Thursday, May 17, 2012

ZA vs Mary Kay

Assalamualaikum and Helo Polo :)

Kali ni nak share sikit pasal produk-produk muka yang memang sedang diguna pakai sekarang ini. Nak kata kulit ni bersih bersinar tu tidak lah, tapi alahamdulillah semakin baik dari dulu *mungkin faktor usia kot! hek hek*

Sebenarnya agak susah jugak kita nk cari satu-satu produk yang serasi dengan kulit kita nih, lagi-lagi yang jenis sensetif, kalau salah-salah tepek mulalah ranum naiknya merah kecil-kecil itu naik!

Sebelum ni pernah la cuba beberapa produk buatan malaysia dan omputih, hasinya sekejap je lepas tu dia naik semula *serius cakap muka I memang tak serasi sangat dengan produk-produk malaysia, mungkin sebab dia tajam sangat kot dengan kulit I nih*

Untuk kulit I nih, kalau nak guna sesuatu jenis produk tu try pencuci dia dulu, kalau guna sekali gus nanti terkejut pulak kulit nih. Biasanya kulit akan tunjukan efek penggunaan barang baru dalam masa 2 minggu, seminggu pertama tu memang dia ok je, masuk minggu ke 2 kalau ada masalah itu maksudnya produk tu tak sesuailah dengan kita. Siap sedialah survey yang lain. Tapi itu semua bergantung pada kulit, lain orang lain kulitnya.


True White Cleansing Foam
Sejak gunakan produk ni, rasa macam ok je tak banyak masalah
*jimat pon yer, guna sikit je sebab banyak buih*



True White Prismizer
Yang ini pon ok, bila dah tenyeh-tenyeh kat muka rasa bersih je muka
*sebenarnya produk ZA yang jenis ini untuk memutihkan kulit, mencerahkan bintik-bintik hitam pendek kata boleh hilangkan parut jerawat lah*



Organic Aid Vitamin E
Rasanya dah lebih 4 tahun I gunakan produk ini, walaupun ramai yang kata pakai moisturizing ni takda kesan bila pakai dan bla bla bla yang kutuk apa kan, pada I ia ok je lembut je kat muka, takda lah minyak macam boleh goreng sayur. Memang produk ini kesan dia agak lembab, tapi lama-lama tenyeh hilang la parut tu. 

True White
Ini sebagai pelindung matahari, maklumlah organic aid tu takda UV tambah pula I ni dok teganu memang panas lah, berdiri kejap bawah matahari dah boleh berbelang muka!
*jatuh cinta dengan produk ni sebab dia ada macam kilat-kilat sikit, tu yang nampak muka macam glowing sikit, haha*



Masker Acai Berry
First time I try masker yang jenis tampal, biasa guna yang sapu-sapu pastu tanggalkan. Not bad jugak benda nih, lepas pakai muka rasa lembut selembut lembutnya, macam baru lepas rendam dengan downy hehe. Lepas ni boleh la beli lagi, seminggu sekali pakai apa salahnya RM5.90 untuk sekali pakai.



Mary Kay
Produk ini diperkenalkan oleh Nia bestfriend kat USJ nun disana, dia lah yang bagi sample nih. Okeh dokeh! ini yang sedang I pakai sekarang, baru 2 hari guna. Setakat 2 hari I guna takda sebarang masalah, kulit pon terasa lembut dia, minyak-minyak kurang sedikit dari biasa. Dalam masa 2 minggu I guna produk ini kalau berkesan I rasa nak beli la set yang ini *tapi ia agak mahal okeh, pikir panjang-panjang dan sehingga masak ranum yer syiro!*




Ada orang sebarang produk yang digunakan tak boleh dicampur aduk dengan produk jenis lain, macam I ni boleh campur-campur sikit misalnya scrub dan masker boleh cuba dari jenis lain hehe. Sesekali dia nak mintak perasa lain kan *pandai-pandai je ko syiro* 

Okeh sekian entry sharing kali ini. Di ingatkan lain orang lain jenis kulitnya, kalau nak tau serasi ke tidak kita cuba dulu pencuci muka dia dulu, kalau serasi baru boleh tambah yang lain-lain *nanti kalau beli banyak-banyak dan mahal lepastu tak serasi buat membazir duit je*

Bye
[selamat ber'MaryKay' syiro, ahaks]

2 comments:

wani ezryl * said...

dulu ada jugak pakai mary kay ni.. masker almond. rasa nak makan-makan almondnya sebab bau sedap. ahahaa

nur sha said...

currently sha guna produk za . sangat osem mosem ! hehe sangat sesuai untuk kulit berminyak , kalau sblm ni , susah hati xtau nak pakai ape , skg dah jatoh chenta dgn Za . mmg agak mahal , as u said , jimat ! pakai sikit je , dah puas ! heeee >.<

nice entry ~