Wednesday, January 26, 2011

kau nak jadi penyanyi Syiro?


Hello Hello

selamat Pagi ;) hari ini aku sihat dan bersemangat berkobar-kobar. ahakss ada raptai penuh koir petang ini di Felda Resident Hotel dan malam acara kemuncak majlis perpisahan dengan pengarah PPPNT. wah sangat berkobar-kobar kau ek! oohoo lirik lagu nih kenapa kejap ada kejap hilang dalam kepala nih! har har har tadi tengok video koir yang dirakam masa kami latihan, memang macam ntahapaapa kehulu kehilir pitching nya! satu lagi naik pening tengok video tu sebab bergoyang-goyang *hakim ko kena belajar lagi macam mana nak amik video!*

kerja aku semua dah settle setakat ini. mudah sangat kerja aku cuma taip-taip surat dan settlekan payment orang. kejap je dah siap. eh aku pelukis pelan kenapa buat kerja taip menaip! hampeh! inilah kerja kau sekarang yang sangat tidak memberangsangkan dan tidak langsung menajamkan minda. kadang-kadang buat aku nak berhenti kerja! kerja swasta lagi baik! gaji pon banyak dua/tiga kali ganda dari sekarang! tapi orang yang kerja swasta ada pulak yang nak kerja gomen nih sebab fikirkan masa depan yang terjamin. pada aku biasa je, kerja mana-mana pon okeh asalkan dapat ilmu dan ganjaran yang setimpal *eh ilmu taip menaip ni budak sekolah rendah pon tahu nak buat, tak payah ajar pon dia tahu nak buat! grrr*



rehatkan mata kejap setelah membaca tulisan yang banyak itu!



Minggu ni ada cerita baru di TV yehaa. habis cerita Marry Me Mary digantikan dengan cerita Dream High. okeh jugaklah cerita nih pasal budak-budak sekolah muzik yang nak kejar cita-cita jadi artis. hahaha. adakah aku bercita-cita seperti itu? tidaklah!

tapi kalau nak di ingatkan masa sekolah rendah dulu kalau cikgu tanya cita-cita bila besar nanti nak jadi apa dengan tulusnya aku jawab nak jadi penyanyi atau pramugari! tak tahu lah motif apa aku bercita-cita nak jadi pramugari. kalau kata nak jadi penyanyi tu mungkin aku terikut-ikut minat dengan Fauziah Latif atau Sheren yang tengah glamor masa tu. yang tak pahamnya nak jadi pramugari, mungkin sebab nak naik kapal terbang kot. sebut kapal terbang pon aku teringat masa sekolah dulu, bunyi je kapal terbang lalu, berlari-lari semua orang ketepi tingkap nak tengok kapal terbang sambil lambai-lambai tangan lagi. har har har.



ni satu lagi cerita baru yang ditayang kat TV. Glee Season 2. hopefully cerita season ni lagi best dari season 1.





okeh la, tak reti lagi nak bercerita apa!

bye

3 comments:

Buzz said...

header da tukar!! hehe..smart!

syira said...

thanks

Faiz Zaini said...

klu kaki download.. dah abis dah season 2 glee time krismas aritu.. tgh tunggu glee season 3 plak..