Wednesday, August 29, 2012

open office :)

Assalamualaikum & Helo polo :)


me & jehan

Gambar warm-up untuk entry akan datang

See ya

Monday, August 27, 2012

hair


Assalamualaikum and Helo polo :)

Selamat hari raya semua ^^. Mood raya masih menebal walaupun hari ini sudah 9 syawal *hoish I baru balik KT semalam, so minggu ini kita beraya* beraya sangat la kite ni kan!

Sebenarnya hari ni menjejakan kaki ke opis dengan pakaian tidak formal langsung, maklumlah pagi-pagi sudah berlatih kawad untuk sambut merdeka nanti! lolx! kali terakhir berkawad time sekolah. Opis ni selalu buat last minute, berlatih kawad pon 3-4 hari je, huhh memang berterabur la nanti.

Ok done cerita kawad, itu nanti kita update lain. Kali ni nak update pasal rambut je, hehe *entry raya pon lain kali sebab gambar raya takda! lolx!*

Pernah tengok perempuan tanpa rambut? huh tiba-tiba pula tanya pasal perempuan tanpa rambut apa kaitan pulak! memang takda kaitan pon saja nak panjang-panjangkan entry -_-'

Sila bertahan sebab entry ini menampilkan model yang gojes-gojes *tak nak kalah weh*





Dolu-dolu masa I free hair sikit lebih kurang rambut panjang berjela macam nih. Bila rambut panjang dan tebal maka kosnya pon agak tebal.




Kerimasan dan selalu sakit kepala kerana rambut yang berat so kita potong pendek. Nah tuan kedai sure akan tanya tiga empat kali betul ke tidak nak potong rambut pendek. Serius aku nekad je. Bila dah pendek terasa ringan nya, mula-mula memang rasa tak biasa dan tak boleh tidur malam mengenangkan rambut dah pendek! Ahhh redha je :)




Memang nekad hanya mahu berambut pendek sepanjang tahun so, setiap 2-3 bulan akan ke saloon untuk di trim. Biasa gunting rambut dulu kat USJ, bila dah pindah jauh kita trim rambut kat segamat, sekali cina tu trim betul-betul! amik kau dari rambut 'jelita' ke rambut 'rihanna'




Dari rambut 'rihanna' kita biar dia memanjang dengan dengan jayanya. Masa ni dah start bertudung jadinya kita biar saja, dah tak payah nak trim-trim dan buat treatment selalu. Bila kita bertudung rambut akan jadi lagi sihat dari free hair. Yer lah rambut tu dah tak kena matahari dan habuk *serius* dalam proses rambut ini memanjang payah nak jumpa rambut yang terbelah dihujung, ok je tengok cuma dari lurus dia jadi bengkok sikit sebab selalu kena ikat :)




Ehem ehem caya tak kalau cakap rambut I dah bertukar jadi macam ni? hehe. Super comel rambut dia nih! sangat cemburu I tengok rasa nak rentap-rentap jek! haha. Gara-gara terpengaruh sekali lagi dengan cerita korea I pergi saloon potong pendek dan buat digital perm *masa tengah buat tu dah macam alien je, berwayar-wayar atas kepala nih* sanggup I membuang duit untuk puaskan hati, lolx!



bye :)

Wednesday, August 15, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum & helo polo




Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maafkan semua salah dan silap :)

Tuesday, August 14, 2012

i got money in my hands

Assalamualaikum & Helo polo :)



"If I was your boyfriend, I never let your go
I got money in my hands that I'd really to blow
Swag swag swag on you"


Wahh gitu. Dari pagi sampai kepetang dengar lagu JB. yang i dengar cuma "I got money in my hand, just swap swap swap" haha. Tak sabar dah nak ber-shopping walaupun I tidak meng-swap mana-mana kad kredit *of coz orang kayo mano porlukan kredit, haha* bongkak engkau syiro! relek la jangan kecik hati masing-masing, den cakap yo buek nyo tidak, haha.


Hari ni kojo den meng-edit gambar untuk buat carta 5s. Tak sudah-sudah 5s nih, setiap kali nak diaudit baru masing-masing terkial-kial nak buat. Ermm paham dah 5s kat opis ni atas nama dan diberi persijilan je, yang diamal itu tidak, suam-suam kuku je memasing. 



self portrait

Lama rasanya tak mengambil gambar untuk di-edit. Rasa untuk bersesi fotografi ala-ala retis pon semakin pudar-pudar kelam-kelam kelabu-kelabu, haish. Susah nak cari orang yang ada minat sama dengan kita nih.


"sumgyeo do twinkle eojjeona? nune hwahk ttwi janha
beire ssayeo isseodo naneun twinkle tiga na"



bye

Monday, August 13, 2012

iftar 2012

Assalamualaikum & helo polo :)


Ngidam ngidam mengalahkan orang mengandung yang mengidam. Hoishh, susah mahu sempurnakan mengidam nak makan kat hotel! mujur ada kawan-kawan yang sudi untuk turut serta perleseran mengidam makan dekat hotel *apekah?*

"jom kita makan dekat hotel... masa ni lah nak makan kat hotel murah-murah... hari biasa takda dah..."

Nah amik kau macam orang panas diberi kipas mahupun makan ketupan bersama rendang dengan sempurna, hehe. Usha-usha kita try makan dekat Ri-Yaz. Siapa tak kenal dengan Ri-Yaz yang super terkenal dengan harga yang mahal *ahh setahun sekali je apa ada kisah* kerana kehendak tekak ku turutkan segala ahakss!


My new name
Rasa betul dah booking dengan nama syahira. shakira jugak dia tulis, takpa lah sesekali feeling macam retis apa salahnya -_-'

  
Ri-Yaz dari depan
Oleh kerana kami sampai awal sikit, so sempatlah kita posing-posing kejap sampil menikmati angin petang :)


ehem ehem
 View sini memang cantik, kat belakang tu adalah beberapa biji kapal yang parking


on my plate
Pinggan yang pertama, berjenis-jenis lauk yang ada. Paling suka lauk ikan masak sambal, sedap dap dap


Desert
 Pinggan ke dua. Oh serius I memang pencinta desert lebih-lebih lagi kepada kek yang super comel dan cantik molek.


Interior
Masa nih orang dah ramai balik, I pon dah last minit baru teringat nak amik gambar bagaikan! Tolonglah syiro dah terlambat!! Maklumlah masa kat sini cuma ingat nak makan je dah tak berapa ingat nak amik gambar segala.



To my friend, thanks sudi keluar bersama untuk berjimba makan-makan ditempat sebegini :)



Bye
[kita jangan jadi macam desert yang hanya cantik rupa tapi tak sedap]

Sunday, August 12, 2012

abang ke adik?

Assalamualaikum & Helo polo :)

Birthday Shout Out To My Twins Brother

Abang & Adik

gambar rompak mereka punya fb, ahaks!

Yeyy mereka sudah 28 tahun, of coz kakaknya ini lebih muda, ahaks! *ini perasan punya statement* tahu sudah saya mempunyai sepasang adik kembar makanya saya berpotensi untuk memiliki anak kembar sendiri, kahkah, ini memang tak boleh blah punya ayat :)

Yang mana abang dan yang mana adik? cer teka. Kiri adik dan kanan abang. Abang sudah kahwin, yang adik belom tunggu kakak katanya, haha bagus-bagus.

bye

Wednesday, August 8, 2012

a little bit story

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


Kembali kita bersua setelah sekian berdiam dan memendam perasaan. Ahaks!! Bulan puasa ni tak banyak aktiviti dibuat melainkan kerja di opis dan keluar site. Agak penat juga keluar masuk opis nih, bila dah keluar malas dah nak buat kerja-kerja di opis, rasa nak baring-baring sambil menikmati kedinginan penghawa dingin, lolx!

Awal-awal puasa hari tu diserang sakit-sakit badan dan datang pula demam yang collapse habis tambah pula batuk yang sehingga menyakitkan buah pinggang, huh. Baru beberapa hari ni batuk dan suara husky tidak kedengaran, yeah semakin sihat seperti biasa. Sebenarnya demam berbalik-balik tu rindu nak balik kampung kalau balik hari tu sure sihat. Tapi sebab badan ni malas nak renyah naik bas atau drive, kita bertahan saja dirumah.

. . . . . . . .


Hari ni dah masuk 19 ramadhan, maknanya masih berbaki 10 hari nak sambut lebaran. Baju raya, kasut raya, duit raya, handbag raya dan segalanya yang berkaitan dengan raya masih belum ada!! macam mana nih baju raya masih duduk dijalan TAR! handbag duduk dalam butik lagi! duit raya? eh duit raya tak masuk lagi. I bagi duit raya dengan duit yang ada ditabung tu je, takyah la ngade-ngade nak duit baru! tapi I nak duit raya warna oren tuh, bila 30 orang yang bagi duit tu masyuk gak! haha.  Tema raya warna purple biru. Macam mana warna purple biru tu? pusing juga terengganu ni mana lah tahu jumpa warna baju gitu nak buat raya, haremmm. Kebanyakan yang ada semua tak berapa nak berkenan dihati, harga dia pon boleh tahan mahalnya macam beli baju dekat butik yang duduk dalam subang parade nun *hoishh dok bazar pon 300 ker?* Kalau takda kita pakai je baju raya tahun lepas jimat belanja.

. . . . . . . .




Siapa pernah nampak atau memiliki epal ogawa nih? ok tak? rasa nak beli la sebiji untuk waras. Nafsu nak beli benda ni lagi kuat dari nak beli baju raya! apekah?

bye :)