 10, 2014

Entry raya yang dah habis raya

Assalamualaikum & Helo polo ^^



Fuaaa, berzaman rasanya tak update blog. Sibuk sangat ke? Adehh. Tak sempat la, banyak benda nak benda nak kena buat *mana nak buat kerja, mana nak bergosip, mana nak tengok kpop!* masa sangat terhad rasanya. Balik rumah pon berguling tengok tv lepas tu tv tengok kite balik, hihi *nampak sangat pemalas si daro ni! seb baik idup sesorang jek ahaha*


Okeh ini nak buat entry sempena raya yang dah lama habis. Ye memandangkan ada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu entry raya maka ku gagahkan jua menaip, kihkih.


Dari bulan puasa hari tu nak masuk meeting untuk jamuan raya cawangan. Candylicious mula-mula temanya. Gembira la sebab baju raya iolls tahun ni agak licious ghupernye, haha. 


Lepas beberapa kali meeting bertukar kepada tema "Keinsafan Syawal" sempena macam-macam yang terjadi sepanjang Ramadhan #mh17 #mh370 #gaza dan dirangkumkan sekali. Maka secara insaf kami menyambunya kali ini.


Insaf ke? ye, insaf insaf insaf




Dedayang makanan

Kebiasaan kami buat di Dewan TIMA. Memandangkan dewan tersebut sudah disewakan kepada Kolej yang bakal bertapak di TIMA ini, kite buat ajelah kat tingkat 11 & 7, kata nak insaf kan.

Unit kami jadi AJK Makanan. Bos besau cakap jadi AJK makan senang, cuma buat food testing lepas tu pilih dan hidang untuk makan-makan. Cakap memang sonang bos.

Makanan lambat, kita kena
Makanan tak sedap & basi, kita kena
Makanan tak cukup, kita kena
Surf makanan pon kita kena bos
ohoiiii

*tak dapat bayangkan macam mana nanti kami ni berkerja di celahan student kolej, rasanya JKR dah boleh buatkan satu bangunan untuk kami, tak perlu bercampur gaul dengan budak-budak, hihi*



And another dedayang di tingkat 11

Iolls with dedayang surf makanan di tingkat 7, yang mana kat situ ku anggarkan tak ramai bos-bos yang turun, hehe. Bos-bos tak ramai disitu memandangkan tempat kami tak vogue seperti di tingkat 11.



Opis mate
Dah selesai menjamu selera, bergambar la pulak kan, itu adalah perkara wajib
*eh sikit pulak orang tahun ni kan, nampak sangat.....*



Dedayang lagi
Sengaja memilih memakai baju warna biru. Baru match kan dengan warna-warna tema, hihi
*semua orang pakai baju baru, iolls je pakai baju raya tahun lepas, ah ade aku kisah, haha*




alaa tomei tomei tomei
*oh sila jangan mual*



CikRa dengan background yang simple n somel
*memang seimbang la warna-warna yang iolls pakai dengan background* 



Sila hulur huruf-huruf konsonan yer kawan-kawan buka huruf vokal, haha

Sebelum mengundurkan diri, CikRa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, lolx
Big thanks kepada kawan-kawan yang banyak membantu
Tahun depan kita jangan jadi AJK lagi la, kita jadi tetamu jemputan sajalah, hihi


Bye

Tuesday, September 3, 2013

Anugerah Syawal URBF BA2


Assalamualaikum & Helo polo ^^


Majlis Jamuan Aidilfitri URBF BA2 semalam berlangsung dengan jayanya bertemakan Anugerah Syawal yang di adakan di tingkat 12 menara TIMA *warkhh, tiba-tiba sangat skema ayat yang ditaip nih! haha*

Ayat yang paling senang adalah; semalam opis I ada buat makan-makan sempena hari raya *kan senang paham gitu ^^*



Kad jemputan kami yang menggunakan skala yang besar


Tuan rumah berkumpul ramai-ramai di pantry rewang makan-makan, haha


Ujian kualiti katanya sebelum di hidangkan pada tetamu


Sebelum tetamu sampai, kita bergambar dulu ramai-ramai


Me and Nora
*spoil betul lah sebiji penghias pipi tuh*


Me and Fatin
*ibu yang masih bercuti 3 bulan*


Serbu desert


Dan serbu juga makanan ini yang terbentang


Makan time


Dan makan juga


Tak tahu nak makan yang mana dulu nih



Menu yang terisi di dalam perut *ada banyak lagi menu, tapi dah tak terlarat nak makan*


After makan-makan kita buat sesi bergambar pulak, haha. Abaikan tetamu yang masih berpeleseran makan disitu, lol!


suka sangat gambar ni sebab ini merupakan keadaan sebenar semasa kami berposing 


Amik sorang satu lemang bawak balik, haha


Selamat datang ke opis kami, haha


Posing solo harus ada

Akhir kata, majlis kami yang kecil-kecil ini super best dan meriah.
bye

Friday, August 23, 2013

Prismawarna Syawal 2013 Cawangan Arkitek

Assalamualaikum & helo polo ;)

Yeyy, ini kali ke 2 sambut raya dengan Caw Arkitek JKR setelah beberapa tahun meninggalkan tempat ini. Bila dah terbiasa dengan suasana raya di WDI, rasa janggal juga, sebab di sini mereka bertema-tema. Kat sana takda tema-tema, always tema hari raya dan berada dalam dewan seperti sambutan raya bersama RTM, haha *seronok juga masa tu, sebab duduk melepak makan dari pagi sampai ketengah hari, kutip semua makanan dan makan sampai penuh perut, huhu*

Prismawarna tema kali ni, maka harus berwarna-warni ^^
Sambutan disini tidak kurang meriahnya, cuma dalam kuantiti yang lebih kecil.


Color block sangat


Pentas kecil yang bewarna warni


Door gift


Urusetia pendaftaran dan artisssssss
*okeh, mamat tu dari kumpulan menifesto, sebelum ni dia arkitek kat sini*


mek zety & mek erie


serbu makanan


Make your own cendol


Kambing yang tertiarap


My plate
*tapi kongsi-kongsi dengan kawan-kawan yang lain*


Nasi hujan panas yang dah kehabisan lauk! cehh!


Persembahan nyanyi-nyanyi dari kami-kami je
*takda peruntukan nak jemput artis, hehe*


Me and sate
*haish tak berapa nak makan sangat sebab sibuk lari-lari naik pentas hulur hadiah*


Kami-kami


URBF BA 2
*ramai rupanya unit kitaorang ni*


Lepaking di meja pendaftaran sementara menunggu giliran bergambar


di sini saya ramai kawan perempuan, hehe


Weolls yang sibuk berposing


gaya bebas


me and misai ^^
*helo hun*


kemain merah lagi bibir maklong nih


geng ibu-ibu
*mala always posing ayu, hehe*


masa untuk berposing di ruang tempat bergambar dengan segala benda yang ada atas meja kecik tu
*kreatif-kreatif*


daring-nya pompuan baju merah tu posing!
*tak perasan pon yang i posing macam tu sebenarnya! lol!


flying kiss from ibu-ibu


merah merah dan always merah


Yerr I ngaku, yang i pakai baju raya tahun tahun tahun lepas *bertapa sudah lamanya baju itu* last pakai baju ni masa raya WDI tahun lepas. syawal bertemu syawal *tak caya boleh tengok entry ini RAYA 2012* ehem badan ni masih maintain dari dulu, sebab tu banyak baju lama yang masih boleh dipakai, huhuhu.


ok, bye
[merah yang selalu menjadi pilihan mata ini]