Sunday, November 18, 2012

Please Don't VS Wedding Dress

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Kelajuan idea untuk menaip entry blog terganggu dek chat fb dengan member kolej dulu, alolo biasalah lama giler tak jumpa. Ini pon jumpa sebab FB *terima kasih FB* hehe


Okeh kite sambung kepada entry yang terniat tadi, sebenarnya rasa macam dah lama giler tak sharing cerita pasal korea, hewhew. Nak kata I ni dah kurang tengok korea tak juga, masih dengan kadar biasa. masih sempat sikit-sikit download cerita korea kat youtube pastu masuk ke iPad so, sebelum tidur atau boring dengan berita kat tv kita layan kejap korea, hehe.


Auww, dah beberapa hari ni siaran tv astro kat rumah kena potong sebab tak bayar! lolx! haha. Tapi tak kisah sangat sebab masa ni lah dapat re-run semula dvd korea, hehe. Tapi ada masanya teringat nak tengok drama bersiri baru, 1N2D, Immortal Songs, Music Bank! dan semalam ada AIM! apekah?? yang penting tadi I dah jelaskan bil Astro, so dah boleh tengok semula, hehe :)





Wedding Dress by Taeyang

Aigoo! sangat suka ini lagu, biar dah lama pon. Jalan cerita MV ni best, tak caya cuba tengok, hehe









Please Don't by K.Will


Lagu ni pon best, dah dua tiga minggu ni dok ulang-ulang lagu nih jek. sangat suka suara K.Will lagi-lagi kalau dalam Immortal Songs.





Actually jalan cerita MV ni lebih kurang, cuma ending yang berbeza. Bila tengok ending MV K.Will, mulut nih terus cakap "what? hahaha" kalau nak tahu kenapa cuba tengok sendiri hehe.


bye.
[soon I nak buat entry pemilik suara seksi, idea dah ada nih]

Monday, November 12, 2012

Lazy day

Assalamualaikum & Helo polo :)


Afternoon monday, yeah monday was lazy day.


Entah kenapa hari sangat malas nak buat sebarang kerja, nak kena keluar site pon malas. Huarghh badan ni rasa penat-penat je. Ini semua gara-gara tertidur awal semalam dan tengah-tengah malam terjaga terus taknak tidur! hampeh la!


Ada game tak mau main, ada internet pon rasa dah tak berapa teruja nak guna. Kalau boleh sekarang nih nak balik rumah guling-guling depan tv. Minggu ni banyak cuti, kerja cuti kerja cuti. Saya tidak berpeluang untuk melunaskan aktiviti sambung-menyambung cuti *haishh* tapi takpa hujung bulan kita cuti sehari dan hujung tahun kita cuti panjang :) *entah berpeluang ke tidak! kemain banyak lagi kerja yang datang hujung-hujung tahun nih* kalau tak boleh cuti kita simpan je cuti, nanti kawin boleh cuti sampai 30 hari gaji jalan haha, amacam? terbaik punya planning ^^





Kesian tengok bb nih, bila buka nak tengok gambar banyak sungguh gambar jalan, longkang, surau dan entah apa-apa lagi yang ada! huishh! kesian bb dah jadi mangsa kerja. Takda satu pon gambar muka I yang terbaru.


Lama rasanya tak amik gambar-gambar pemandangan awesome. Nampak sangat I ni dah lama tak berjalan-jalan dan berjimba *kesian* cuti 3 hari, 3 hari lah terperuk duduk dekat rumah. Duduk kat rumah pon cukup banyak benda nak kena buat, macam-macam nak kena buat! dah macam suri rumah cuma anak je yang takda! macam mana nak ada anak kalau laki pon takda! kahkah





Ini jer lah gambar terbaru yang ada dekat bb, itu pon dah sebulan yang lalu :) jadi ler dari takda langsung kan.


Apa lagi yang nak diceritakan nih ek? macam-macam ada dalam kepala nih, tapi rasa macam terlalu private je nak cerita kat orang, hehe. Takpa kite cite dalam diary jek itu lebih selamat. Yess sekarang ni diary adalah teman terbaik guwe, hew hew




bye bye honeydew
[currently listening Please don't by KWill]


Tuesday, November 6, 2012

Just say hi

Assalamualaikum & Helo Polo :)


aigoo, sejak dua menjak ni ke-busy-an melanda. Banyak benda yang perlu dibuat serentak, haish! rasa macam dah lama sangat tak blog walking, nak baca entry baru blogger yang best pon banyak yang tergendala. adeh. Kalau kat rumah tu boleh je nak surf internet, tapi kalau diwaktu-waktu puncak tu macam siput internet-nye! dah tengah malam baru laju macam jet pejuang, masakan ditengah malam mahu menggodeh internet! tidur lebih baik!



masa ni hati super gembira

okeh ini gambar dari iPad, ada banyak  gambar I yang jelita dalam tu, tapi hanya untuk tatapan saya sahaja! hahaha. 

bye, nak balik dah. esok-esok kita update lagi :)