Wednesday, December 28, 2011

wanita


Assalamualaikum dan Hello polo ^^

Setelah sekian lama tidak merepek meraban dalam blog hari ni macam nak merepek panjang-panjang *kite tengok boleh ke tidak mengarang 380 patah perkataan macam ambil SPM dulu* haha semoga berjaya syiro! sila bertabah jari jemariku *tiba-tiba*


Aku rasa macam baru meninggalkan zaman sekolah, rupa-rupanya beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 2012 bermaksud aku dah meninggalkan sekolah selama 12 tahun. Sila bertabah lagi syiro sebab usia tahun depan sudah beranjak ke angka 3 dihadapannya *huarghh banyaknya* sangat berusia wehh T_T


Wanita dah weh aku tahun depan! bermaksud tahun depan dah boleh baca majalah wanita *hikhik* oh tidak, aku tak berapa suka baca majalah tu sebab banyak sangat iklan produk kecantikan, lagi pula dia banyak cerita hal wanita-wanita yang dah berkahwin. Belum sesuai aku nak membacanya, conform aku baca CLEO dan Cosmopolitan lagi, itu pon kalau aku rasa nak beli. Bukan apa kalau baca, eh bukan baca sangat tengok gambar lebih aku nih kalau baca sekejap dah boleh terlelap.



Ini IU singer from Korea *comel kan*


Bila dah beranjak kepada usia yang lebih dewasa ni banyak benda yang menggerunkan kepada seorang wanita terutama bila hormon dan metabolisma semakin berkurangan *feww* tipulah kalau kita tak risau kalau rambut semakin banyak berguguran, kesan-kesan penuaan semakin kelihatan, munculnya garis-garis halus kat mata dan macam-macam lagi. Macam tak boleh terima hakikat! tapi itulah hakikatnya!


Wahh, tiba-tiba keluar topik-topik yang agak berat!



Kalau nak cantik macam perempuan ini kena makan limau banyak-banyak baru mata boleh bertukar kaler biru T_T *#eh ada pula yang buat nanti* Bukan makan limau banyak-banyak, tapi makan supplement vitamin c. Percaya atau tidak, kena google infonya sendiri ek.


Aku rasa aku nak makan collagent ni lah, tapiiii mahal weh kos sebulan RM128 *fuaa kenapa kau mahal sangat!* aku ada google sikit pasal collagent ni, ramai yang komen kata sangat ok makan collagent ni, but kalau kita berhenti makan kulit kita akan kembali kepada asal. Maknanya kalau nak maintain cantik, kena lah maintain makan collagent nih *nak pitih 128 tiap-tiap bulan nak beli benda nih*

Nak belilah collagent ni, tapi tunggu gaji naik sekali ganda ek, haha berangan kau syiro ;)

Okeh, idea dah mati nak menaip apa lagi nih! *idea-idea sila mari* idea sangat zalim dengan I dia taknak mari pon, benci U. Sampai sini je lah



Sekian, bye
[layan ohmedia.fm]

1 comment:

wani ezryl * said...

kalau kolagen mahal, pakai cara yg murah dan mudah i.e. senaman berterusan dgn mkn byk buah2 & sayur2. xsecepat kolagen but prolly kesan dia berpanjangann :)