Tuesday, August 10, 2010

r a m a d h a n . d a t a n g . l a g i



Assalamualaikum



Ramadhan datang lagi. semoga ramadhan kali ini mendapat keberkatan dari illahi.




Ini adalah puasa yang ke dua aku di Terengganu. memang masa berlalu dengan cepat. harap harap puasa kali ni dapat pergi terawih banyak kali dari tahun lepas. dan harap harap juga berat badan tak turun dengan mendadak seperti tahun lepas *nak naik balik susah sangat, kalau berat nak turun, puasa seminggu pon dah boleh hilang sekilo* tragiss tahun lepas berat aku tinggal 39kg je selepas raya. tinggal tulang je! *makan hingga tiga pagi untuk bulan puasa kali ni! bak kata Najwani. dah macam ular yang kenyang bila tidur*



://jangan lupa menimbang berat badan sebelum puasa dan selepas puasa... *sekarang 47kg*

; ) selamat berpuasa semua.


Monday, August 9, 2010

j u m p a . i n i . d a l a m . p e n d r i v e



Pendrive 8G aku hampir hampir penuh. dulu mula mula beli asik fikir apa yang nak disimpan dalam ni sampai beli memori yang besar *setahun lebih guna baru tau ini gunanya* gambar takla banyak sangat, kerja kerja yang dibuat masa kat JKR dulu copy masuk dalam ni dan tak pindah pon masuk kat PC. *okeh, balik kampung copy masuk PC*


*oh rupanya ada gambar ni!*



Haruslah kesayangan ku ini
*farid pernah tegur fasal nama kat kereta ni, dia bising bising nanti senang orang nak buat jahat. sampai hari ni aku masih tak buang nama tu. harap harap sampai bila bila takda orang yang nak buat jahat*



Sempat merakam nombor meter disitu yer. huhuhu sama dengan nombor plate kereta nih.
*sambil drive nak pergi tempah baju bersama azie*



Siapakah pemilik jari berinai ini?
*sila hantarkan jawapan anda segera*



Hari ponteng kerja bersama Nia ke Sunway Lagoon
*rasa macam nak pergi sini lagi la..*



Keluar dengan adik adik dan cousin ke KLCC
*merayap punya merayap tak tau macam mana boleh sampai sini*



Lawatan bersama URBF BA2 ke Bangunan Sultan Abdul Samad



Pergi makan makan with my family di Umbai Melaka
*bayangkan naik kereta Sentra tu 6 orang ahli keluarga, sangat sempit okeh!*



Tonton wayang 3D cerita Journey To The Center of The Earth with my cousin and my brother



Zaman zaman kolej dulu
*lecture dulu selalu gelar kami ni kembar, dia kata muka kami ada iras iras. aku pon tak tau mana yang seiras tu*



Dari kolej sampai sekarang kami berkawan
*sama ke? tak kan?*



Merdeka day
*dan sehari sebelum berpuasa. masa ini adalah shoopingggg. dari Gulatis ke Jakel dan masuk Gulatis semula*


Majlis sambutan hari raya bersama PE PIPE & KWT Niaga. tempat mula mula aku bekerja.
*majlis ni kalau tak silap kat Club Golf Shah Alam. tahun ni PE buat celebrate jangan lupa ajak saya ek!*



Office USJ Taipan
*dari kolej sampai kerja pon tempat yang sama. dan kami tinggal serumah juga. hehe*



Celebrate birthday office mate merangkap jiran sebelah partition aku
*Nora sarat mengandung masa nih!*



Mereka yang buat surprise makan makan di pizza sempena birthday aku
*thanks ya... miss u all*



My PC di JKR dulu
*tu tengah buat minit mesyuarat projek LHDN Cyberjaya *



Mereka yang duduk berehat di partition aku.
*meja yang sepah sepah itu yer dan bertampal kertas warna merah*



Jamuan hari raya di URBF BA 2
*masa ni jugak birthday aku.. hehe (hari yang sama mereka belanja pizza)*



*Bai bila nak belanja mee kari?*



okeh. bye.

Sunday, August 8, 2010

f a m i l y . d a y . p p p n t



Family day PPPNT telah diadakan semalam di Taman Pertanian Sekayu. Dekat sejam jugaklah perjalanan dari KT ke sana. Sangat mencabar perjalanan dengan tahi lembu yang banyak atas jalan *takde kesedaran sivik betulah lembu nih* dengan itik melintas jalan *ko jalan jalan pas tu berhenti pas tu jalan semula, mujur belakang kete takde orang* peringatan kepada semua, melintas jalan jangan macam itik cari makan dipagi hari! *kalau nyawa ada 8 takpe nak melintas macam tu*

Sampai terus register dan dapat sebungkus hamper yang ada kordial, biskut raya *acik dapek biskut almon london eh!*, kurma, milo dan tidak ketinggalan kamera SLR, Komputer riba beserta broadband *okeh tipu yang ketiga terakhir tu!*


Acara pertama , senam robik dan poco-poco
*lama dah tak bersenam robik, penat dan peluh mencurah curah macam duduk bawah shower!*



After break1st nasi lemak ayam goreng, join acara memancing
fuhhh selamat umpan dedak ikan yang dikepal kepal, kalau cacing conform paksa orang sebelah aku pasangkan umpan!
*lama dah tak ngail ikan*



*gaya memancing ini hanya bertahan 5 minit!*



Gaya pemancing yang paling kecoh dan bising
*en is kenapa kita tak menang anugerah pemancing paling bising! tak puas hati nih!*



Gaya macam dapat ikan jerk!



Ija dan family



Tak puas hati cik kiah ni dapat ikan baung
*apa pasal ko lepaskan ikan tu? kita nak masak tumis la!*



Kenangan dengan sue
*pagi tadi hantar dia ke airport sebab kena tukar ke ICU Sarawak!*



Makan kambing after memancing
*sedapppp kambing kaprima bakar dengan sos lada hitam bersama kentang goreng. dah lapar memang sedap segalanya*



*makan makan, ija jangan kerutkan muka!*



:P


Group rumah hijau
*mereka yang duduk kat depan tu semua telah dipindahkan, semalam hari terakhir bersama kami menyumbangkan jasa bakti! cewahh*



Mereka yang bersukan mencari buah tersembunyi!
*takpelah tak juara pon! tak puas hati ada yang dengki :( *



Peserta makan durian



kami kena habiskan selonggok durian ni dalam masa 10 minit



sangat banyak aku makan durian
*durian nya tak best sangat lah, yang tak sedap aku tak makan. bolehkah cam tu masa bertanding?*



Orang yang kuat makan
*tak sia sia menjadi peserta bersama*



Group Oren



Kami juara mkan durian
*horeyyyy menang jugak*



Ada juga acara celebrate birthday untuk staff bulan 4 - 7



Buah durian yang bersepah sepah dan dah tak larat nak makan



Bila dah dikumpulkan semua staff PPPNT ni
*memang sangat ramai*



okeh
akhir kata, percutian hujung minggu yang best tak sia sia mengorbankan plan mencari baju raya


:nak caari baru raya warna purple la tahun nih!