Showing posts with label try. Show all posts
Showing posts with label try. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

HerbaLine & Shaklee

Assalamualaikum & Helo polo ^^


yuhuuu, agak lama tak sharing beberapa info *sharing la sangat kan!* haha. Takda apa benda yang luar biasa pon iolls nak sharing, just benda simple-simple yang kita guna seharian ^^.

Sebenarnya entry macam ni pernah buat untuk setahun lebih yang lalu. Oleh kerana entry yang dah setahun lebih itu selalu jadi hot pick maka, sedikit sebab dah tukar kepada produk lain pulak, hehe. Bukan nak kata produk yang lama tu tak ok, yer lah kite ni kadang-kadang mengada nak tukar kepada yang lain pulak.


. . . . . . . . . . . . . . 


Walaupun sekarang ni dah berhijrah ke KL tapi, iolls masih me-maintain-kan diri dengan menghadirkan diri ke HerbaLine dan menggunakan beberapa produk HerbaLine yang sememangnya menjadi fav iolls. Uuntung-la-kan sebab HerbaLine sebenarnya sangat dekat dengan rumah, kalau jauh tu memang memikir beberapa kali jugak nak kesana.

Ingatkan bila ke HerbaLine branch Sri Petaling ni dia akan continue dengan treatment kite sebelum ni, rupanya kita di kira baru kat situ dan yang best kita akan dapat harga percubaan rm38 *jimat okeh!* 




Senang nak cuci muka dengan ini tak payah pakai penanggal make-up



Aloe Vera
Untuk repair skin yang disebabkan parut-parut jerawat



Essential Oil Vit C + E

Ini yang paling fav! setiap hari mesti nak tenyeh. 'The Secret of Whitening' katanya. Sesuai untuk orang yang sentiasa berada di tempat berhawa dingin *gituww* yes sebab kulit kalau kena aircond akan kering. Kulit kering lebih cepat nampak berusia okeh!


. . . . . . . . . . . . . 


Selain dari penyapuan, penyentalan dan penepekan dimuka, iolls ada la makan beberapa supplement. Ofcoz la supplement untuk kulit yang selalu jadi pilihan.





Shaklee.

Semua orang pon dah familiar dengan this product. Sangat fofular dan dah sangat ramai yang jadi dealer untuk produk ni *kaya-kaya mereka weh, orang tak gaji lagi diaorang dapat cheque tengah-tengah bulan*



GLA, Vit C & B Com.

Yang ni makan waktu pagi after breakfast. Amik ESP dalam pukul 11pagi atau bila-bila terasa lapar *ESP ni jadi tercelup-celup nak minum sebab malas nak bancuh* Vit E amik selepas dinner. Cuba dikira di situ amik berapa banyak produk Shaklee.

Sepanjang setahun lebih dah mengamalkan Shaklee, memang ada banyak perubahan tapi sorry la iolls tak reti nak cerita. haha. This product bagus, jangan ragu-ragu kalau nak cuba.




Nah muka makcik yang pucat tanpa make-up yang kegembiraan sebab dapat rezeki terpijak, horeyy.



bye

Wednesday, July 18, 2012

new album


Assalamualaikum & helo polo



Dalam sibuk-sibuk sempat juga mengondam Photoshop. haha. Makanya dengan tak sengaja kite tukarlah template baru, macam buat pula dengan warna merah. haha. ada je yang komen kata lepas baca blog dengan background warna merah pink itu naik *bencho mata, nah amik kau warna putih yang sangat general dan kompem tak sakit mata. Lepas ni kalau ada yang kata sakit mata lagi, inshaAllah mata tu ada sedikit masalah, hehe :)


bye

Tuesday, June 5, 2012

New

Assalamualaikum and Helo Polo :)

kamera yang awesomeness

Cang!! wehoo blog YOUSAYME telah berubah wajah. Suka tak? sakit mata? he he sebelum ni guna warna yang lembut dan sedikit warna warni sekarang kita bertukar kepada warna yang lebih terang *merah merah merah i loike* sebenarnya nak menukar warna baru untuk blog sudah lama tersemat dihati cuma tidak kesampaian. Design wall yang warna warni sudah lama dibuat sampi naik berkapuk dalam folder graphic tidak diaplikasikan *cewahh*

Kali ini hasil kerja tanpa dirancang, apa yang terlintas itu yang dibuat. I ni bukan pandai sangat nak godeh-godeh Photoshop maklumlah beginner. Buat header tu pon semalam sebelum balik kerja, sampai bos duduk sebelah pon tegur apa yang I buat, senang je jawab "alaaa nanti lama tak buat jadi lupa, sebab tu saya buat" pandai menjawab kan? hampeh!!

Sekian, sebarang komen boleh diusulkan :)
bye

Thursday, July 28, 2011

senam sihat


Assalamualaikum


Untuk kali keduanya senam muncul kembali pada setiap hari rabu. Jam 5 petang lagi mereka dah laung-laungkan supaya turun bersenam. Ikutkan aja.


Tu dia Pengarah, hebat berlari beberapa pusingan tanpa henti. TERBAIK!



Kami yang berpura-pura berlari. lolx! berjalan je kot untuk panaskan badan *panas dek matahari je pon, bukan sebab berlari!*



Ini baru buat panaskan badan betul-betul. Bila betul-betul pon aku macam sambil lewa *lembik kau syiro!*



Oksigen Oksigen selepas lari keliling padang. Terus rasa macam nak pitam kepala pening-pening. Perghh memang aku dah lama tak bersenam.



Rampingkan selepas berlari dua pusingan padang. Okeh itu je yang termampu T_T



Yang ini selepas semua orang dah pancit, Pengarah masih boleh berlari, kami acah-acah follow nak masuk gambar je. Dah siap ambil gambar aku terus patah balik dok relek kat kerusi T_T


Kira cukuplah berlari dua pusingan sebab ini minggu kedua Senam Sihat, bila masuk minggu ke 3 kita lari 3 pula dan seterusnya. Tak boleh lari lama-lama, bisa-bisa nanti urat saraf dan otot-otot T_T



Hoyehh aku kat opis dah boleh Skype semula, kembali aktif ber-skype. Alahh bukan ada sapa-sapa pon dalam tu, kawan-kawan JKR lama je *seronok boleh chat mengimbau kenangan lama*



Oleh kerana hari ini sangat boring dan masa berjalan sangat lambat, aku pon godeh-godeh photoshop so jadilah gambar ini untuk wallpaper baru T_T


Esok balik kampung, macam konpius jugak nak balik mana. Tiket bus tak beli lagi kalau takda aku redah je naik kereta, aku pon amik cuti panjang cuma takut malas nak drive balik ganu semula je nanti. he he he.




Sekian, bye jumpa lagi dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Sunday, June 26, 2011

Header #2


Salam Sunday :)

Hari macam takda banyak sangat kerja yang nak dibuat dan rasa nak buat banner baru untuk blog nih, so ini hasilnya.



Nampak sangat simple nak dibandingkan dengan yang sekarang nih, idea tak mari-mari sedangkan hari semakin menjelang petang.


Ada sebarang idea tak blogger semua?


Thursday, April 14, 2011

satu



sangat boring mengadap kerja satu hari ni, photoshop pon lama tak berusik. sakit mata mengadap fail meja, taip menaip dekat word. edit gambar juga yang best. he he he.


sekian entry tanpa bebelan panjang
[alamak pengarah tanya aku lagu feberet ;]

Sunday, March 6, 2011

cuba-cuba


Hello Hello

mari belajar sesuatu yang baru *tiba-tiba* hari ini aku telah menghabiskan masa dengan mempelajari sesuatu yang baru dan sangat complicated pada aku *hehh tu pon susah ke?* yer mari kita belajar Adobe Illustrator a.k.a Ai. Ai ni dah lama ada dalam PC aku ni, cuma aku yang tidak pernah terfikir nak godeh-godeh dia sebab Photoshop tu nampak lebih menarik. ahakss.

pada aku nak guna Ai ni macam susah sikit, maklumlah baru hari ini nak belajar gunakan nya. berbeza sangat dengan Photoshop, command dia pon tak sama *klik sana klik sini tak jadi juga!* oleh kerana aku ni tiba-tiba macam sangat minat untuk mendesign sesuatu dalam bentuk grafik aku gagahkan juga! *sangat gigih kalau nak buat benda-benda yang macam ni?*

google kat internet jumpalah satu laman web ni yang ada sediakan tutorial untuk buat grafik 3D. print out nota, terus try buat. hampir-hampir putus asa bila yang di ajar tu tak dapat nak buat *rasa nak baling je banda ni ke laut! mujur PC ni opis punya. hehh*




ini lah hasil percubaan yang pertama aku buat. warna pada tulisan tu nak diterangkan lagi, tapi entah kenapa tak menjadi! lolx. macam mana hasil yang pertama ini? aku rasa nak buat ini pon buat mata lebam-lebam rasanya sebab terlalu fokus T__T. link untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba buat tulisan 3D [boleh klik disini] ingat jangan putus asa! ahaks kata-kata semangat disitu.


okeh, bye dan selamat mencuba

Thursday, March 3, 2011

header


seperti yang korang semua dah nampak, aku dah tukar lagi header blog aku nih *tahun ni je ntah berapa kali dah aku tukar header* almaklumla dok opis nih takda kerja, godeh-godeh la photoshop nih dari dia terbiar sahaja kan.


1. ini header yang digunakan sekarang




2. mula-mula guna header yang ini, tapi dia keluar sekerat je, tak sampai kehujung
*tapi gambar ni jadi wallpaper PC aku. ahakss*




3. try yang ini jugak, sekerat juga yang keluar!




antara ketiga-tiga header ni yang mana better? sila undi sekarang talian undian sudah dibuka