Monday, June 24, 2013

kelabu kelabu asap

Assalamualaikum & Helo Polo ;)


Jerebu Jerebu Jerebu!

KL yang dah semakin kelabu, apa nak buat ni? dok rumah diam-diam boleh? Lemas juga duduk rumah bila semua tingkap dan pintu ditutup, bila buka tak tertahan pula bau sampah yang terbakar.

Kenapa budak-budak sekolah sahaja yang cuti di KL ni? ada yang menjawab "hanya mereka yang mempunyai paru-paru" boleh gitu.

Walaupon kami berkerja dalam office yang hampir tertutup kesemuanya, tapi dapat dirasakan kekelabuan didalam office. Kepala sudah terasa berdenyut-denyut. Kawan-kawan ada yang sudah mula pedih-pedih mata dan mengenakan mask dalam office *disitu ternyata jelas bahawa jerebu semakin teruk*

Selamatkan kami yang bekerja dibangunan tinggi ini! *tiba-tiba*



Re-post picture lama

Teguk air berliter-liter sehari
Pakai mask
Tak payah la nak sibuk main-main dan makan-makan di tempat yang terbuka


bye
[lindu dengan teganu]



Wednesday, June 12, 2013

tired

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Yuhuu... 
Lama okeh tidak meng-update perkembangan diri sendiri ini yang rasanya semakin berkembang pipi *ah pipi jek* Tak sempat la nak hapdate bagai! kat office sibuk bebeno, kat rumah pulak tak sempat. Main game pon dah banyak yang tinggal. Dah jarang-jarang bukak ipad ni bila kat rumah, bawa ke office pon bukan dapat main sangat, sibuk mengadap drawing jek.

Drawing ni pon entah bila yang boleh sattle. Lepas satu, ada satu lagi. Mampuih. Tabah, tabah. Kalau nak senang dulu kenapa sibuk minta tukar kan! Hari tu bos dah suruh belajar buat 3d. Bagus sebenarnya belajar benda baru tapi bila dah pandai buat, berganda-ganda lagi kerja yang disuruhnya, yang sedia ada pon dah cukup banyak. pheww~






Tak sempat la nak masuk kan gambar baru kat sini, maka kite letak je gambar yang di-google.
Nak berita tercepat boleh follow Instagram, kat situ update lagi cepat dari fb, haha.

bye.
Instagram : syirosyira

Tuesday, May 28, 2013

Kurung mek!

Assalamualaikum & helo polo ^^


Penat! Dah kenapa banyak sangat kerja nak kena buat? Hadoii. Satu-satu boleh? Kena siapkan juga seminggu nih, minggu depan kena buat yang satu lagi, adehh *kerja tak payah lah gigih sangat syiro!* mana lah tidak nya balik kerja terus tergolek depan tv dengan mata yang separa nak tertutup tapi ku gagah juga celik, yer lah tak elok tido lepas asar nanti kompem lajak sampai maghrib yang dah hujung-hujung, no no no.


Eh kite ni dah dok sini pon macam jarang juga dah balik kampung! Feeling kat ganu lagi ni malas balik kerap sangat! Huhu. Kite tak balik kampung, mak ayah datang menjengguk anak dara dan bujang dia kat sini, hehe *bertuah okeh*



Ambik engkau berjalan timesquare pakai baju kurung bagai. Macam mana nak naik roller coaster kat belakang tuh?

Haha

Kebetulan sebenarnya balik dari kenduri kendara kat taman melawati terus beronggeng ke situ. Takda maknanya aye ni nak berjalan tempat macam ni berbaju kurung segala! Cukup la berbaju kurung time kerja dan kenduri kendara.


Hoiii, seluar saiz 26 dah ketat! Apekah? Guane ni boh?
Okeh sambung next entry ^^

Bye.