Sunday, September 5, 2010

s p a r k l i n g . k o r e a


Halo
aku telah dilanda Korea Addict dengan erti kata lain gilakan korea. apehal?. sangat banyak sebabnya. cita cita nak melancong ke Korea *Sparkling Korea sebut macam rain buat* Korea diantara negara Asia yang sangat maju selain Jepun. demam korea ni dah lama ada dalam diri aku, sejak tahun 2001/02. gara gara tv2 tayangkan cerita Beautiful Days, mula dari situlah minat dengan cerita cerita korea yang sarat dengan perasaan, bahasa yang susah nak ikut sebut dan view dalam cerita tu dan seterusnya kepada lagu lagunya yang hakikatnya bukan faham pun didengar kalau tak tengok translation.

Kat rumah tu macam dah wajib je nak alih channel KBS dan Animax *kita orang baru tukar channel ni dari channel mustika! asik ulang movie tu jek kan dah kena tukar lain!* Housemate pon macam dah berjangkit demam korea *huhuhu, okeh la tu tak payah kita bertarik rambut nak tukar channel lain*

Artis Korea ni kebanyakannya bergroup dan ahli dia ramai ramai pulak tu! aku suka dengan Boy Band, ada dance, fasion baju yang pelik pelik biasanya tidak dipakai orang biasa *malaysia patut ada group macam ni dengan muka comelness dan hampir sempurna ni!* Ni aku list kan artis Korea yang aku suka tengok sangat. serius dia orang memang bermuka comey *macam watak kartun tu!* orang korea kebanyakkan buat plastic surgery tak kirala artis ataupon orang biasa biasa, so tak hairanlah muka diaorang macam hampir sempurna *tak kisahlah muka plastik pon!*



SS501
salah seorangnya berlakon drama Boys Over Flower *yang kiri sekali tu*
lagu yang aku suka, sure la lagu baru diaorang Love Ya



ShiNee
suka lagu Lucifer



Super Junior
aku rasa nilah group yang paling ramai ahli
lagu Sorry, Sorry pon selalu keluar radio
aku juga suka tengok klip video dia, comey je tengok si chubby yang sorang tu menari!



Son Dam Bi
lagu Queen
mula mula dengar, macam tak best je lagunye dah lama lama dengar best pulak



After School
lagu Bang
aku tak kenal sangat kumpulan ni *tapi diaorang kenal aku! huhuhu*



2PM
ada juga kumpulan yang nama 2AM
*mereka selalu mengkonpiuskan!*



Girls Generation
suka lagu Gee dan Oh!
klip video mereka, sangat comey! *kalau aku ada sekali sure lagi comelness*



Se7en
lagu baru Better Together
dari dulu lagi suka tengok dia ni, lagi lagi dalam klip video lagu La La La



DBSK *nama panjangnya aku tak ingat dah!*
Lagu Mirotic pon selalu juga keluar radio
*budak budak group ni semuanya tinggi tinggi. 180cm keatas!*




Selain dari dengar lagu lagu dan sibuk sibuk mengenali artis Korea ni, aku sangat suka tengok cerita cerita bersiri korea.



Grudge - The Revolt of Gumiho
seriously aku suka tengok cerita ni, sekarang tengah tayang kat KBS setiap Isnin dan Selasa



Invisible Youth
rancangan realiti TV
*memang aku akan gelak gile gile kalau tengok cerita ni, lupa orang sekeliling tak caya cuba tengok! nak suggest malaysia patut buat rancangan seperti ini, dari asik nak buat akademi nyanyi nyanyi je! *


Sekian perkongsian cerita dari Cik Degil ;p

1 comment:

wani ezryl * said...

kami mahukan keadilan untuk chnl AFC!! AFC AFC!! *sepanduk*