Sunday, April 1, 2012

Retreat dan Team Building

Assalamualaikum and Hello polo :)


Kursus lagi. Meriah tahun ni I dengan kursus setiap bulan. Kursus setahun mesti cukup 7 hari katanya. haha. I kini sudah 9 hari, daebak. Yoo bulan depan kita kursus lagi kat KL.


Badan kini berganda-ganda letihnya! dimanakah cuti hujung minggu yang terbungkang riang didepan tv sambil menonton channel korea? 


Malas la  I nak cakap banyak kan sebab sekarang ni pon jam sudah menghampiri waktu balik, tengok jer lah gambar yang telah dirakam oleh jurufoto pppnt *ewahh*


Semua penjawat awam yang terlibat dengan kursus :)



Aktiviti pertama setelah sampai di Agro Resort Setiu. Pertandingan memancing okeh! ini kali keberapa ntah i memancing termasuklah semua-semua yang di kampung, tapi yang best-nya inilah first time I memancing dapat ikan. haha *toksah nak eksyen syiro sebab kolam tu memang banyak ikan.lolx*



Flying Fox
First time juga nak buat benda nih, bila ditenung menara untuk dipanjat mak aii bukan main tinggi lagi! Tangga yang dia orang design memang khas untuk naik sahaja lolx, walau macam mana pon kalau dah naik sampai atas mesti kena turun dengan gaya terbang bergayut tak kira lah korang melalak meraung semua, mereka akan menggunakan kuasa veto untuk buat kita bergayut!
*masa ni instructor tengah buat demo, siyes pakcik nih kelako lah*



Wehooo i'm flying *lolx*
Pemandangan dari atas memang seram, tapi bila dah ditolak untuk meluncur *ewahh* seronok lah pulak takda rasa takut langsung *tersengeh okeh pandang kamera*



Water Rafting
Main kayak-kayak lagi, kali ni dah takda rasa takut lagi sebab dah pernah buat dekat kenyir hari tu *yang tak best kat agro ni semua aktiviti air yang kita orang buat dekat area situ-situ je. tasik buatan kan! sebab tu air dia super hijau* mujur I ni bukan jenis yang berkulit sensetip! orang felda kan -_-'



Malam BBQ, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan penyampaian sijil *walaupun kursus belum habis sepenuhnya! lolx!* okeh malam ni I dapat special request dari Pengarah *orang yang bagi sijil itu* untuk menyanyi *ingat tak kena menyanyi, kena jugak rupanya*



Senam robik
Seperti biasa mana-mana kursus yang macam ni memang akan ada senam robik *orang kekanan, kite kekiri! lolx*



Dah penat bersenam, rushing break first, then kumpul semula untuk buat Jungle Tracking! kali kedua masuk hutan selepas kursus induksi 2 tahun lepas * instructor yang ini mengingatkan I pada PakChek*



I adalah perempuan yang terakhir berjalan dalam hutan bukan apa instructor tu cakap kalau nak selamat dari terkena pacat kena jalan tengah-tengah, haha



Rest kejap setelah memanjat dan menuruni bukit



Kita dengar cerita salah silah penemuan gua penyu itu *memang ada rupa kepala penyu, mentang-mentang kat terengganu*




Bukan senang okeh nak buat gambar supaya gambar tangan itu nampak berganda-ganda dari jumlah biasa, haha *cakap je lah kau tu tak reti nak dok diam bila nak amik gambar!*



Sampai tempat untuk berisirehat dan mendengar penerangan macam mana nak survive dalam hutan. warkhh instructor ni nak dapat kan lesen untuk kerja masuk-masuk hutan macam nih kena duduk dalam hutan selama 11 hari tanpa dibekalkan sebarang makanan, yang ada parang dan garam. lolx. bila dah last-last kena jugak makan ular, katak dan sebagainya! euww! *ini adalah port untuk pacat! giler banyak pacat kat sini! sebab itu sume orang dok pandang ke tanah jer untuk cari tempat selamat, alhamdulillah I terselamat daripada dipajat dan di gigit pacat!*



River Crossing a.k.a Lake Crossing
Seram jugak nak buat aktiviti ni, harus yakin untuk berada dalam air tanpa life jacket! yakin tak yakin sangat lah, cuma percaya tali itu akan kukuh sehingga I sampai penghujungnya :)



Sekian serba sedikit cerita dari kursus hujung minggu lepas.
Semalam I beronggeng ke Jom Heboh, nanti berkesempatan I buat entry jom heboh pulak *ewahh*
Bye




No comments: