Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Monday, June 8, 2015

sudah ku rangkumkan semuanya

Assalamualaikum & Helo polo ;)


Lerrr.. lama betul tak update blog. Bila dah lama tak mengarang mulalah tak tau apa yang nak ditaipkan. Segala-bala kreativiti menaip dah kelaut.


. . . . . . . . . . . . . 


A few days ago CikRa dan kawan-kawan dapat duit dari bos suruh kitaorang pergi makan. Nah, sengaja sangat makan kat hotel, pheww~
Makananye? vole la, warm-warm nail bak kata boboy.

me and oxtail soup with plain rice
*ini memang first time makan oxtail, seb boleh telan*


. . . . . . . . . . . . . 


Last-last weekend. Girls day out sangat. Meraikan Azie yang berkahwin last weekend dan juga meraikan kami yang dah sekian lama tidak ketemu. Makan, gossip, shopping adalah perkara wajib. hambik kau kami keluar dari tengahari dan CikRa sampai rumah tepat-tepat 12am *cinderella sangat*. Kesengalan dibetis tak usah dicerita, haha.


Kami dapat rose dari SKII
Dan jua muka kami disembur dengan SKII, tu yang flawless tak terhingga

Suka hati wefie sana sini ditengah khalayak ramai
*macam budak baru nak up masing-masing, haha*

Dah penat kami meronda-ronda MidValley berambus ke KLIHF di PWTC. Yoo lagi jahanam duit bila kesini! Semua benda pon menarik! Susah-la-macam-ni



Sesat cari jalan pulang sempat pula bergambar dpn cermin


Dan lagi perut kembali laparudin, sahut menyahut bunyinya lagi-lagi perut dak azie, haha.
Apa-ntah nama kedai ini dia berada dalam Sunway Putra Mall. Sodap wehh. makanan kesihatan sangat *Kalau dah nama dia Sunway, layout dia pon lebih kurang sunway piramid*



Nia punya, dia kata tak nak makan nasi, diet sehh


Azie dan cheese. Katanya kurang masin lalu diculik sedikit thousand island dan digaul bersama resepi baru gamaknye.


Yang adorable ini harus milik CikRa. Rasanya? sodapp 


. . . . . . . . . . . . . 


Azie dah kawinnnnnnn
Alhamdulillah semua teman baik CikRa sudah berkahwin.
CikRa? Doa la apa yang terbaik. Ada jodoh InshaAllah bertemu jua dengan 'man from another star'

dari USJ 9.30am dan sampai Taiping 2.30pm *fuaaaa jauhnya kampung kamu azie*



hehe. kelako tgk pengantin lelaki dah terkuis ketepi


Wefie sebelum berangkat pulang ke KL
yeyy dapat rose lagi, nak tunggu dapat yang sejambak pulak :)


Cantik kan kami :)


Untuk Azie:

Lebih kurang 13 tahun kita kawan,
kau kawan sekolej,
kau kawan serumah,
kau kawan sebilik,
kau kawan serahsia,
kau kawan berjimba,
kau kawan berfoya-foya,
kau kawan ketika blind date,
kau kawan kita mengorat-mengorat,
kau kawan masa senang,
kau kawan masa susah,
kau kawan masa sedih,
kau kawan masa gembira,
dan kau kawan semua sekali
semoga bahagia mu ini kekal selamanya
itu doa dari kami kawan baik kamu

*tak boleh dah taip lebih-lebih meleleh ayak mata*


bye

Monday, February 10, 2014

k-drama lagi

Assalamualaikum & helo polo ^^


Hadoii hidung ni dah selsema pulak. Kepala pon dah berdenyut-denyut, apa ubat yang nak di telan nih? jangan suruh makan panadol yer, sebab memang tak suka panadol.


Dapat selsema  dengan sakit kepala ni mesti kes tak cukup rehat kat rumah dua hari nih. wahh gitu macam sibuk bebeno kat rumah cuti dua hari nih. Ok, cuti dua hari buat tidur ku tunggang terbalik, entah mana waktu siang mana waktu malam. Ini semua gara-gara iolls sudah kembali dengan peka menonton korea *tak boleh nak salahkan orang lain, sendiri yang cari pasal*


. . . . . . . . . . . . . . . 


Lama tak share cerita korea yang sering ditonton setiap hari, hari ni macam nak share sikit-sikit beberapa k-drama yang ditonton dekat kbs & one *fine, one free sampai 18hb ni jek, siot astro ni bagi jer terus sudah!* series yang ditonton kat tv agak lambat sedikit kalau nak dibandingkan dengan yang orang dah upload on9. Maka iolls yang tak sabar nak tengok ending cerita terus tengok on9.


Prime Minister and I
 Dah berjaya menghabiskan k-drama ini dengan menonton episod yang selebih secara on9. haha. *shantekk baju kawin yoona*



My Love From The  Star
 Cerita ni dekat on9 baru episod 15, uwarkhh lamanya nak tunggu episod yang berikutnya. Kalaulah alien cam gini emchemnye, iolls sendiri pergi beli tiket nak menetap kat planet. haha.



Rooftop Prince
 Cerita yang ini dah lama. Dari sehari ke sehari baru semalam terasa nak menonton. Serius memang banyak scene yang kelakar *tergelak sorang-sorang tengah malam-malam buta, kihkih*



Body guard raja yang super kelakar ^^
Diantara scene yang kelakar, bila raja suruh masuk kereta duduk belakang diaorang boleh masuk bonet kereta! hahaha



bye
[hingus ni asik nak meleleh keluar jer lah!]


Tuesday, November 12, 2013

HerbaLine & Shaklee

Assalamualaikum & Helo polo ^^


yuhuuu, agak lama tak sharing beberapa info *sharing la sangat kan!* haha. Takda apa benda yang luar biasa pon iolls nak sharing, just benda simple-simple yang kita guna seharian ^^.

Sebenarnya entry macam ni pernah buat untuk setahun lebih yang lalu. Oleh kerana entry yang dah setahun lebih itu selalu jadi hot pick maka, sedikit sebab dah tukar kepada produk lain pulak, hehe. Bukan nak kata produk yang lama tu tak ok, yer lah kite ni kadang-kadang mengada nak tukar kepada yang lain pulak.


. . . . . . . . . . . . . . 


Walaupun sekarang ni dah berhijrah ke KL tapi, iolls masih me-maintain-kan diri dengan menghadirkan diri ke HerbaLine dan menggunakan beberapa produk HerbaLine yang sememangnya menjadi fav iolls. Uuntung-la-kan sebab HerbaLine sebenarnya sangat dekat dengan rumah, kalau jauh tu memang memikir beberapa kali jugak nak kesana.

Ingatkan bila ke HerbaLine branch Sri Petaling ni dia akan continue dengan treatment kite sebelum ni, rupanya kita di kira baru kat situ dan yang best kita akan dapat harga percubaan rm38 *jimat okeh!* 




Senang nak cuci muka dengan ini tak payah pakai penanggal make-up



Aloe Vera
Untuk repair skin yang disebabkan parut-parut jerawat



Essential Oil Vit C + E

Ini yang paling fav! setiap hari mesti nak tenyeh. 'The Secret of Whitening' katanya. Sesuai untuk orang yang sentiasa berada di tempat berhawa dingin *gituww* yes sebab kulit kalau kena aircond akan kering. Kulit kering lebih cepat nampak berusia okeh!


. . . . . . . . . . . . . 


Selain dari penyapuan, penyentalan dan penepekan dimuka, iolls ada la makan beberapa supplement. Ofcoz la supplement untuk kulit yang selalu jadi pilihan.





Shaklee.

Semua orang pon dah familiar dengan this product. Sangat fofular dan dah sangat ramai yang jadi dealer untuk produk ni *kaya-kaya mereka weh, orang tak gaji lagi diaorang dapat cheque tengah-tengah bulan*



GLA, Vit C & B Com.

Yang ni makan waktu pagi after breakfast. Amik ESP dalam pukul 11pagi atau bila-bila terasa lapar *ESP ni jadi tercelup-celup nak minum sebab malas nak bancuh* Vit E amik selepas dinner. Cuba dikira di situ amik berapa banyak produk Shaklee.

Sepanjang setahun lebih dah mengamalkan Shaklee, memang ada banyak perubahan tapi sorry la iolls tak reti nak cerita. haha. This product bagus, jangan ragu-ragu kalau nak cuba.




Nah muka makcik yang pucat tanpa make-up yang kegembiraan sebab dapat rezeki terpijak, horeyy.



bye

Monday, September 24, 2012

Supplement Shaklee :)

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Currently listening : Wow by BTOB
Arghh really jatuh cinta dengan lagu itu! Tengok kat youtube sendiri macam mana lagu itu, hehe. Tapi ia dikhaskan kepada peminat-peminat k-pop. Rasa tak suka takyah kutuk-kutuk naik status bagai! huh! takdo-nyo den nak layan *haha ter-emo pulak!*

Yeyy esok akan berjalan-jalan sambil kursus di KL, seronoknnya tak sabau rasa nak naik tren lolx! *sabau ye syiro sok-sok naik muntah kau ulang alik naik tren* Dugaan sungguh nak tukar, InshaAllah kita settle-kan kerja-kerja yang ada ini sehingga hujung bulan 10 kehkeh.


mata besau!

Alolo kemain besau mata tau syiro! tapi masih terserlah mata letih itu.

Ehem ehem sebenarnya nak cerita sikit tapi macam segan pulak, straight to the point eh. Kalau kulit nak cantik silalah makan supplement shaklee. I dah cuba makan dalam jangka masa 40 hari, ternyata banyak perubahan terutama sekali kat muka *of coz-lah sebab muka orang nampak dulu* parut pimples semakin pudar-pudar, pimple nak naik pon segan-segan, tapi dia jadi tak segan nak naik kalau I makan budu du du. Rasa tak boleh makan budu dapat dikesan sejak 5/6 bulan lalu, arghh manalah sedapnya nasi kerabu tanpa budu, lolx *i makan budu time makan nasi kerabu je, hehe*

Kembali kepada cerita asal : Supplement yang I makan Vita C, Vita B complex dan Vita E. Yang ini dipanggil untuk set kecantikan kan kan haha, kalau tak cantik lagi lepas ni aku taktau lah nak kata apa ^^ 

Supplement yang ada sekarang dah nak habis of coz akan digunakan secara berterusan, hehe. Memanglah Shaklee ni mahal sikit, tapi kalau berbaloi-baloi apa salahnyakan bukan untuk orang lain, untuk diri kita sendiri jugak. Lepas ni I nak tambah Energizing Soy Protein ESP. Mari kita sama-sama mencantikkan kulit, hehe.

Kalau nak tahu butiran lebih lagi untuk Shaklee boleh google sebab sekarang dah ramai orang jual :)


bye
[like this yo like this] 

Sunday, June 10, 2012

Jom Berjalan

Assalamualaikum  & helo polo :)

Jom kita pergi melancong! siapa nak ikut? cepat angkat kaki, hehe. Ewah macam nak pergi melancong sangat-sangat dah nih, duit je tak berapa nak ada untuk pergi berjalan-jalan *berjalan balik kampung je yang mampu, segala makan minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya hehe* 

Bila tengok ada blogger-blogger yang jalan-jalan melancong sana sini, sedikit rasa terbakar disitu tuh! *mana mereka dapat duit banyak-banyak ek?* I ni kerja dengan gigih siang malam belum mampu nak berjalan sana sini -_-' haishhh belum rezeki lah tu *muhasabah diri sikit syiro!*

I pon kadang-kadang terbakau jugak bila tengok blogger yang pergi belajar luar segara sana, sambil belajar boleh berjalan-jalan *rasa menyesal pulak dulu tak mau belajar pandai-pandai*

Sila bertahan yer semua sebab kali ni I nak buat entry yang panjang sikit, keh keh




1. KOREA

Running Man, 1 Night 2 Days, Qualification of Man, Invisible Youth, Drama Korea dan segala bala rancangan yang ada semuanya menampilkan keindahan korea *sila setuju disitu*, tipulah kalau I tak terpengaruh dan terpanggil-panggil untuk berjalan-jalan kesana. Kalau kata berjalan sana nak jumpa sangat dengan artis-artis k-pop tu tidaklah tapi kalau dapat jumpa itu satu bonus dan yang pasti I akan melompat sampai siling! haha.

Sebenarnya I ni  suka sangat tengok building yang canggih manggih, makanya korea adalah salah satu destinasi pilihan okeh :)


Dancing Dragon Twins Towers
Kemain engkau nama dia! kalau di melayukan dia akan jadi Menara Berkembar Naga Menari! kelass gitu!! Ada naga barangkali di banggunan itu. lolx.


The Cloud Building
 Fuahaha hebat! Ada rupa WTC yang kena bom kan?



GT Tower East
 Sekali pandang nampak macam kena tiup angin
*rasanya orang yang nak buat bangunan ni mesti pening*



GT Tower East dan sebagainyalah
Kalau aku sampai sini sakit tengkuk dibuatnya asik mendongak pandang bangunan, hehe



Gyeongbokgung Palace
Bukan setakat senibina moden, senibina yang dolu-dolu lagi berseni sebenarnya. Cuba bayangkan orang dulu-dulu tak belajar tinggi-tinggi tapi mampu untuk membina istana seunik ini! *ingat senang ke nak buat bumbung terjongket-jongket gitu*


Super Junior 
Turun flight terserempak dengan mereka di Airport! giler engkau aku tak kejar mereka haha




2. JEPUN

Jepun ni kira tempat wajib nak pergi, cewahh gaya cakap macam orang kayo-kayo kan! hampeh! Nak kata pengaruh dengan cerita-cerita jepun nih tidak lah, sebab I tak tengok mana cerita jepun melainkan anime, hehe. Memang respect dengan Jepun sebab dia negara yang sangat cepat membangun, kita macam ketinggalan 5 tahun dari Jepun *orang malaysia jangan marah kat I pulak! pendapat je nih!* Walaupun negara dia dilanda gempa bumi tsunami bagai tapi dengan sekelip mata mereka dah boleh bangun semula tanpa bantuan mana-mana. 


Shibuya Hikarie
*bilalah agaknya dapat kerja dekat tempat-tempat macam nih?*



The Uniqueness Backyard
Tak tau lah nama sebenar building ni apa, google pon kuar nama tu
*agak-agak boleh tak nak buat rumah macam nih kat palong?*



Tak-dapat-dikenal-pasti-nama-bangunan
Ngeri pulak nak duduk dalam bangunan macam nih! tiba-tiba dia hidup macam transformer pastu dia berlawan pulak dengan giant, gila punya imaginasi!!



Mikimoto Building
Building macam tempat membeli belah, kalau tak salah la


Jepun ni memang canggih, bila di google banyak betul keluar building yang cantik dan unik *moh lah kita gi sana*




3 . TAIWAN

Salah satu lagi negara asia yang I berminat nak pergi *sekali lagi cita-cita macam orang kaya, selera bak maharaja* ahhh tak salah nak berangan kan? bukan kena bayau pon! kalau terlaksana, Ahlamdulillah. Taiwan-ness chaiyok! Anda tengok itu cerita Sunny Girl? Skip Beat? yeahh tahniah kepada yang menonton anda memenangi tiket percutian ke bangkok yang dibayar sendiri lolx.

Dalam drama-drama berikut, diaorang tunjuk kemain lagi cantiknya rumah-rumah dan jalan raya tempat mereka. Nampak bersih je. Malangnya I google tak jumpa! he he


Breathable Building
 Bernafas ke tidak bangunan ini? tu kan nampak macam insang ikan. lolx.



Taipei 101
Salah satu menara yang tertinggi kan? dah nampak bangunan yang lain tu kemetot-kemetot jer, hehe


Sibuk sangat bercerita kecanggihan negara orang, sebenarnya negara kita pon apa kurangnya, canggih juga. Tak caya cuba gi tengok kat Putrajaya dan KL tuh, canggih kan. Sampai sini dulu, next time I sharing lagi tempat yang I rasa nak pergi :) 

Wehooo, lusa sudah mahu terbang ke Sarawak. Apa yang best disana?

Sekian, bye

Thursday, May 17, 2012

ZA vs Mary Kay

Assalamualaikum and Helo Polo :)

Kali ni nak share sikit pasal produk-produk muka yang memang sedang diguna pakai sekarang ini. Nak kata kulit ni bersih bersinar tu tidak lah, tapi alahamdulillah semakin baik dari dulu *mungkin faktor usia kot! hek hek*

Sebenarnya agak susah jugak kita nk cari satu-satu produk yang serasi dengan kulit kita nih, lagi-lagi yang jenis sensetif, kalau salah-salah tepek mulalah ranum naiknya merah kecil-kecil itu naik!

Sebelum ni pernah la cuba beberapa produk buatan malaysia dan omputih, hasinya sekejap je lepas tu dia naik semula *serius cakap muka I memang tak serasi sangat dengan produk-produk malaysia, mungkin sebab dia tajam sangat kot dengan kulit I nih*

Untuk kulit I nih, kalau nak guna sesuatu jenis produk tu try pencuci dia dulu, kalau guna sekali gus nanti terkejut pulak kulit nih. Biasanya kulit akan tunjukan efek penggunaan barang baru dalam masa 2 minggu, seminggu pertama tu memang dia ok je, masuk minggu ke 2 kalau ada masalah itu maksudnya produk tu tak sesuailah dengan kita. Siap sedialah survey yang lain. Tapi itu semua bergantung pada kulit, lain orang lain kulitnya.


True White Cleansing Foam
Sejak gunakan produk ni, rasa macam ok je tak banyak masalah
*jimat pon yer, guna sikit je sebab banyak buih*



True White Prismizer
Yang ini pon ok, bila dah tenyeh-tenyeh kat muka rasa bersih je muka
*sebenarnya produk ZA yang jenis ini untuk memutihkan kulit, mencerahkan bintik-bintik hitam pendek kata boleh hilangkan parut jerawat lah*



Organic Aid Vitamin E
Rasanya dah lebih 4 tahun I gunakan produk ini, walaupun ramai yang kata pakai moisturizing ni takda kesan bila pakai dan bla bla bla yang kutuk apa kan, pada I ia ok je lembut je kat muka, takda lah minyak macam boleh goreng sayur. Memang produk ini kesan dia agak lembab, tapi lama-lama tenyeh hilang la parut tu. 

True White
Ini sebagai pelindung matahari, maklumlah organic aid tu takda UV tambah pula I ni dok teganu memang panas lah, berdiri kejap bawah matahari dah boleh berbelang muka!
*jatuh cinta dengan produk ni sebab dia ada macam kilat-kilat sikit, tu yang nampak muka macam glowing sikit, haha*



Masker Acai Berry
First time I try masker yang jenis tampal, biasa guna yang sapu-sapu pastu tanggalkan. Not bad jugak benda nih, lepas pakai muka rasa lembut selembut lembutnya, macam baru lepas rendam dengan downy hehe. Lepas ni boleh la beli lagi, seminggu sekali pakai apa salahnya RM5.90 untuk sekali pakai.



Mary Kay
Produk ini diperkenalkan oleh Nia bestfriend kat USJ nun disana, dia lah yang bagi sample nih. Okeh dokeh! ini yang sedang I pakai sekarang, baru 2 hari guna. Setakat 2 hari I guna takda sebarang masalah, kulit pon terasa lembut dia, minyak-minyak kurang sedikit dari biasa. Dalam masa 2 minggu I guna produk ini kalau berkesan I rasa nak beli la set yang ini *tapi ia agak mahal okeh, pikir panjang-panjang dan sehingga masak ranum yer syiro!*




Ada orang sebarang produk yang digunakan tak boleh dicampur aduk dengan produk jenis lain, macam I ni boleh campur-campur sikit misalnya scrub dan masker boleh cuba dari jenis lain hehe. Sesekali dia nak mintak perasa lain kan *pandai-pandai je ko syiro* 

Okeh sekian entry sharing kali ini. Di ingatkan lain orang lain jenis kulitnya, kalau nak tau serasi ke tidak kita cuba dulu pencuci muka dia dulu, kalau serasi baru boleh tambah yang lain-lain *nanti kalau beli banyak-banyak dan mahal lepastu tak serasi buat membazir duit je*

Bye
[selamat ber'MaryKay' syiro, ahaks]

Sunday, April 22, 2012

The Princess a.k.a Luerd Kattiya


Assalamualaikum & Helo Polo :]

Happy sunday okeh! Memang happy setiap kali kerja hari ahad, mana tidaknya bukan reti nak buat kerja sibuk dengan FB, Twitter, Blog dan sebagainya dengan perkara-perkara lagho *memang bankrup la kompeni kalau ada pekerja maleh gini* ahaks. Okeh akan berkerja dengan gigih next sunday *tiba-tiba*

Leka godam-godam pc yang super duper lombab nih *feeling nak campak laut jer pc nih, nyusahkan den yo!* tiba-tiba teringat dengan nama Anothai, dan sejurusnya teringat drama bersiri thailand tahun 2004. Sangat legend boleh teringat cerita dolu-dolu.

The Princess a.k.a Luerd Kattiya

The most unforgettable drama I've ever watch. Masuk kelas lambat ataupun ada yang I skip kelas masa kolej semata-mata nak tengok cerita nih! memang padanlah subject math cukup-cukup makan! eh tapi tapi bila I skip kelas, I jumpa semula lecture yang ajar math tu minta nak masuk kelas lain yang sama *sanggup* ini semua gara-gara Anothai -_-'


Gigih I meng'google' cerita nih


Cinta mereka yang bermula di pulau tempat hero selalu berlatih :]


Cantik dan Kacak *berdarah hidung lagiiii*
Phiyada Akkrasenee (Aom) as Princess Tippayaratdara-Kumaree
Jesadaporn Pholdee (Tik) as Anothai



Pojaan ku dolu
*kau kacak okeh*



Untuk sinopsis cerita yang lebih detail boleh baca kat [sini] *bila I baca baru teringat semula cerita dia macam mana* maklumlah tengok sekali jer cerita nih, bukan macam sekarang boleh skip-skip cerita sebab nanti ada siaran ulangan.

Sekian, entry sharing lagi yang I buat. Maklumlah sekarang ni I tak aktif sangat, hujung-hujung minggu banyak masa dihabiskan dengan makan tido makan tido *sangat sia-sia usia muda yang ada! ahaks!*


Nah tgk OST Luerd Kattiya *I tak jumpa video yang molek la, boleh la tu janji ada*




Bye
[sangat gigih meng'google' cerita ni kat youtube @ dailymotion, kalau sesapa ada jumpa link cerita ni bagi tau ek]

Wednesday, December 28, 2011

wanita


Assalamualaikum dan Hello polo ^^

Setelah sekian lama tidak merepek meraban dalam blog hari ni macam nak merepek panjang-panjang *kite tengok boleh ke tidak mengarang 380 patah perkataan macam ambil SPM dulu* haha semoga berjaya syiro! sila bertabah jari jemariku *tiba-tiba*


Aku rasa macam baru meninggalkan zaman sekolah, rupa-rupanya beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 2012 bermaksud aku dah meninggalkan sekolah selama 12 tahun. Sila bertabah lagi syiro sebab usia tahun depan sudah beranjak ke angka 3 dihadapannya *huarghh banyaknya* sangat berusia wehh T_T


Wanita dah weh aku tahun depan! bermaksud tahun depan dah boleh baca majalah wanita *hikhik* oh tidak, aku tak berapa suka baca majalah tu sebab banyak sangat iklan produk kecantikan, lagi pula dia banyak cerita hal wanita-wanita yang dah berkahwin. Belum sesuai aku nak membacanya, conform aku baca CLEO dan Cosmopolitan lagi, itu pon kalau aku rasa nak beli. Bukan apa kalau baca, eh bukan baca sangat tengok gambar lebih aku nih kalau baca sekejap dah boleh terlelap.



Ini IU singer from Korea *comel kan*


Bila dah beranjak kepada usia yang lebih dewasa ni banyak benda yang menggerunkan kepada seorang wanita terutama bila hormon dan metabolisma semakin berkurangan *feww* tipulah kalau kita tak risau kalau rambut semakin banyak berguguran, kesan-kesan penuaan semakin kelihatan, munculnya garis-garis halus kat mata dan macam-macam lagi. Macam tak boleh terima hakikat! tapi itulah hakikatnya!


Wahh, tiba-tiba keluar topik-topik yang agak berat!



Kalau nak cantik macam perempuan ini kena makan limau banyak-banyak baru mata boleh bertukar kaler biru T_T *#eh ada pula yang buat nanti* Bukan makan limau banyak-banyak, tapi makan supplement vitamin c. Percaya atau tidak, kena google infonya sendiri ek.


Aku rasa aku nak makan collagent ni lah, tapiiii mahal weh kos sebulan RM128 *fuaa kenapa kau mahal sangat!* aku ada google sikit pasal collagent ni, ramai yang komen kata sangat ok makan collagent ni, but kalau kita berhenti makan kulit kita akan kembali kepada asal. Maknanya kalau nak maintain cantik, kena lah maintain makan collagent nih *nak pitih 128 tiap-tiap bulan nak beli benda nih*

Nak belilah collagent ni, tapi tunggu gaji naik sekali ganda ek, haha berangan kau syiro ;)

Okeh, idea dah mati nak menaip apa lagi nih! *idea-idea sila mari* idea sangat zalim dengan I dia taknak mari pon, benci U. Sampai sini je lah



Sekian, bye
[layan ohmedia.fm]

Thursday, September 29, 2011

bertukar



Assalamualaikum and Hello Polo!




Comel tak kalau nak tukar gaya jadi macam ni? Aku rasa nak try la. Tapi kalau setakat nak berjalan-jalan di Terengganu ni tak payah la nak pakai lebih-lebih buat pelik orang je. hehe.



Ehemm kemarin i layan butik online, amik kau kan dah terbeli sehelai baju. Baru tadi sampai bajunya. Alhamdulillah boleh percaya juga beli online nih, kalau tidak sia-sia aku bagi duit dekat orang tu.




Inilah baju yang i beli. Cantik tak?
*tapi ini bukan gambar aku, bertuah aku nak bergambar gini, mahunya kena lempang T_T*




Ini satu lagi dress yang aku nak, comel je lebih-lebih lagi jalur-jalur kat bahagian bawah tu. Tapi macam mahal pula dress ni, dah tu labuh kemain *model ni tinggi dia sama dengan aku ditambah pula heals yang dipakai 4.5 inch. ada yang tergolek kalau aku pakai heals tinggi macam tu*




Kalau berjalan rasa nak pakai macam ni, tapi apa-kan-daya negara ku ini sangat panas. fuh fuh.




Nakkk!. Sangat comel baju ini




Nak juga
*kedai mana ada jual baju macam ni selain beli online?*




Nak




Ahh rasa nak petik je bunga dari baju nih




Walaupun feshen baju gelembung-gelembung ni macam dah lama, tapi aku tetap suka.




Yang ini lagi aku nakkkk
*tetiba keluar pula laling i kat sini* <---- oh sila jangan muntah




Selain dari baju-baju yang agak gugurl, aku juga nak cari sehelai abaya.



"Ija, saya nak beli jubah hitamlah"

"Kenapa nak pakai jubah hitam pulak? merepeklah budak nih!*



Hahh macam tu lah dia cakap, ala Ija jangan pula awak fikir yang bukan-bukan. Cantik apa jubah hitam nih.


Sekian. Bye. Selamat berhujung minggu semua.
[berusaha dengan keras hujung minggu ni mengemas bilik dan ber-bowling]