Sunday, August 14, 2011

makan ubat



Assalamualaikum & Happy Sunday :)





"mak, along rasa macam nak kena demam je nih.."



"engkau ni kalau nak demam mula lah mak risau.. dah makan ubat!"




Aku demam lagi. Haish sudah dua kali untuk bulan ini sahaja. Cobaan betul di bulan puasa ni. Apa pasal ek asik nak demam je nih! aku rasa sebab faktor cuaca lah, cuaca kt sini panas tapi dalam opis ni sejuk bukan main lagi, bila kena panas sejuk panas sejuk demam lah jawabnya. Mujur bukan demam yang kronik macam tahun lepas. lolx.



Aku ni kalau sebut nak pergi klinik mulalah demam tu beransur-ansur kebah, takpon bila sampai klinik termometer tu jadi suhu normal je. Saya demam malam je doktor! lolx. Betul ke ada istilah demam malam?

Tapi dah 2 hari ni aku makan ubat farmasi je, tapi macam tak berapa nak berkesan, eloknya 4-5 jam je, lepastu mulalah panas semula. Atau nak kena enjet baru baik? adeh tak mau enjet sakit woo.



"jarum itu tajam"




Semalam walaupon dalam keadaan ke geringan aku gagahkan jua berjalan-jalan mengikut si Khalida ke pasar payang. Target nak rembat sehelai dua kain batik Noor Arfa *demanding kau syiro!* apakan daya kain batik tu susah nak jumpa lagi di pasar payang kalau ada pon stok lama, dan tak cantik.

Sambil berjalan mata ni melilau memandang kain sampin yang tergantung-gantung disetiap kedai nak usha-usha tuk pakcik-pakcik yang kirim suruh belikan, fulamak memang cun-cun sampingnya. Tapi sayang harganya MAK DATOKK riban riban weh!

Apa kena ntah mata nih, yang berkenan je semua harga RM2500++ dan keatas! cet! kau giler nak beli samping harga ribu-ribu kak? ko bukan nya menteri nak beli samping harga cam gitu sekali!

Memandangkan sampin harga sampai ribuan ringgit mulalah aku rasa nak tenun sendiri je, siap sehelai setahun pon jadi lah *ha ha mujur kalau siap sehelai setahun, kalau sehelai 10 tahun ape kejadahnya! T_T*


Semalam juga ada rempat pamphlet pakcik kuning nih, macam menarik harga SMART PLAN dia.


"kak DiGi 3G kat KT ni ok tak?"


senyum meleret je akak tu sambil geleng-geleng kepala


"memang takde line ke? baik tak payah jual"



"kat bandar je ada"


lol, apa aku sekarang nih duduk bandar mana? wah sangat ketinggalan beb T_T *mujur tak beli iphone4 hari tu. tiba-tiba!*



Sekian, bye
[mood lagu raya je nih]


2 comments:

wani ezryl * said...

songket tu tang mahal upah tenun dia. org kedai cakap upah tenun je dah seribu. gile.

YOUsoF said...

Alhamdulillah cuma pening² je.. Banyakkkkkkan minum air suam okeh.



Nasib baik kain pelikat tak sampai RM30 heheh.




Rancak betul radio siar lagu raya, rasanya lebih elok kalau siar lagu ketuhanan memanjang.. kan