Sunday, October 2, 2011

bowling KWDI


Salam Sunday semua :)


Dua hari lepas duduk rumah sorang-sorang, guling kiri guling kanan, kedapur kebilik dan tak tau nak buat apa, naik berkilat lantai rumah. Tengok tv, cakap dengan tv, ketawa pon dengan tv. Baring beralaskan toto sampai tv tengok kite balik haha.


Main bowling setahun sekali, sampai lupa jalan nak pergi pusat sukan. Dulu main bola 9/10 kenapa sekarang main yang 11 ewahh, nasib tak terkehel jari jemari yang kecil ini T_T.




Ini dia pusat bowling TER *Terengganu Equestrian Resort*
Ok lah tempat ni dia dah upgrade dari yang sebelum ni yang memang sangat hampeh! Kalau dolu-dolu pergi pusat bowling yang lane-nya ada 20++, agak terperanjat bila sampai terengganu pusat bowling disini sangat comel, cuma ada 12 lane je. Bertapa berebutnya orang yang datang nak main bowling T_T




Waktu training, biasa dibuat waktu bekerja. Bukan apa, nanti kalau sampai petang-petang hari sure berebut dengan orang lain *hehe alasan malas nak kerja sebenarnya!*




Pergerakan yang sangat pantas sehingga tidak jelas didalam gambar. lolx.
*gaya kau mengalahkan pro syiro oi*




yeyy high score!!
*bila masa la pulak dia orang tangkap gambar ni, mujur posing baik punya. hikhik*



Dihari perlawanan
*sokmo baju warna merah. dah banyak helai baju yang diberi warna merah, pakainya sekali. sapa suruh baju saiz yang gedobos besor nye!*




Menunggu masa untuk bermain, sempat lagi posing bagai




Hoishh, turn semakin hampir, semakin berdebar-debar. Tekanan bila orang sebelah belum apa-apa dah strike banyak kali. adehh!!




Tuh dia, sekali baling ada lagi pin yang tertinggal degil taknak jatuh sekali




Fokus! dua ketul je lagi pin yang ada




Hoyehh, bola berada ditengah-tengah




Keputusan perlawanan bowling antara kelab wisma darul iman, keputusan kami cam lagi hampeh dari training. haha. next time cuba lagi :) Aku rasa bila time game semuanya menghadapi tekanan yang terlebih, maklumlah mereka-mereka ni semua dah dikira pemain peringkat negeri *amik kau pemain yang tak berapa nak amatur macam kami ni nak lawan pemain pro, memanglah kalah*


Sekian buliten sukan dari meja syiro, bye.
[mengomeh lagi den balik nanti]



1 comment:

YOUsoF said...

Serono jugak main bendealah ni. Tapi seingat aku, baru 2, 3 kali je main. Tu pun semua duduk di tempat corot.. hehe


LAgi best bola pernah terjatuh ke belakang. MAlU! Tak perlu kata apa².. ;D



Nama pun pertandingan, lain kali boleh cuba dengan lebih gigih ok!