Tuesday, March 29, 2011

small gathering C-9-8


Assalamualaikum

Agak lama juga tak ber-blogging nih, maklumlah bercuti-cuti sepanjang minggu lepas. Kuala Lumpur tempat untuk berkursus, Sri Petaling tempat menginap *lojing* dan Sunway Piramid tempat untuk bergedik-gediks.

habis kursus sempat untuk ber-gathering kecil-kecilan bersama teman-teman lama Sri Tanjung USJ. masing-masing dalam proses tumbesaran ^^ semakin meningkat usia, metabolisma semakin rendah sebab itu semakin gebu-gebuan *dulu aku terlebih exercise sebab tu kurus, sekarang dah semakin manja nak berjalan lama-lama*


tengok mereka berdua berlindung disebalik aku. he he he.


ini dia Sri Tanjung USJ, kalau sesiapa lalu highway elite memang nampak
*USJ zon bersih sebab tu aku suka tinggal kat sini dulu*


pick-up Nia dekat USJ, terus gerak ke Jalan TAR. shopping time. memang sangat heaven kalau nak bershopping tudung dekat sini, bawa rm50 pon sudah cukup untuk mendapatkan beberapa helai shawl. kalau masuk kedai Ariani, rm50 pon belum cukup untuk sehelai tudung.


bukti berada dijalan TAR
*bising geng-geng JKR sebab tak jenguk mereka, sory lah weh masa aku sangat terhad dan perlu digunakan sebaik mungkin*


geng bershopping
*kalau aku turun sana lagi, kita shopping lagi ek ^^*


penat membeli dan membelek, masa untuk mengisi perut. destinasi Food Court Maju Junction
*menu ABC Aiskrim dan set Chicken Chop. harga semua rm 10++. rasa boleh la tahan*


siap-siap makan berangkat ke Sunway Piramid, jemput dulu Nora di PJ then amik anak dia.
*sangat berbeza sebelum berkahwin dah dan bila berkahwin. masing-masing semakin besar.*


lupa ada seorang geng yang tak dapat join konon-konon nya time ni lah sangat sibuk! *rugilah ko Azie tak join sama beronggeng*


okeh, bye
[mood cuti masih menebal T_T]

2 comments:

Dim Benihana said...

Datang KL xroger...mcm ni la..

syaEYRA said...

sory la geng