Saturday, August 21, 2010

c u t i . 4 . h a r i . 5 . m a l a m



Membeli belah bersama keluarga *cam banyak je benda yang dibeli* sebenarnya aku tak plan pon nak turun KL this week, cuma plan nak balik palong cuti cuti rehat rehat dan berpuasa dengan family. Mak ngan maklang rupanya dah plan kalau aku balik dia orang nak ajak turun KL nak cari tudung *punyalah jauh nak cari tudung* layankan aje, terang terang aku nih suka berjalan jalan. sebelum ni pon memang dah plan sebelum balik palong raya aku nak singgah KL tuk cari sepasang baju raya *dinyatakan di situ ye nak sepasang je!* oleh kerana dah turun KL sekarang ni, tak jadi lah aku turun nanti *bukan pe, tak nak bayar tol yang banyak tu, baik buat isi minyak kereta. balik palong tak yah tol pon.*


Sampai je kat rumah adik dia terus ajak keluar malam jalan lajan. mula dia ingat nak belanja tengok wayang, tapi sebab maklang taknak, tak jadi le... pusing pusing dalam jusco je lah.
*kalau dah bergambar depan cermin ni tau dah kan kat mana. hehe.*



Lepak JCo sekejap
*dia buat air cappuccino aku tawar okeh!*



Adik



Jumpa kedai jual mainan kartun anime
*goku tu comelll, tapi sangat mahal tak padan dengan kecik!*



*Shopping kebenda kedai semuanya dah tutup!*



*forever 21 okeh! bagusnya kalau boleh cam gitu.*


Esoknya kita orang jalan jalan sekitar jalan TAR *tak masuk SOGO n MJ sebab dah tak larat sangat nak berjalan, rasa macam ada guli kat tumit kaki nih!*



Dalam kereta adik
*dia tukar alarm keretanya, ntah ape yang robot tu cakapkan!*



Kat kedai tudung
*harap maklum, tuan kedai memang dah cam muka kita orang. memang dulu dulu pon aku suka beli kat sini. so dapatlah murah sikit. bukan setakat kedai tudung nih, kedai keronsang tu pon kenal kan aku! serius aku memang suka beli keronsang kat situ walau pon mahal sikit yang penting tahan lama dan berkilat kilat kalau nak bandingkan yang kat kedai biasa biasa tu*



Adik adik yang sibuk mencari baju melayu untuk raya
*6 kilometer jalan belum jumpa baju yang diaorang berkenan, perghhh!!*



sangat ramai umat manusia yang bershopping. ingatkan keluar pagi tak ramai orang!



membelek belek baju
*belek je lebih, tak beli pon! huhuhu*



*suke ko dapat berjalan!*



kalau dah penat, lantaklah mana aku nak duduk.
*masa nih kalau dapat air sejuk fuhhh... puasa okeh!*



manusia manusia Kuala Lumpur. lolx!



kalau diukur, aku rasa aku jalan ader lah 300 kilometer!
*masa nih dah terasa ada guli kat tumit kaki! lolx*



OTW balik
*snap gambar KLCC yang dah lama tak pergi*



Kebaya Ungu untuk raya
*nak kena kecik kan sikit. aku yang kurus atau baju nih yang besar?. aku rembat je dah malas nak pikir pikir dan merayap merayap lagi!*



Tema raya kali ini adalah ungu ; )
*dalam almari aku cam tak pernah wujud baju warna ungu nih!*


:adik beli camera NEX3. perghhh gambar dia best laaa...
sila hadiahkan saya sebijik camera seperti itu atau NEX5 pada 10 Oktober nanti!

3 comments:

siti hajar said...

aduh!!!along layan kebaya lah raya ni hehe...aku pun nak se gak NEXs tuh

wani ezryl * said...

haa beli NEX rmai2. kite pakai sony yg buruk ni je :P

syaEYRA said...

shooping NEX5 untuk tahun ini!
wani ko nyer sony leh bertukar bila2 masa saje.. no hal! -_-"