Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Monday, February 10, 2014

k-drama lagi

Assalamualaikum & helo polo ^^


Hadoii hidung ni dah selsema pulak. Kepala pon dah berdenyut-denyut, apa ubat yang nak di telan nih? jangan suruh makan panadol yer, sebab memang tak suka panadol.


Dapat selsema  dengan sakit kepala ni mesti kes tak cukup rehat kat rumah dua hari nih. wahh gitu macam sibuk bebeno kat rumah cuti dua hari nih. Ok, cuti dua hari buat tidur ku tunggang terbalik, entah mana waktu siang mana waktu malam. Ini semua gara-gara iolls sudah kembali dengan peka menonton korea *tak boleh nak salahkan orang lain, sendiri yang cari pasal*


. . . . . . . . . . . . . . . 


Lama tak share cerita korea yang sering ditonton setiap hari, hari ni macam nak share sikit-sikit beberapa k-drama yang ditonton dekat kbs & one *fine, one free sampai 18hb ni jek, siot astro ni bagi jer terus sudah!* series yang ditonton kat tv agak lambat sedikit kalau nak dibandingkan dengan yang orang dah upload on9. Maka iolls yang tak sabar nak tengok ending cerita terus tengok on9.


Prime Minister and I
 Dah berjaya menghabiskan k-drama ini dengan menonton episod yang selebih secara on9. haha. *shantekk baju kawin yoona*



My Love From The  Star
 Cerita ni dekat on9 baru episod 15, uwarkhh lamanya nak tunggu episod yang berikutnya. Kalaulah alien cam gini emchemnye, iolls sendiri pergi beli tiket nak menetap kat planet. haha.



Rooftop Prince
 Cerita yang ini dah lama. Dari sehari ke sehari baru semalam terasa nak menonton. Serius memang banyak scene yang kelakar *tergelak sorang-sorang tengah malam-malam buta, kihkih*



Body guard raja yang super kelakar ^^
Diantara scene yang kelakar, bila raja suruh masuk kereta duduk belakang diaorang boleh masuk bonet kereta! hahaha



bye
[hingus ni asik nak meleleh keluar jer lah!]


Wednesday, December 26, 2012

datang kerja yang takda kerja, i loike

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Bila datang kerja tapi takda kerja, itu lah yang aku impikan sebulan yang lepas tapi sekarang bila dah takda kerja rasa super boring la pulak! main internet toksah cite la multi tasking kejap PC kejap iPad! haha 


sepet & bulat
Ini lah yang jadi bila takda kerja! tangkap gambar sendiri, berangan sana sini, haha *alahh korang macam tak biasa pulak* tak paham kenapa mata ni kejap sepet kejap bulat! rasa macam nak beli lens yang besar tu lah, ewahhh semenjak dua menjak ni asik nak melaram jek! kahkah!




Okeh sekarang ni ada 2 k-drama 1 movie yang sedang ditonton secara online, boleh gitu? nak download tak boleh sebab I tengok di Viki guna iPad, kalau buka Viki di PC kompem kena block! makanya tengok online jek, tu yang nak habiskan 1 episod cam lama jek sebab banyak gangguan hehe. Kalau di download tu boleh gak tengok kat rumah time sebelum tidur




Full House Take 2


Drama ni ok jugak, baru tengok sampai episod 6




Jenny Juno




Movie cerita cinta budak sekolah yang termengandung, hadoii kecik-kecik lagi dah pandai ek! baru tengok separuh jalan movie nih! sebab banyak sangat yang nak ditengok, makanya tengok separuh-separuh *budak lelaki nampak lebih comel dari yang pompuan tu*




Faith



Haruslah BF-ku dari dulu kini dan selamanya




Rasa nak buat wallpaper PC lah gambar dia nih! haha
*cukup-cukup lah gambar dia di bb & iPad tu syiro! kehkeh*




bye
[yeyyy malam ni I nak berjalan jauh]

Sunday, November 18, 2012

Please Don't VS Wedding Dress

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Kelajuan idea untuk menaip entry blog terganggu dek chat fb dengan member kolej dulu, alolo biasalah lama giler tak jumpa. Ini pon jumpa sebab FB *terima kasih FB* hehe


Okeh kite sambung kepada entry yang terniat tadi, sebenarnya rasa macam dah lama giler tak sharing cerita pasal korea, hewhew. Nak kata I ni dah kurang tengok korea tak juga, masih dengan kadar biasa. masih sempat sikit-sikit download cerita korea kat youtube pastu masuk ke iPad so, sebelum tidur atau boring dengan berita kat tv kita layan kejap korea, hehe.


Auww, dah beberapa hari ni siaran tv astro kat rumah kena potong sebab tak bayar! lolx! haha. Tapi tak kisah sangat sebab masa ni lah dapat re-run semula dvd korea, hehe. Tapi ada masanya teringat nak tengok drama bersiri baru, 1N2D, Immortal Songs, Music Bank! dan semalam ada AIM! apekah?? yang penting tadi I dah jelaskan bil Astro, so dah boleh tengok semula, hehe :)





Wedding Dress by Taeyang

Aigoo! sangat suka ini lagu, biar dah lama pon. Jalan cerita MV ni best, tak caya cuba tengok, hehe









Please Don't by K.Will


Lagu ni pon best, dah dua tiga minggu ni dok ulang-ulang lagu nih jek. sangat suka suara K.Will lagi-lagi kalau dalam Immortal Songs.





Actually jalan cerita MV ni lebih kurang, cuma ending yang berbeza. Bila tengok ending MV K.Will, mulut nih terus cakap "what? hahaha" kalau nak tahu kenapa cuba tengok sendiri hehe.


bye.
[soon I nak buat entry pemilik suara seksi, idea dah ada nih]

Wednesday, May 30, 2012

Love Rain


Assalamualaikum & helo polo :)

Love Rain setiap Isnin dan Selasa di KBS *pastinya I terpacak depan tv* mula-mula tengok cerita ini macam slow sikit, sebenarnya best okeh! sangat romantik! dan yang pasti I rasa macam nak bercinta bila tengok cerita nih! 

Tak reti I nak ceritakan cerita ni macam mana, yang pasti cerita ni best best best! Nah I bagi link korang baca sendiri cerita dia macam mana ^^

[klik sini]
[klik sini 2]
[klik sini 3]



"Seo In Ha is a romantic artist, an art student, who believes in love in three seconds. And on that day, he finally met one. This girl, appeared passing him by as In Ha counted in his heart “1…2…3…” and there love embraced him"


Jang Geun Suk as Seo In Ha (1970) and Seo Joon (2012)


Yoona as Kim Yoon Hee (1970) and Jung Ha Na (2012)
*comel sangat dia nih*



Lepas ni I pon nak cari gak lah payung kuning, he he he


Kim Si Hoo
*crush crush crush*



Ones of may favorite OST



Tersangat suka dengan lagu nih, rasa macam di era 70'an, ahakss



Kepada mereka yang minat dengan cerita korea, anda digalakkan untuk menonton cerita ni, hehe


Bye
[happy birthday Im Yoona]

Tuesday, April 17, 2012

Man From Equator


Assalamualaikum & Helo Polo :]

Bersua kembali kita dengan rancangan sharing  cerita korea, ahaks! *abaikan!* okeh sekarang I nak share sikit cerita korea yang sedang galok ditonton di tv *tv jer pon!* 

Man From Equator

Baru tayang 2 episod kat tv, sesiapa yang tertinggal sempat lagi nak follow. Setiap rabu dan khamis, jam 9.04 malam di KBS.

Walauapa yang terjadi I mesti nak follow cerita ni sampai habis, sebab jalan cerita dia macam menarik. Sebab dah lama pon tak tengok cerita yang genre dia macam ni, selalu yang ada jenis romantik komedi sekali sekala kita tengok pula cerita yang agak berat sikit :]

Halangan dari housemate untuk menonton? ahh ada aku kesah!! haha. takpa kita tengok la ulang dia hari sabtu malam *kalau tak bagi jugak! aku bakor astro tu! haha* 



Cantik okeh poster dia! aku nak belajar buat gambar gini belum jumpa guru, asik belajar dengan internet je penat lah!!


Siwan
Pelakon dan penyanyi dari kumpulan ZE:A


Lee Hyun Woo
*bila tengok cerita ni, macam kenal budak ni rupanya dia yang berlakon cerita Master of Study yang sekarang sedang diulang tayang*


Ini yang dinamakan lelaki cantik!
*bedarah hidung*


Gambar lelaki cantik diatas merupakan watak utama masa dia sekolah-sekolah lagi, nanti dah masuk alam dewasa tukar dah dengan orang lain. So nak tengok lelaki cantik tontonlah episod awal-awal yer, haha.

Kalau nak tahu dia berubah jadi siapa, korang tontonlah sendiri sebab aku pon tengah tunggu siapa jadi siapa *biarlah kuar dah gambarnya kat internet! nak tengok dalam cerita jugak baru feeling kan*

Nah tengok sikit highlight cerita nih



Okeh sekian sahaja entry sharing yang tak berapa nak share -_-'
bye

Tuesday, February 28, 2012

wild romance


Assalamualaikum & hello polo again

Semangat okeh hari ni buat 2 entry. Mentang-mentang bos takda, dok goyang kaki nonton video korea je lah! kan bagus hari-hari macam nih -_-'

Cerita 'wild romance' ni sekarang tengah tayang kat KBS391, hoyehh i dah habis tengok sampai episod 16. Lepas ni takyah pikir sangat tertinggal tengok kat tv sebab asik gi kursus je! termasuklah minggu ni i tak dapat tengok. So kemudahan yang ada untuk menontonya di youtube kita gunakan sepenuhnya. ha ha. *acik suko, siap download lagi*




Memang 'wild' cinta dalam cerita nih. Lepas satu episod, mesti nak tengok lagi.




Lee Dong Wook as a Hero

*hoho ini drama kedua dia yang aku tonton selepas My Girl*




Lee Si Young as a Heroin

*banyak juga cerita dia yang i dah tengok, last cerita Poseidon*












Diantara lagu OSt Wild Romance yang jadi faveret i <3

*miane miane sarang he so*

Monday, February 20, 2012

me too, flower

Assalamualaikum and Hello polo :)


"Me too, flower"


Hari ni I nak sharing sikit drama korea terbaru yang sedang ditonton *ini tak kira drama korea yang di tonton di TV* kira I sharing cerita yang di beli je. hehe. Sebenarnya DVD cerita ni dah lama beli, ada terperuk dekat rak tu lebih kurang 2 minggu. Hoishh, ini semua penangan cerita "can you hear my heart". Panjang okeh, kalau tak silap ada 29 episod! first time tengok cerita korea yang panjang.




Setakat ni tak habis lagi satu episode, tapi dalam masa 40 minit menonton boleh tahan lah cerita nih *ewahh! kau cerita korea semua best* Keseluruhan cerita 15 episod, nampak gaya bulan 3 nanti kena balik lagi untuk cari cerita baru. hik hik.


Masa jalan-jalan di Astaka *kira macam pusat membeli belah lah, ahakss!* ada terjumpa kedai jual DVD cerita korea. Hoish jauh beza harga yang aku beli di kampung. Biasanya cerita korea dijual berdasarkan harga CD yang ada untuk satu cerita. Kat kampung 1 CD 5 hinggit *majoriti cerita yang dibeli berharga 15-20 hinggit* Tapi kat ganu ni harga 1 CD 8 hinggit! mahal okeh!




Berbalik kepada cerita asal. Ini adalah hero cerita terbabit. Aku panggil TakGu, huhu. Sempena cerita dia sebelum ni "Bread, Love and Dreams"




Yang ini heroin, opss aku tak kenal dia. ha ha.




Sekian setakat ini, nanti I update tentang cerita-cerita yang I suka tonton kat TV pulak *haha baget ada orang berminat nak tahu*

Bye

Monday, January 16, 2012

Can you hear my heart

Assalamualaikum dan Hello Polo!


Can you hear my heart, sape dah tengok cerita nih? aku baru tengok sampai episod 12. serius memang tak menyesal aku beli cerita nih, best woo! cerita ni boleh buat aku ketawa, melalak pon yer *mujur tengok sorang-sorang dalam bilik takda orang!*




Aku tak reti nak ceritakan cerita ni macam mana, tapi korang boleh baca dekat sini <--- click kat situ.


Okeh aku takda benda nak cerita lagi, cuma tak sabar nak habiskan cerita nih. tapiii hari ni kena outstation ke Dungun 3 hari lepas tu kena ke KL pulak! adehh!.


Bye

[tak rugi kalau korang tengok cerita nih]

Wednesday, November 30, 2011

Mnet Asia Music Awards 2011


MAMA 2011
29 November 2011





Album of the year
-Super Junior, Mr. Simple


Song of the year
-2NE1, I Am The Best


Artist of the year
-SNSD


Best New Male Artist Award
-Huh Gak


Best New female Artist Award
-A Pink


Male Group Award
-Super Junior


Female Group Award
-SNSD


Male Singer Award
-Kim Hyun Joong


Best female Singer Award (solo)
-Baek Ji Young


Best Dance Performance - solo
-HyunA - Bubble Pop


Best Dance Performance - Male Group
-B2ST - Fiction


Best Dance Performance - Female Group
-Miss A - Goodbye Baby


Best Vocal Performance - Solo (Not shown during broadcast)
-IU - Good day


Best Vocal Performance - Group
-2NE1 - Lonely


Best Band Performance - (Not shown during broadcast)
-CN Blue - Intuition


Best Rap Performance
-Leessang - Turn Off The TV


Best O.S.T
-Baek Ji Young - The Woman (Ost. Secret Garden)


Best Music Video (Not shown during broadcast)
-Big Bang - Love Song


Singapore's Choice **Most Popular K-Pop Artist in Singapore**
-Super Junior


Best Artist (China)
-Jane Zhang


Hottest Asian Artist
-Koda Kumi


Best Asian Artist
-Aziatix


Best Asian Artist (solo)
-Wei Chen


Best Style in Music
-Seo In Young


Mnet Specialized Award
-YB (kpl/aia)

Tuesday, November 22, 2011

Oops Super Junior

Oops

Super Junior ft f(x)


mula-mula dengar tak suka, dah lama-lama dok ulang-ulang lagu nih je ^^

*kan dah tersuka lebih*








lagu ni time consert Super Show 4, baru je lagi beberapa hari yang lalu, masih panas okeh T_T


Shindong comellll *saranghe oppa* part paling best bila dia ckp "hyungeun bbeong ani janha"








Monday, October 17, 2011

Super Junior, SUPERMAN


Assalamualaikum and Hello Polo :)



Oh yeahh, kali ni nak sharing sikit mengenai Super Junior a.k.a SuJu *ewahh macam reporter antarabangsa pulak aku nih!*. Memandangkan aku ni salah seorang peminat Super Junior aku nak cerita sikit pasal mereka *sikit je pon* nanti nak lebih-lebih salah pulak info yang aku bagi, ada pulak yang kena baling dengan pen sebab salah bagi maklumat T_T. Alaa lagipon korang boleh google pasal Super Junior ni, banyak cerita ada dekat tenet tu kan.



A-CHa album paling latest setakat yang aku tau
Ada beberapa lagu yang baru selain lagu-lagu dari album Mr. Simple
Dalam album ni aku ulang-ulang lagu SUPERMAN
*super junior the last man standing*



Album ke 5 Super Junior Mr. Simple, aku suka lagu Walkin' dan Sunflower
*siwon the 6 pax, ahaks*



Hey, Mr. Simple



Gabungan tiga lagu faveret
*bertambah HOT bila mereka mengenakan sut merah, fuaa*




Lee Teuk, leader Super Junior

Ahhh, Mr. Dimple



Comel okeh ;)



Okeh, aku suka dress-up dia, beg dan sneakers merah
*mata ni takda warna lain yang di fokus selain dari warna merah*




Selain dari menyanyi dia juga DJ Radio Sukira *eh, DJ ke dia panggil?*



DJ bersama Eunhyuk
*senang nak cam muka Eunhyuk ni sebab dia berambut blonde, kalau dia tukar kaler sure kena belek betul-betul dulu*





Dah nama pon rancangan sendiri :)



LeeTeuk juga ada dalam reality TV lain, Hello Baby bersama-sama Sistar
*rancangan menjaga seorang baby boy, kira mereka ni jadi mak & ayah angkat la*



Reality TV terbaru We Got Married
*serius aku suka tengok episod yang ini a.k.a ada rasa agak jeles jugak, apekah?*


. . . . .


Choi Siwon

Mr. Dimple dan Mr 6 Pax, ahaks
Dia paling minat aku. Eh, aku paling minat dia *perasan, demm!*
Sekarang dia sibuk shooting Drama Poseidon, huhu cerita ni sudah ditayangkan di TV Malaysia. Jangan lupa tengok setiap Isnin dan Selasa jam 9.00pm di KBS World
*huhh, astro taknak bagi apa-apa ke aku dah tolong promote nih T_T manalah tau nak bagi pakej percutian ke Korea ke, tak mengagak yang kau mintak syiro oi!*



Preview cerita Poseidon
*serius aku akan cari DVD cerita ni nanti*


. . . . .


KyuHyun the Vocalist

*melting*




Pakai baju guni pon aku rasa sangat comel T_T


Sebelum ni KyuHyun join rancangan Immortal Song 2, rancangan ni artis-artis baru nyanyikan lagu artis-artis lama dengan cara mereka sendiri dan diundi terus oleh penonton selepas menyanyi.

Hoish rancangan ni memang aku tunggu setiap minggu. Sekarang dah habis part mereka atis-artis yang fofular. Sudah digantikan dengan artis-artis yang lain, tapi aku dah tak tengok sebab tak berapa nak kenal mereka.


lagu lama versi KyuHyun dengan gaya Michel Jackson



serius aku suka dengan vokal dia. kira vokal dia ni sedap dengan lagu-lagu ballad
*cair sekali lagi*



Lagu ni paling best, bersama kakaknya yang bermain biola


. . . . .

Sungmin

Cute cute cute
*suka buat muka muncung*



. . . . .


Shindong

Shindong dah tak chubby lagi



He remind me someone that i do adore
*hahh tak malu kau!*


. . . . .


Kim Heechul

Baju munge-munge, mana kau dapat? macam nak je



Sekarang dia dalam proses military selama 2 tahun, fuaa lama giler. Kat malaysia pon cuma PLKN itu pon 3 bulan je kot! hurmm!




Setakat ni je dulu aku cerita pasal Super Junior, yang selebihnya akan disambung akan datang ek. Semua sumber-sumber cerita ni aku amik dari http://sup3rjunior.com/. Kalau nak tahu lebih panjang lebar mengenai Super Junior boleh tengok kat situ, memang dia sentiasa update.



Okeh sekian entry yang agak panjang dan meleret-leret, bye
[layan video KyuHyun jap]


Sunday, August 7, 2011

fabulous sale


Salam Sunday and Hello Polo :)

Yeah kembali segar selepas cuti seminggu dikampung *buek tipu* takda maknanya nak segar, semakin layu adalah. Rasanya macam dah hilang terus rasa nak kerja di sini. Pindahkan aku cepat! Aku bosan dengan orang yang HIPOKRIT! Cool syiro, bulan-bulan puasa nih tak elok nak marah orang T_T *tunggu lepas puasa baru ko marah-marah!*

Kembali kepada cerita asal yang nak di beritahu, bukan main gempak lagi dengan fabulous sale, sale la sangat lagi-lagi nak masuk musim raya beraya. Pendek cerita last week aku sempat merayau shopping-ness, ambik kau lepas balik bershopping terus demam kepenatan T_T

Rembat satu beg tangan jenis ini, he he he



Oleh kerana CIK BONI aku dah tak nak berjalan lagi, aku rembat satu jam ini. Sekarang teman baru CIK DK. Walau apa pun aku akan tetap mengubati CIK BONI, sayang wooo~



Untuk Waras juga tidak ketinggalan, kasi tukar kasut baru *thank's to ayah sebab belikan tayar Michelin*. Tengah bulan nanti kita kasi hidup road tax pulak *pokai aku macam nih! baju raya tak beli lagi nih! haishh!*



Lie To Me
Cerita korea baru yang sempat dibeli. Best cerita nih, malam ni nak layan lagi he he he.




Malam ni ada majlis berbuka puasa opis di rumah pengarah, boleh tak kalau tak nak pergi sebab sekarang ni mood malas nak bergaul dengan orang sekeliling T_T


sekian entry untuk hari ini, esok-esok aku buat entry cerita selanjutnya sepanjang percutian di kampung
[sakit hati ke aku cuti lama-lama? ada aku kisah!]



Monday, July 25, 2011

korea #1


Salam Monday and Hello Polo :)


Baca entry sambil layan lagu nih baru best *hik hik hik*


Okeh, sekarang nih banyak kali ulang lagu nih, so dia akan jadi semakin banyak menjelang petang nanti

Yup aku adalah salah seorang peminat korea tapi bukan yang fanatik giler-giler sampai boleh nyanyi dan menari lepas tu masuk K-Pop Hitz Talent! Saya memenangi percutian ke Korea yang ditaja Korea Tourism Organization, okeh itu kalau kau menang masuk rancangan tu. Kalau aku yang masuk kompem pemilihan yang pertama pon ntah lepas ke tidak T_T.

Aku nak masuk taranum jer *mata berkaca-kaca sambil mendongak kelangit* cuba kau taranum sikit, nak dengar nih? Haish reti pulak aku! *tertunduk malu sebab tak pandai bertaranum*

Kenapalah agaknya sekarang ni orang sangat minat dengan korea? KBS World ditanyangkan 75 buah Negara, kau bayangkan orang spanyol atau pak arab tengok berita korea T_T, jangan kata mereka aku pon kadang-kadang tengok jugak *tak caya boleh tanya hajar, he he he tapi dalam edisi alih bahasa melayu. lol*

Aku suka korea

1. Aku suka tengok cerita korea sebab hero dia muka comel-comel belaka, kulit tulus mulus

2. Aku suka tengok cerita korea sebab jalan cerita yang tak berapa nak sarat dan berat

3. Aku suka tengok cerita korea sebab tak nampak pon tangan hero tu pegang putung rokok

4. Aku suka tengok cerita korea sebab hero dia ada 6 pax *wahhhh*

5. Aku suka tengok cerita korea sebab lagu dia

6. Aku suka lagu korea sebab dia pop

7. Aku suka lagu korea sebab ada menari-menari

8. Aku suka lagu korea sebab tak bingit

9. Aku suka artis korea sebab sepet

10. Aku suka artis korea sebab ada 6 pax *copy yang nombor 4*

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

214 . Dari dolu-dolu sebebelum k-pop ni meledak aku memang dah minat pon!

215 . Yang penting aku tak paham pon apa mereka cakap selagi tak keluar sub tittle *he he he*




Satu lagi entry merepek untuk hari ini.

Berpuasa, kononya nak bangun sahur cehh sedar dah hampir jam 6 pagi, haish sahur apa waktu macam tu. Kita puasa sahaja tanpa bangun sahur walaupon perut nih dah kriuk kriuk pagi hari. Sabar.



Gambar hari ini, sebab macam dah lama tak ambil gambar sendiri T_T



Sekian, bye
[layan YouTube tengok Shinee prektis menari]




Tuesday, June 21, 2011

Korean Drama


Assalamualaikum & hello polo ;)
oh dan salam penat juga dari aku T_T

Seyes aku giler gula-gula penat, baru sampai pagi tadi jam 4.30am dari Segamat, Johor *fuaa bus tu bawak laju!! tobat taknak naik dengan pakcik tu lagi! dari Segamat hingga Kuala Terengganu cuma 5 jam setengah jer! giler wehhh naik bus bukan naik kereta!*

Cukup cerita ngeri dengan kalajuan bus,
nak preview sikit drama korea yang baru ditonton dan bakal di tonton



"Personal Taste"


hoish baru habis menonton DVD drama korea yang ini minggu lepas. ceritanya boleh tahan juga *kalau dah hantu cerita korea, apa-apa cerita pon best T_T*



Pedih-pedih tengok gambau ini! lagi pedih bila ada part macam makan buah epal merah. terbakau! terbakau!



berdarah hidung, bernanah telinga *cet!*



*aku punya! orang tamak selalu untung*



ermm *takda idea nak cerita pasal dia*




"Secret Garden"


Secret Garden bukan Meteor Garden
DVD nih baru beli semalam, belum sempat tonton lagi baru preview sikit-sikit kat kampung. si hajarun dah pindah dan bawak balik dia nya TV besau dalam bilik, perghh nak pergi beli tv dulu baru boleh tengok cerita nih!



Macam gambar kawin Sheikh Muzaffar, siapa tiru siapa nih?



Hyun Bin
serius nampak berbeza sangat muka dia dengan drama sebelum-sebelum nih. kenapa tidak mengekalkan muka yang comel dalam cerita My Lovely Sam Soon tuh?



Ha Ji-won
*ermm tak berapa nak kenal dia nih*




Sekian, selamat menonton

[Keep Your Head Down by TVXQ]