Thursday, January 12, 2012

cerita awal tahun

Assalamualaikum dan Helo polo :)


Kita sambung lagi sorotan gambar-gambar yang sempat diambil masa awal-awal tahun ini *ewahh, macam ramai yang berminat nak tengok gambar guwe!*


Bila digodek-godek hp baru I perasan bahawa untuk tahun ini belum mengambil sambar sendiri lagi. Nak ambil gambar sendiri mestilah ada mood dulu *cehh!* sekarang macam takde mood sangat nak snap gambar, maklum ler pakai hp je kot! mana lah nak berkualiti sangat gambarnya! berkuali adalah! lolx!


Kuali pon kuali lah, janji ada gambar jugak kan. Nah ada dijemput untuk menontonnya, dipersilakan




PakNgah sedang kusyuk mengorek isi durian yang maabeless T_T



Kegigihan PakUsu mengupas durian
*ini baru sikit, tak nampak dibucu rumah tu ada selonggokan durian yang menanti ketibaan kami untuk merangkulnya*




Dua orang sepupu sedang menikmati kelazatan durian

*ekceli masa ni kami semua dapat berkumpul sebab pemergian atok perempuan, semoga atok tenang disana, aminn*



Ayah kupas durian, abang menunggu tepi untuk menyambarnya

*lapar masing-masing balik dari pengkebumian arwah atok, kami santap durian je petang tu sementara menunggu makanan siap untuk kenduri*



Beberapa hari selepas itu *ewahh* aku dan beberapa orang MakCik melawat serakik *kebun buah-buah* untuk mengutip durian lagi




Yang ini kebun bapak aku! Super banyak buah durian

*rugi wehh tak balik kampung time-time ni untuk makan durian dengan puas dan buas, nak buat macam mana anak dara dia sorang ni jauh diperantauan. sadiss! kalau dekat tiap-tiap minggu aku berulang balik kampung*




Laluan masuk yang berimba

*scary jugak nak kutip durian nih, mana tidaknya masa leka pusing-pusing cari buah durian boleh jugak angin tiup kencang-kencang kan, buatnya durian jatuh atas kepala memang nahas lah*




Penat-penat kutip durian, balik rumah atok terus menuju ke sungai. Perghh ada orang letak apa ntah kat air sungai tu yang buat ikan dan udang timbul-timbul kelemasan. Syok woo tangkap udang besau-besau, lagi syok sebab udang tu dok tepi gigi air jek. Aku sorang je dapat beberapa ekor. *masa ni MakNgah dan MakLong ketawa sakan sebab MakNgah jatuh terduduk sebab nak tangkap udang. Sory MakNgah masuk jugak gambar ni kat blog. hikhik*





Dah nampak udang belingkau dekat tepi dah tak herankan kaki memijak tanah lembek! *kalau tak pijak, tak dapat lah udang!*





Ini hasil penagkapan udang tersebut

*ada lagi udang ni yang tak masuk gambar*




Tamat cerita udang, masuk pulak beberapa gambar makanan yang dimakan

*sugar free katanya, tapi manis gak aku makan*




Spagetti Meetball Bologenes

*oh, ini gambar hujung tahun lepas*




Lasagne Beef

*sedap, tapi sikit tak cukup aku makan, perghh*




Ais krim goreng

*first time aku makan ais krim goreng. Boleh tahan sedap. Serius aku memang tak cukup makan seketul jek. Fuaa kenapa aku kuat makan sekarang nih!*




Ini Limau, kalau tak kenal tak tau lah!

*dah masuk musim raya cina ni memang banyak lah orang bagi limau nih*





Okeh, setakat ini dulu gambar yang ada. Next time I masukkan gambar terbaru I ditahun 2012 ek *ni yang rasa nak gi sesi fotografi ala-ala cover magazine nih. Ada sesiap yang nak taja I? haha berangan!*



Sekian, bye

[nak usha lah sesapa yang boleh buat fotografi nih]



No comments: