Wednesday, May 25, 2011

2 hari di Wisma Darul Iman


Hello Polo geng ;)


Ewahh tiba-tiba letak gambar muka sendiri budget lawo kan! ha ha ha memang pon *adehh kena baling selipar* akceli dah lama tak buat gambar-gambar potret muka sendiri dengan sebegini rupa *kau ingat kau tu model ke siap nak buat portfolio muka sebegini! eh sukahatilah!*

Berbalik kepada cerita yang sebenarnya yang nak dipostkan hari ini, jeng jeng seperti yang selalu aku check-in kat foursquare Wisma Darul Iman so inilah tempat kerja aku. ho ho ho kerja dibawah satu bumbung dengan MB yang jarang-jarang sekali terserempak dalam lif. lolx!



Hajar dan Maziah sedang berposing-posing ditangga Wisma Darul Iman yang telah lama di idamkan untuk bergambar *ha ha ha, seronok juga lepak sini sebab orang-orang SUK eksyen taknak lepak sini so takda orang lain selain kami yang berjoget-joget gembira disini*



Gaya mencangkung yang jarang dibuat orang lain
*dah la mencangkung gembira pulak!*



Hajar mengabadikan kenangan di Wisma Darul Iman buat terakhir kali
*cik kiah ni dapat tukar JKR Mid Valley. oits siapa nak bayar sewa rumah mahal-mahal ni nanti? adehh!*



Aktiviti hari ini pula ada sesi bergambar bagi setiap seksyen
*bergambar di kaki tangga pulak. he he he*



Bila ada aktiviti baru dia orang nak buka air pancut nih
*meriahkan? korang ada?*



Group Seksyen Khas
*tema harus merah kuning. glup*



Orang degil, so blazer nya nak warna kelabu gelap taknak sama dengan orang lain. hik hik hik.



Siapa yang busuk dalam lif nih?



Adoii bengkak bawah mata! rasa nak buat plastik surgery! cet!


Sekian entry hari ini, bye
[We R Who We R]

Monday, May 23, 2011

jalan


"Puas"

Masih belum mencapai kepuasan hidup yang sebenar. Cita-cita dan kehendak hati sangat tinggi memang susah mahu dipuaskan.

Hati mahu ini setiap hari
Hati mahu buat ini sehari-hari
Hati mahu belajar ini
Aku mahu ini
Cuma ini

Apakan daya saat minda semakin tajam dengan ilmu, terasa semakin banyak ilmu yang perlu ditimba, semakin kencang otak kiri bekerja


"tersentuh bagai dejavu, beribu batu lebar sayapku"


Demm! bila semuanya berhenti dengan serta merta. Ilmu yang tajam semakin menumpul, ilmu yang ingin ditimba semakin jauh bila otak kiri semakin membeku


Jauh pergi menurut arah mata angin timur
2 kaki semakin berat melangkah
Bahu 15" menggalas tanggungjawab
Masih cuba bertahan
Moga tidak hanya separuh jalan

Friday, May 20, 2011

pencurik


Salam dan Helo semua


Adakah anda sihat? aku sekarang sihat aje walaupon dalam keadaan kerja yang sibuk mibuk. hey sekarang aku berada di Sri Petaling, tadi ada meeting di Putrajaya, so ambil kesempatan bila dah sampai sini. Lepak-lepak guling-guling dengan budak kecik baby Naufal ;) *semakin comelness budak nih, geram rasa nak bawak balik je nanti*


Seperti biasa anak yang baik seperti aku ni, mesti inform kat mak nak datang sini dan usha-usha supaya dia boleh lepak sini sama *he he he, sebab rasa macam nak suh belikan baju. wahh muslihat yang penuh makna*


Apakan daya mak dan ayah tak dapat nak datang sini, sebab menjaga atok perempuan aku di kampung yang sedang gering. Semoga atok cepat sihat.


Huhh itu dia piramid makanan. Macam mana dengan jadual pemakanan korang? Aku nya jadual pemakanan memang macam hampeh makan suka-suka hati dan suka-suka hati bila nak makan. Menurut gambar piramid nih, gambar yang atas sekali tu lah yang paling banyak diambil. Lagi-lagi aku ni belum rehat-rehat lagi di rumah asik outstation memang menu makanan mereka menurut gambar yang paling atas *bila outstation di tempat tepian pantai, memang sea food menjadi hidangan utama. perghh belengkar-lengkar udang dalam pinggan hidang*




Nah ini bege Quaterponder Mc D *tiba-tiba!* eksyen sebenarnya aku nak bagi tau, dalam masa sebulan nih, banyak kali aku makan Mc D *giler ar, sepatutnya sebulan sekali je* tak cukup bege tambah ais krim dapat pulak cawan coke. dah ada 3 biji cawan tu dalam keto den tu hah.


Untuk pemakluman semua, kita tidak digalakan untuk makan makanan seperti ini secara kerap, bahaya boleh membuatkan kolestrol terlebih dalam badan, nanti macam-macam penyakit yang datang pada kita. oleh itu ingatlah pesanan ambe ini *cewahh cakap pandai, buatnya dok!*






Bukan sahaja makan makanan segera menyebabkan perlbagai penyakit, tetapi juga mendorong kepada perubahan saiz baju kita *apakah maknyanya?* Jangan jadi macam aku bila menyarung baju kebanyakkan bajunya semakin mengecil a.k.a aku semakin mengembang. serius peranjakan saiz baju/seluar agak merunsingkan minda *jadi tak selesa bila macam ketat je baju nih. uwaa kena soping baju baru ke?*


Untuk pemakluman seterusnya sebelum aku berangkat ke KL ini, aku diberikan satu berita tergempar oleh Hajar. perghh memang hangin satu badan dibuatnya, mana tidaknya baju dijemuran telah di curi orang! *den tidak sidai baju merato-rato yo, den sidai balkoni belang rumah jo* baju baru den kono songlap, memang #$@%^ pencuri nih! yang buat aku lagi hangin ialah baju kurung yang dihadiahkan oleh member opis JKR *sabo syiro!* Aku baru nak buat koleksi baju warna pink, habis 2 helai t-shirt pink aku ESPRIT plak tuhh! memang buncit ar perut ko pencurik!


Rezeki memakai baju itu hanya sampai di Kota Bharu sahaja. semoga bertemu kembali baju-baju kesayanganku. takziah juga buat Hajar kerana baju sutera beliau juga turut serta di curi *semoga kita tabah hajar*

Sekian entry yang dibawakan dari Sri Petaling Kuala Lumpur, bye
[layan capciken.net]

Wednesday, May 18, 2011

sepanjang dua minggu


Salam and Hello Polo ;)

heyy, aku kembali bersua dan kembali menatap muka blogger ini. dengan secara tiba-tiba aku jadi orang yang paling sibuk di opis ni, kira tak masuk kerja berminggu dah la tu, buat Apartment Permint Harmoni sebagai tempat transit hanya beberapa jam sahaja *giler ar, tak pernah ku duga kerja ku merayap sana sini selama sebulan*



Sebelum dikerjakan kerja yang bertubi-tubi, lepak Old Town dengan hati girang



Karnival 1 ICU JPM di Merang Suria Resort, Setiu
*masuk acara mummy dressing, mujur tak jadi mummy kalau tak habis muka nanti di conteng-conteng dengan lipstik*



Mummy yang dah siap di dress-kan
*dressing kena ada tema, kumpulan aku main tibai je tak sempat nak pikir tema apa. kasi bungkus saja. bila dah siap, tema pocong rupanya. ha ha ha.*



Nama pun Karnival 1 ICU, inilah group aku, tak kenal sesiapa pon tapi bila dah main game semua dah macam kenal lama



Tarik tali
*fuahaha nampak kegagahan group PPN Negeri lawan HQ. haruslah PPN Negeri menang kan*



Habis karvinal transit rumah sehari then terus gerak ke INTIM Kemaman
*kami berbengkel sambil berhibur. ewahh sila perhatikan ini adalah tempat karaoke, serius dah macam nak artis buat persembahan di dewan teater*



Sangat kusyuk semasa berbengkel
*ha ha ha, padahal melayan buku muka ^^, group kami macam tak dihiraukan sangat, katanya kami ni dah terrer. glup!*



Santai tepi pantai selepas penat bersukan
*bersama geng-geng*



Habis bengkel, seperti biasa transit rumah sehari then terus ke Tok Bali, Bachok Kelantan
*pergi atas urusan kerja pulak, hua hua aku semakin gigih kini*



View di Resort tersebut
*walaupon pantainya boleh mandi manda, tidaknya aku nak menjejakkan kaki ke air itu, kulit ini semakin menggelap sebab asik berada di tepian pantai sahaja semanjang minggu. lolx*



Tunggu siapa tu daro?



Oleh kerana bos-bos terpaksa balik awal, aku la jadi penggantinya wakil dari ICU
*1st time nak berucap depan orang nih, hentam sajalah labuu*



Aktiviti semalam, ada rewang di rumah Pengarah kami sempena majlis apa ntah. Terlibat pulak dengan aktiviti masak memasak walaupun aku ini jarang nak memasak
*lepas satu, satu kerja dapur kena buat. ingatkan dah siap comey-comey tak nak buat kerja lagi, adoii kena goreng keropok pulak*



Selepas tazkirah dan solat isya, poya-poya bergambar didapur sambil menggoreng ikan



Ahli-ahli dapur yang gigih menyediakan makanan
*gediks kau syiro!*



Dah siap masak, kita makann
*makanan yang ditambah sama banyak dengan makanan yang diambil pada mula-mula. yang ini gambar semasa menikmati dua potong kek ^^*



sekian, sebab malas nak taip-taip lagi. bye
[kena pergi meeting di Putrajaya pulak esok]

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu


Assalamualaikum Hello

Selamat Hari Ibu untuk Mak ;)


Memang anak mak lah, sebijik tiru muka mak. Orang kata kalau muka anak perempuan ikut muka mak, nanti panas. apa yang panas? aku ngan mak aku ngam je, mintaklah nak baju berapa harga pon dapat je, he he he.


Selamat hari ibu juga untuk ipar i ini, apa macam bila dah jadi ibu sebulan lebih ni? selamat tak tidur malam yer.


Kepada semua ibu-ibu Selamat Hari Ibu. jadilah ibu yang terbaik untuk anak-anak, kalau rasa nak jadi ibu yang jahat baik kau jangan jadi ibu mahupon ibu tiri T_T' lolx!

bye

Tuesday, May 3, 2011

balik kampung


Assalamualaikum dan Hello Polo ^^

haishh badan hari ini sangat sakit-sakit penat drive semalam tak hilang lagi, mata ni pon ngantok-ngantok je rasa nak balik rumah guling-guling depan tv. beberapa hari berada kat kampung memang sangat bahagio lah, makan tido, jalan-jalan dan duduk ngadap budak kecik dah tak herankan tv bila ada budak kecik kat rumah tu. he he he.


Budak kecik Naufal sedang landing di katil barunya sebelum rambut dia di cukur
*budak kecik dah jadi budak botak. hik hik hik*



Me, Maklang & Mak
*dah macam penyanyi nasyid, aku leader nye*



Ayah menunjukkan bakat menggunting rambut cucu kesayangan dia ^^



Ayah naufal yang dah loyer dukung lama-lama. ha ha ha.



Ewahh i pon nak try juga
*Naufal dapat banyak duit, mama long nak cikit ek T_T*



Sorry yer Naufal, mama long tengok je tak berani nak dukung lagi T_T



Mak yang sangat suka kacau naufal nak tidur. lolx.
*sangat ketara perbezaan warna kulit!*



Majlis Cukur Jambul Naufal & Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang pertama
*semoga berbahagia selamanya ^^*



Atok dan Cucu
*mak cakap dia lebih sayangkan cucu dari anak dia! ciss kecik ati!*



After majlis di Kuala Pilah, masing-masing berpakat untuk merayap-rayap ke Seremban. kebetulan aku memang dah lama tak jejalan di seremban, dolu inilah tompek den menuntut ilmu.
*mama long yang sangat gemar bergaya cekak pinggang, itu jo yang den tau!*



Sape nampak kecederaan waras itu? sila perhatikan betul-betul



Solopeh bojalan-jalan dokek Jusco Soromban 2, adik yang bongsu ni mengajak pulak ke Terminal One nak soping. serius dah bertahun-tahun aku tak masuk tempat nih. tak banyak yang berubah, kedai-kedai masih sama. rasa macam aku masih berada dizaman awal 2000 an lagi. he he he.



Ini gambar tidak ada kena mengena dengan gambar percutian minggu lepas. cuma baru je dicopy dari kamera adik minggu lepas. kejadian gambar pada pertengahan bulan lepas.
*sangat suka dengan pose aku masa nih termasuklah awan yang awesome*


Sekian, lain kali kite sambung lagi ek
bye