Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum & Helo polo :)


Selamat berpuasa. Sekejap je dah masuk 13 Ramadhan. Alhamdulillah masih belum ketinggalan lagi, hehe

Ewahh cek mek ni bergambo kemain lagi dipagi ini dengan gincu merah sekali, hehe maklumlah tenyeh gincu dalam gelap masa dalam kereta *memang habit dari dulu lagi suka pakai gingu dalam kereta sementara tunggu enjin panas, hehe*

Sepanjang puasa ni masih belum berkesempatan balik kampung berpuasa dengan family, huhu. Asal hari jumaat tengok jalan arah selatan padat dengan segala bagai jenis kereta, maka hajat untuk merempit balik kampung terbantut macam tu *malas yang super banyak pon yer aku nih!*

Bazar bazar bazar. eh kita tak pergi lagi bazar sepanjang bulan puasa ni. Tak tau nak gi bazar mana. Yang dekat rumah tu macam tak menarik, adik cakap masakan kan situ tak sedap *memang pon! main-main la diaorang ni masak!* nak pergi bazar yang famos amos tu jauh bebeno! geng pon takde, sadis. Masa ni la rasa nak gi bazar yang kat Batu Buruk & Shahbandar, lolx! Sedapnya nasi minyak dan air kelapa kat sana T_T





Mood nak raya minah ni dengan baju raya tahun lepas, haha. Sekarang dah tau petua nak kempiskan perut, marilah kita berpuasa *lihat pinggangku rampingkan?* hambik kau seluar pon dah longgar sekarang nih, rasanya berat ni dah start menurun T_T


Sepanjang bulan puasa ni memang banyak kedapur dari hari-hari biasa. Tekak ni nak makan itu, nak makan ini, nak rasa yang macam ini, tak nak rasa yang macam itu *banyak cekadak kan?* bulan-bulan puasa ni memilih pula dia nak makan, selalunya apa-apa pon bedal jek.



Spaghetti
Dah lama tak masak spaghetti. Semalam kononnya ke Carrfour cari bahan-bahan nak buat mee goreng basah, malangnya mee kuning dah habis. Rembat apa yang ada. Okeh masak spaghetti ni senang dan cepat okeh, tak perlu masa lama duduk dapur, hehe.



Tapai pulut PWTC
Awal-awal puasa hari tu teringin sangat nak makan tapai pulut yang macam kat teganu *nak yang teganu jugak!*, wahh tak sangka masa buka puasa kat PWTC terjumpa tapai ini yang sebijik rupa dan rasanya, nomnomnom



Sambal Udang
Teringin punya pasal nak makan lauk labu masak lemak dan sambal udang masa sahur! gigih masak sebelum tido *bulan puasa tak boleh masak pedas-pedas sangat, nanti meragam perut nih*



Opis mate
Gambar ni je yang ada masa buka puasa dengan opis mate hari tu, hampeh tul lah. sibuk nau nak makan, haha

Eh berbunyi pulak perut ni tengok gambar makanan banyak sangat!


bye
[currently listening Mohammed Nour by The Harmony Band]

Monday, August 13, 2012

iftar 2012

Assalamualaikum & helo polo :)


Ngidam ngidam mengalahkan orang mengandung yang mengidam. Hoishh, susah mahu sempurnakan mengidam nak makan kat hotel! mujur ada kawan-kawan yang sudi untuk turut serta perleseran mengidam makan dekat hotel *apekah?*

"jom kita makan dekat hotel... masa ni lah nak makan kat hotel murah-murah... hari biasa takda dah..."

Nah amik kau macam orang panas diberi kipas mahupun makan ketupan bersama rendang dengan sempurna, hehe. Usha-usha kita try makan dekat Ri-Yaz. Siapa tak kenal dengan Ri-Yaz yang super terkenal dengan harga yang mahal *ahh setahun sekali je apa ada kisah* kerana kehendak tekak ku turutkan segala ahakss!


My new name
Rasa betul dah booking dengan nama syahira. shakira jugak dia tulis, takpa lah sesekali feeling macam retis apa salahnya -_-'

  
Ri-Yaz dari depan
Oleh kerana kami sampai awal sikit, so sempatlah kita posing-posing kejap sampil menikmati angin petang :)


ehem ehem
 View sini memang cantik, kat belakang tu adalah beberapa biji kapal yang parking


on my plate
Pinggan yang pertama, berjenis-jenis lauk yang ada. Paling suka lauk ikan masak sambal, sedap dap dap


Desert
 Pinggan ke dua. Oh serius I memang pencinta desert lebih-lebih lagi kepada kek yang super comel dan cantik molek.


Interior
Masa nih orang dah ramai balik, I pon dah last minit baru teringat nak amik gambar bagaikan! Tolonglah syiro dah terlambat!! Maklumlah masa kat sini cuma ingat nak makan je dah tak berapa ingat nak amik gambar segala.



To my friend, thanks sudi keluar bersama untuk berjimba makan-makan ditempat sebegini :)



Bye
[kita jangan jadi macam desert yang hanya cantik rupa tapi tak sedap]

Thursday, August 25, 2011

Iftar



Assalamualaikum




Bersiap sedia waras esok balik kampung, wroomm

Roadtax : ok, dah di hidupkan
Tayar : ok, sudah tukar
Servis : ok, lambat lagi tarikh servis. lolx.
Minyak : ok, esok pagi kita isi kasi penuh



entry ini penuh gambar makanan



Iftar di Batu Buruk Beach Resort
*thanks kepada yang membelanja*



Ini yang aku makan. Sikit je nih, banyak lagi makanan yang aku tak ambil. Tapi sayang tak sempat nak ambil kambing bakar. Rugi.



Iftar di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Tengok tu siap ada orang nyanyi-nyanyi lagi *kak, ada part time tak nak menyanyi kat sini?*



Bersama selambakan makanan yang terhidang *berazam untuk makan sebanyak mungkin supaya nilainya lebih dari apa yang dibayar. ha ha ha. tamak*



Makan bersama mereka
*Itu dia selambakan makanan yang terhidang. Ini baru part 1, belum masuk part 2*



Table kami sebelah buffed, memang senang nak ambil makanan



Aku punya menu malam tu, tapi ini tidak termasuk gambar mee goreng mamak yang awesome. fuahaha *dah ambil banyak-banyak makanan, lupa nak ambil air T_T*



ABC



Sate



Tart telur. Tiba-tiba sepiring dengan serunding daging T_T



Desert. Aiyoo aku nak makan desert yang comel-comel, tapi takda lah. Semua biasa-biasa je. *Kuih yang warna kuning tu sedap*



Selepas solat Maghrib, turun semula tempat makan dan makan nasi pulak
*5 jenis lauk yang ada dalam pinggan aku, itu pon dah skip beberapa jenis lauk. aku paling suka ayam goreng dia, sedap weh*



Okeh kami dah kenyang *masa untuk berjalan pula*



Oleh kerana perut dah kenyang, gaya bergambar pon macam sopan je aku nih. lolx.


Dah siap makan, kami berjalan pula ke Shah Bandar yang ada buka banyak gerai-gerai. Ada la sikit-sikit rupanya macam Uptown. Dari hotel ke Shah Bandar ni tak jauh , tapi mashaAllah nak cari parking, berpusing 2-3 kali baru jumpa *ramainya manusia di Kuala Terengganu ni yang bershopping*


Sekarang ni bila hari raya dah dekat, umat manusia di Bandar Kuala Terengganu tu ramai gilers. Dengan jalan yang sesak mengalahkan KL, entah datang dari pelusuk mana agaknya T_T. Jangan harap aku nak bersiar-siar masuk bandar kalau takda hal penting.




Ini masa jalan kat pasar terjumpa kedai jual lampu. Comel.




Semalam pun ada Iftar di Paradise Duluxe. Harap maaf ya sebab tidak ada gambar, maklumlah duduk semeja dengan pengarah dan bos-bos besar. Jadinya sengan nak ambil gambar.




Kepada semua readers, saya Syira a.k.a Syiro ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, dan kepada mereka yang memandu untuk pulang berhari raya Semoga Selamat Sampai ke Destinasi dengan selamat. Sila pandu mengikut had laju yer :)




Sekian, bye
[mari puji memuji tuhan yang ESA]