Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Monday, March 3, 2014

kenduri kendara

Assalamualaikum & helo polo ^^


Kenapakah petang-petang sebegini mataku sangat mengantuk? kalau layan ni kompem nyenyak.

Kenapakah jerebu yang teramat sangat kat KL nih? rasa nak keluar opis pon takut. jerebu yang teramat sangat *please hentikan asap-asap termasuk asap rokok diwaktu cuaca kering ini*

Kenapakah gemuks kite sekarang nih? hadoi perut dah buncit macam orang merandung. Maka jawabnya perlu berdiet.

Kenapakah jalan dan parking super jam? arkhh mereka-mereka nih!!

Berapa banyak kenapakah disitu. Setiap persoalan mesti ada sebabnya ^^


. . . . . . . . . . . . . . . 

Last weekend ada kenduri kendara di kampung. Kenduri dengan pelbagai sebab. Mak kata 'sebab rumah ni dah lama tak buat kenduri'. Memang pon, last, past 2 years masa tu pon iolls takda, nun jauh di terengganu sana.


Mama along and hero's
Rasanya ini pertama kali bergambar dengan twins dimana kedua-duanya ada dipangkuan. Sebelum-sebelum ni cuma bergambar secara bergilir-gilir. Rindu dengan budak masyam nih. Kali ini jumpa Naufal tak bergambar sama pulak, masa ni dia sibuk dengan kawan-kawan kehulu kehilir lepastu melalak sebab rimas dengan orang yang asik mengekori dia.



Kek besday apit

Ini apit adik bongsu

Trifle by me 
Setelah sekian lama berhajat nak buat, baru terlaksana minggu lepas huhu



The menu's kenduri
Berkecamuk sekali melihat makanan di pinggan sendiri! Oh perlu berdiet sebab kekembangan sedang berlaku dengan pesat. Berusaha!



MakLang, PakLang, PakChek & PakUsu
Sebahagian dari family members yang ada, sebahagian yang lain berada di merata-rata rumah, hehe



Tetamu's
Kenduri kali ini agak ramai tetamu yang datang, alhamdulillah.
Terima Kasih Semua




bye

Wednesday, October 30, 2013

Entry bergambar

Assalamualaikum & Helo polo ;)


Hey hey hey entry yang banyak gambar makanan, sila bertabah kepada mereka yang sedang lapar dikala hujan petang-petang begini *okeh, KL musim hujan sekarang, kalau tak hujan pagi dia hujan petang* Ini yang buat rasa pergi kerja nak pakai slipar jek, sayang tau kasut asik berendam air, huh *syiro lagi sayang kasut dari kaki dia*




me


Me 2
Yang ini masa sedang menunggu oder di kedai mamak dekat area-area rumah sebelum balik kampung, hoho


Cukup dengan dua keping gambar sendiri yang kuat berangan, haha. Maklumlah dah lama tak masuk gambar muka sendiri kat blog ;)




Next, foodsssss



Mee goreng lembab
*iolls memang suka type mee goreng yang macam ni*


Laksa Johor
*masa ni ada jamuan perpisahan pengarah kat opis, syok woo laksa dia*


Chiken Black Paper SR
*menu lunch kurun ke berapa entah ini*


Kuey Tiaw Kung Fu
*pon sama menu lunch entah bila, tapi kerap la jugak makan menu ni time lunch*


Nasi Impit Goreng
*ones of my fav menu time break1st, hanya ada di kantin LPPKN*


Eskrim penyejuk tekak dikala kesejukan di opis, haha


Spaghetti Meet Ball Pizza Hut
*masa ni tengah lapar giler lepas balik dari OT terus berdesup merayap dan makan sorang-sorang di Sunway Piramid*


Nasi Goreng Tom Yam
*boleh tahan la rasa dia, cuma agak basah sikit*


American breakfast di pantry opis
*iolls bawak roti je, yang lain kawan-kawan bawa dan masak-masak di pagi hari*


Nasi Arab
*sempena macam-macam majlis, akhir tahun, kelahiran anak, birthday, perpisahan*


Bahulu Pertama
*Kudapan lepas lunch, kemain lepas makan kita makan lagi, berat tak naik-naik jugak!*

Roti Telur
*kudapan di opis time petang, masing-masing kebulur kat opis tu, haha*


posing mak ngah
*majlis kecil-kecilan kami*


Anak-anak fatin
*somel jek tengok budak mata chempit nih*


Alov Vera Gel & Essential Oil by #HerbaLine
*iolls sangat jatuh hati dengan dua benda ni, best best best*


. . . . . . . . . . . . . . . .



layan youtube
*kau pemilik hatiku, yes you are, hehe*

bye
[miss u hun]

Wednesday, May 16, 2012

On my plate

Assalamualaikum and Helo Polo :)


Sepat juga I mencelah masa untuk mengupdate blog yang kononya nak update entry minggu lepas kan! Tak sempat lah nak buat sibuk sangat dengan kerja merepek-merepek itu! mencik-mencik!

Malam-malam belek-belek bb tengok gambar, banyak gambar makanan dari muka sendiri -_-' kali ni I terjemahlah sikit gambar-gambar makanan yang ada.



Set Rasamas Favourites, nama menu ini lupa dah yang pasti I amik ayam percik
*boleh tahan juga rasanya, lebih kurang dengan set Ayamas tapi macam sedap sikit ayamas punya*


Late nite supper
*kentang goreng tepung Kentucky cicah sos thai dan mustard, sedap wehh* 


Weekend dinner
*3 tahun lebih tunggu menu ini, perghh mabeles! tapi I lagi suka kalau ada Spicy Beef Foldover*


Makan petang
*Beef Lasagna made by Secret Recipe, sedap tapi seperti biasa ianya sikit tak cukup I makan!*


Lunch
*kalau makan kat kedai ni, sure bila bayar RM8 ke atas! pastinya I panggil ini kedai 8 hinggit!*


Weekdays Dinner
*mee goreng udang! kacang je nak buat nih, rajin ngan malas je he he*


Weekdays lunch
*takyah citer pon tau dah apa benda nih! yang penting orang yang bayau, den makan jo*


Weekdays lunch
*selalunya amik pizza tuna rasa dia tak sedap, tapi kali ni sedap pulak*


Weekdays lunch
*prawn olio, sedappppppp*


Weekdays lunch
*mushroom soup dan air coklat sedap jugak*


Dinner
*jauh import nasi lemak orang kuala paya, best woo bila dapat makan makanan air tangan orang tua-tua berperisa kuala paya :) *


Makan petang
*JCo always be my favorite*


Break1st
*nasi dagang kedai tepi jalan, boleh tahan rasanya dan murah jugak*


Kebanyakkan makanan ini bukan buatan air tangan sendiri, lolx. Mano lah den ni sompek nak masak bagai beriya-iya dirumah sodangkan den makan sorang jo. Boli jo sonang kan.

Sekian lah den maleh nak tulih-tulih lagi, bye


Sunday, August 21, 2011

Main masak-masak


Assalamualaikum & Hello Polo



Beberapa hari duduk kat rumah jadi macam rajin pulak nak main masak-masak kat dapur ;)
Sedap atau tidak hentam saja, nak isi perut sendiri je pon



Khamis lepas, try sekali lagi buat Kuey Tiaw Hailam. Kali ini mee nye tak bubuh kicap banyak-banyak sebab nanti masin terlebih *boleh kencing masin dibuatnya nanti. lolx* Tapi seperti biasa mesti kuahnya tak jadi pekat, padahal dah letak banyak tepung jagung. Haish macam mana ek?



Jumaat pulak akibat malas nak keluar rumah, rasakan kau makan apa yang ada di dapur sahaja. Nah nasi goreng bodoh je. lolx.



Sabtu macam terlebih rajin nak mencuba. First time try buat macaroni goreng *thanks to Maklang yang bagi resepi* Rasanya kalau letak udang dan sotong lagi sedap kot sebab ada rasa manis-manis sikit.



Sekian, bye
[esok last day roadtax kereta, roadtax baru mana ntah tak sampai lagi. haishh!]