Haloo
Dua minggu kebelakangan ni aku dilanda badai dengan bertimbun-timbun kerja. ni semua 5s punya pasal. boleh dikatakan setiap hari balik lewat melebihi waktu maghrib. aku walau ape-ape pon terjadi, pukul 8 aku mesti punch out. lantaklah siapa nak marah. sepatutnya time-time tu dah duduk lepak-lepak depan tv sambil makan-makan. bukan masa kerja yang berkualiti pon masa tu tapi berkuali je. teehee. bukan hari-hari biasa balik lambat, weekend pon kena kerah datang kerja. seperti biasa la aku tak layan kalau nak kerja hari jumaat, hari sabtu bolehlah dimaafkan. tu pon setakat sampai pukul 5 je. aku nak tengok anime okeh!

Gambar ini tiada kaitan ek dengan cerita diatas! tapi cerita ni lah yang sedang kusyuk aku tengok setiap hari isnin dengan selasa.

Ini gambar mereka yang telah dikartunkan. bukan aku yang mengkartunkan muka mereka. *cute kartun ni* tak cerita pon ini cerita ape, okeh tajuk cerita ini adalah Sungkyunkwan Scandle. aku dah berjaya mengingati tajuk cerita ni.
. . . . . . . . . .
sekarang ini aku ingin mengumumkan the hotness guy di pandangan mata aku. hahaha. mereka ini sekarang sedang berlegar-legar dikaca tv. korang nak tau. tengok sendiri tv tu, pastu cari satu-satu channel yang ada. kelebihan kepada mereka yang melanggan astro.
Serius Dennis Oh ni buat aku ingat kat seseorang yang aku pernah kenal rapat dulu *okeh buang ingatan itu jauh-jauh*

Kalau diperhatikan muka mereka memang nampak lebih kurang. macam adik beradik. tapi hakikatnya mak lain-lain, bapak asing- asing!

Galang @ Randy Pangalila
sangat comel okeh! *tak terkata untuk mengambarkanya. lolx*
s e k i a n
1 comment:
galang i punya!! *tibe2* haha :P
Post a Comment