Thursday, February 26, 2015

A few week punya cerita

 Assalamualaikum & Helo polo ;)


Baru je bersemangat nak menaip tetiba datang pulak segerombolan orang berbincang-bincang tepi cubicle I, terus join sekali perbincangan mereka *jemah sangat macam-macam isu dibincangkan*. Modalnya dak bos depan ni marah mesih fotostat depan dia kena hangkut letak tempat yang jauh, hihi terus dia kata takda mood nak bekerja, motif sangat!

Sebenarnya banyak benda nak kena buat, tapi malaslah! *ada yang kena pencen awal CikRa ni kang!*


CikRa mata tu tak-yah-nak-di-bundarkan-sangat-yer




Kali ini mood macam rajin sikit untuk memuat naik gambar yang dah berjota dalam phone.
Ada banyak perkara yang berlaku di awal tahun ni, tapi tak bayak yang diceritakan. Kali ni CikRa dengan besar hati nak bercerita serba sedikit cerita yang suam-suam kuku, hihi



4 minggu lepas
Bercuti sesaja nak merayap jauh sikit, asik-asik ke Sunway Piramid boring jugak kan. Booking bilik Gold Coast Morib okeh. Sorang-sorang tak syok wehh, kite hangkut sekali cousins bercuti sama.

Jalan-jalan cuma berpandukan GPS. Memang dia bawak kite pusing jalan jauh, tapi takpa lah janji sampi ke destinasi.



Tempat lepak yang banyak air mabuk-mabuk, lol



Cantik tak?
Lepak bawah pondok buluh, selfie sana sini sambil ditiup angin yang menderu itu memang awesome. Memang lama dah tak kena tiupan angin laut 
*okeh rindu KT*



Another view yang iloike
 Air lautnya agak jauh nun disana dan pula agak keruh
*memang takda la orang mandi manda*



My Cousins



Lompat kijang atas pasir katanye
*uits CikRa ko tau ke lompat kijang tu macam mana gayanye?*


Pasir putih tepi pantai


Ini wefie yang keberapa tak tau lah, haha



 Posing berangan di tingkap bilik air. Yeahh jacuzzi disitu harus ku berendam lama-lama
*tak lama mana pon, tak reti nak berendam lama-lama menung dalam bilik air wehh*



Motif dia buat tingkap kat bilik air ni? Supaya mudah melompat ke katil eh? haha 




3 minggu lepas
Langkawi ke kita. Sekali lagi melawat tapak disana. Meeting-ness bawah kepak helang disirami terik mentari wehh. Huaahh balik KL telan kawaii banyak-banyak.


Langit biru + air laut hijau = awesome

Kali ni datang dikala musim panas, memang cantik view-nya wehh. Kali ni datang pon sekejap jek, tapi tak padan dengan sekejap banyak jugak duit terbang melayang. Bahaya juga kalau selalu kesini.



Me and helang
Sebelum balik, sempat singgah kesini lagi untuk tengok saiz longkak kecik yang kat tengah-tengah dataran tu, dengan slumber suruh bos amik kan gambar, hihi



ERL
Masa membeli kat HIG memang tak hingat kan! padahnya bila balik sendiri naik ERL weh, naik labuh tangan kiri kanan dibuatnya.




Minggu lepas
Tu dia ada majlis tunang. But not me. Ini majlis adik.



Acara pantun-pantun
Weolls yang kat belakang ni dah gelak-gelak bila pihak perempuan sudah memulakan pantun-pantuni. Maklumler kami-kami ni takda yang berbakat sastra pantun puisi bagai, memang tak menjawab la pantun mereka, nak google masa tu pon dah tak sempat, hihi



Mak and future daughter in law 


Mama along and future mak adik


Ayah and Naufal
Aduii manjanya naufal bila jumpa atok dia. Mulut tu payah bebeno nak dengar suara.




Abang & Adik



The Kolam-ness
Selesai majlis, balik damansara bermain-main di-gigi-an kolam. Buat video slow motion pakai Iphone baru orang lepastu ketawa kuat-kuat, mamang dasar itu keluarga-cucu-cucu-tijah-dan-jeton



Sekian serba sedikit cerita dari CikRa yang merindui cerita ceritun Iolls, haha
Bye








MissUPandaBear

Tuesday, January 20, 2015

buang debu sikit-sikit

Assalamualaikum & helo polo ^^


Suam-suam kuku je sekarang ni nak menaip dalam blog. Idea lagilah tak ada untuk ditaipkan. Baca blog orang? jarang sangat. Entah mana agaknya hobi yang lama tu.

Sungguhpon kerja di awal-awal tahun ni agak berkurangan, lebih-lebih lagi banyak projek yang KIV, melanguk je datang opis. Nak layan korea pon dah berkurangan. Banyak drama yang pending, tunggu ada mood lah baru tengok semula *uwarkhh ko dah kenapa CikRa? dah kenapa malas sangat?*



qu puteh ke? haha
*jangan nak perasan!*
Tahun baru ni belum ada sesuatu yang 'awesome' berlaku. Rutin seharian berulang benda yang sama jek, adehh *vosan betul hidup ko CikRa*

Oh lupa, this CNY adik mahu bertunang. hoho. 
Setakat ni belum terdengar lagi apa-apa orang cakap pasal aku, hope korang jangan bunyi-bunyi okeh. CikRa bagi peluang pada adik-adik mengecapi kebahagian dulu. Kakaknya tunggu la dulu. Kalau ada jodohnya adalah nanti, kalau tak macam ni lah kite. Siap sedialah dari sekarang menyimpan duit untuk dimasa tua  -_-

okeh bye


Thursday, October 2, 2014

krik krik

Assalamualaikum & helo polo ^^



Dan hujan pon turun dengan lebatnya *krik krik*
Sememangnya KL sedang dilimpahi hujan yang lebat.

"Minyak naik dua posen
GST
Harga barang naik
Harga rumah naik
Rakyat semua dah terbeban
BR1M naik
Ape guna br1m tu?"

Sana sini cakap pasal tu, WA la, FB la, Twit la *feningg*

Itu semua dari mulut mereka. me? no comment. Hidup saya masih di flow nye. Belum terasa apa-apa lagi, mungkin belum ada sebarang tanggungngan. Atau saya ni yang sememangnya buat tak endah saja, okeh yang itu betul hihi.

Semua perkara yang dibuat pasti ada sebab. Contohnya saya pakai baju putih hari ini sebab nak nampak somel *erkk* contoh katanya kan. Ada kena mengena ke dengan minyak naik dua posen nih? haha. 





CikRa yang somel, kihkih
*sila jangan muntah*





Nah saya belanja lagu Catallena

bye.